Majlis Pelancaran Program Nilam & Frog VLE 2019

MATLAMAT NILAM

Melestarikan budaya membaca sepanjang hayat dalam kalangan murid-murid selaras dengan hasrat Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025.

MATLAMAT FROG VLE

Menyediakan platform pembelajaran secara atas talian yang ringkas, menyeronokan dan menarik perhatian.

“MENUJU DEKAD MEMBACA KEBANGSAAN 2020-2030”

Aktiviti Galakan Membaca & FROG VLE Sepanjang Tahun 2019

• Nilam
• Pameran Bertema
• Pertandingan Peminjam Buku Terbanyak
• Pengguna VLE Frog Paling Aktif
• Pertandingan Frog Snap
• Pertandingan Frog World Championship
• Kem Membaca
• Sudut Bacaan Di Dalam Kelas
• Kempen Jom Pinjam Buku
• Pameran Dan Jualan Buku


Lagi Gambar di Portal Rasmi SMKDJ.

Anugerah Independent Karate Challenge Cup 2019

Pelajar bernama Paremeshan A/L V.Marimutu dari kelas 2 Anggerik telah menyertai pertandingan Independent Karate Champion Cup yang dianjurkan oleh Universal Shotokan Karate Union of Sri Lanka (USKU). Pertandingan ini diadakan di Town Hall, Kurunegala, Sri Lanka pada 27 Januari 2019 (Ahad).

Paremeshan A/L V.Marimutu, yang mengambil bahagian dalam kategori junior telah berjaya meraih pingat emas bagi acara Kumite, pingat perak bagi acara Team Kata dan pingat perak bagi acara Team Kumite Event. 


Tahniah diucapkan di atas kecemerlangan Paremeshan A/L V.Marimutu.

Anugerah Surau Imarah Sekolah-Sekolah (ASISS) Peringkat Negeri Johor

Sukacita dimaklumkan bahawa Sekolah Menengah Kebangsaan Damai Jaya telah berjaya mendapat Naib Johan bagi Pertandingan Surau Imarah Sekolah-Sekolah (ASISS) Peringkat Negeri Johor kategori musolla sekolah menengah.

Penyampaian anugerah diadakan di Jabatan Pendidikan Negeri Johor oleh Tuan Hj. Shaharudin Sharif, Pengarah Pendidikan Johor pada 31 Jan 2019 (Khamis).

Tahniah dan terima kasih kepada barisan pentadbir, pihak PIBG, penderma, pasukan musolla dan surau, guru-guru, pekerja sekolah dan swasta atas sokongan, sumbangan tenaga dan kewangan selama ini.

Kejohanan Bola Keranjang MSSD Johor Bahru

Pada tahun ini, SMK Damai Jaya telah menghantar pasukan bola keranjang ke Kejohanan Bola Keranjang MSSD Johor Bahru. Kejohanan ini diadakan di SMK Taman Tun Aminah. Dalam kejohanan ini, sekolah mencipta sejarah sekali lagi apabila layak ke pertandingan akhir dan bertemu dengan SM Foon Yew. Namun begitu, SMK Damai Jaya tewas dengan skor 36 – 48. Kami warga sekolah sangat berbangga dengan usaha yang ditunjukkan oleh semua pemain bola keranjang sekolah. Semoga kejayaan ini dapat diteruskan lagi pada tahun akan datang.

Lagi Gambar di Portal Rasmi SMKDJ.

MERENTAS DESA MSSD 2019

Pada 24 Jan 2019, SMK Damai Jaya telah menghantar seramai 12 atlit untuk menyertai Kejohanan Merentas Desa MSSD Johor Bahru yang bertempat di SMK Kompleks Sultan Abu Bakar, Gelang Patah. Pada tahun ini, guru-guru memfokuskan pembinaan pasukan bagi kategori bawah 15 tahun.
Sepanjang 21 tahun usia sekolah, tahun ini satu kejayaan besar telah tercipta. Pasukan ini berjaya mendapat JOHAN kategori PEREMPUAN 15 Tahun. Semua pelajar perempuan yang mengambil bahagian pulang dengan kedudukan 12 terbaik peringkat daerah.

