Matlamat Sekolah

Sesungguhnya……

• Pelajar-pelajar yang belajar di sekolah ini mempunyai kebolehan dan potensi intelek serta ketahanan fizikal yang boleh dimajukan dan dipertingkatkan.

• Para pendidik yang bertugas di sekolah ini mempunyai pengetahuan, semangat, kemahiran, kecekapan dan kebolehan iktisas serta kepercayaan profesional untuk memberikan pendidikan yang sempurna, menyeluruh dan bermutu untuk memajukan semua pelajar di sekolah ini.

• Kemudahan-kemudahan yang tersedia di sekolah ini beserta dengan tenaga pengajar yang ada dapat menggemblengkan sepenuhnya untuk memajukan semua pelajar bagi melahirkan manusia yang sempurna dan boleh memberikan sumbangan yang positif kepada bangsa, negara dan agama.

• Pendidikan ialah proses yang berpanjangan yang memerlukan penglibatan semua pihak iaitu pendidik, ibu bapa, anggota masyarakat dan pelajar sendiri.