Berikut merupakan senarai pencapaian atlit secara individu:

JOHAN – Koh Connie
Tempat ke-3 – Ong Jing
Tempat ke-5 – Clarisha Grace A/P Edwin
Tempat ke-6 – Norfaiqa Nasuha Bt Mohamed Hatta 
Tempat ke-9 – Aina Syaffina BT Adnan
Tempat ke-12 – Yap See Yao

Tahniah diucapakan kepada pelajar yang telah berjuang demi menaikkan nama sekolah. Terima kasih kepada ibu bapa dan guru yang sentiasa memberi sokongan.

Panduan Pendaftaran Kokurikulum Tingkatan 2, 3, 4 dan 5 Tahun 2019

Dengan ini dimaklumkan bahawa Pendaftaran Kokurikulum bagi pelajar Tingkatan 2, 3, 4 dan 5 tahun 2019 akan bermula pada 1 Januari 2019 (Selasa), 8:00 malam hingga 3 Januari 2019 (Khamis), 9:00 malam. Pelajar perlu menggunakan YES ID atau FROG ID untuk mendaftar. Pendaftaran hanya boleh dilakukan sekali sahaja bagi setiap pelajar dan tiada sebarang PINDAAN selepas mendaftar. Maka para pelajar perlu memikirkan dahulu badan beruniform, kelab & persatuan dan 1 Murid 1 Sukan yang ingin disertai sebelum membuat keputusan.

Berikut adalah senarai badan beruniform, kelab & persatuan dan 1 Murid 1 Sukan bagi SMK Damai Jaya untuk rujukan:

Badan Beruniform:

  • Kadet Remaja Sekolah
  • Kadet Polis
  • Kadet Bomba
  • Pengakap
  • Pandu Puteri (untuk Pelajar perempuan sahaja)
  • Puteri Islam (untuk Pelajar perempuan Islam sahaja)
  • PBSM
  • St John Ambulans
  • Silat
  • Taekwando

Kelab & Persatuan:

  • Persatuan Bahasa Melayu
  • Persatuan Bahasa Inggeris
  • Persatuan Bahasa Cina
  • Persatuan Bahasa Tamil
  • Persatuan Agama Islam
  • Persatuan Matematik
  • Persatuan Sains dan Teknologi
  • Persatuan Geografi & Pencinta Alam
  • Persatuan Sejarah & Rukun Negara
  • Persatuan Reka Bentuk & Teknologi
  • Persatuan Seni Visual & Media
  • Kelab Kerjaya
  • Kelab Pengguna
  • Kelab Quarter Master
  • Kelab Kesenian & Kebudayaan
  • Kelab Koperasi
  • Kelab Rekacipta & Inovasi
  • Kelab SPBT
  • Kelab Briged Cyber

1 Murid 1 Sukan:

  • Bola Sepak
  • Bola Tampar
  • Bola Jaring (pelajar perempuan sahaja)
  • Bola Keranjang
  • Bola Baling
  • Ping Pong
  • Catur
  • Hoki
  • Badminton
  • Olahraga
  • Sepak Takraw
  • Kriket

Berikut adalah cara-cara mendaftar kokurikulum bagi pelajar Tingkatan 2, 3, 4 dan 5 pada tahun 2019.

1. Log masuk laman Frog VLE SMKDJ: https://jea1054.1bestarinet.net/. Masukkan Yes ID atau nombor kad pengenalan dan kata laluan anda. 


2. Klik pada pautan Pendaftaran Kokurikulum 2019.

3. Berikut adalah laman pendaftaran kokurikulum 2019.

4. Masukkan nama, pilih kelas dan isikan maklumat yang berkaitan. 

5. Pilih Unit Beruniform yang diingini. 

6. Pilih Kelab & Persatuan yang diingini.

7. Pilih 1M1S yang diingini.

8. Akhirnya, pilih Rumah Sukan anda, klik SUBMIT.

9. Pendaftaran kokurikulum secara atas talian telah selesai. Pastikan anda catat unit kokurikulum yang telah didaftarkan.

Sekian, terima kasih.