Peraturan Disiplin

SMK DAMAI JAYA
BUKU DISIPLIN MURID

1. Peraturan Am

1.1   Setiap murid dikehendaki mematuhi setiap peraturan yang terkandung di dalam buku peraturan ini dan juga mematuhi mana-mana peraturan yang dikeluarkan oleh sekolah dari semasa ke semasa.

1.2   Setiap murid dikehendaki mematuhi setiap peraturan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran, Jabatan Pelajaran dan mana-mana pihak berwajib yang ada hubungan dengan sekolah.

1.3   Semua murid dikehendaki mepunyai dan mengamalkan nilai-nilai murni, akhlak yang baik, bersopan santun dan berbudi bahasa sepanjang masa.

1.4   Setiap murid dikehendaki pada setiap masa dan tempat mengamalkan prinsip-prinsip Rukunegara.

1.5   Setiap murid TIDAK BOLEH berlakuan dengan cara yang dapat ditakrifkan atau dianggap sebagai:

1.5.1 Mencemarkan nama baik sekolah.

1.5.2 Mencemarkan nama baik mana-mana individu.

1.5.3 Melakukan perbuatan merosakkan harta benda sekolah atau harta perseorangan.

1.5.4 Menganggu ketenteraman dan perpaduan sekolah.

1.5.5 Menimbulkan kegelisahan, persengketaan di kalangan murid-murid atau kakitangan sekolah.

1.5.6 Melakukan perbuatan menghina mana-mana pihak.

1.5.7 Melakukan perbuatan menyiksa dan mengugut mana-mana individu.

1.5.8 Berkelakuan tidak senonoh atau melakukan perbuatan tidak sepatut dilakukan oleh seorang murid.

1.6   Setiap murid dikehendaki belajar bersungguh-sungguh.

1.7   Semua murid dikehendaki menyertai semua kegiatan yang diarahkan oleh pihak sekolah samada bercorak akademik atau kokurikulum.

1.8   Setiap murid dikehendaki sentiasa menjaga nama baik dan imej sekolah dengan menunjukkan prestasi yang cemerlang, dalam bidang akademik, kokurikulum, pergaulan, tingkahlaku dan tatatertib.

1.9   Murid dilarang melakukan sesuatu yang membahayakan diri.

1.10 Semua murid mesti berada di tempat-tempat yang telah ditetapkan mengikut masa yang ditetapkan.

 

2. PERATURAN SEKOLAH: WAKTU HADIR KE SEKOLAH

2.1 Pelajar-pelajar sesi pagi hendaklah hadir ke sekolah 10 minit lebih awal (Pukul 7.15 pagi) sebelum masa belajar.

2.2  Pelajar-pelajar sesi petang hendaklah hadir ke sekolah 20 minit lebih awal (Pukul 12.50 tengah hari) sebelum masa belajar.

2.3  Pada loceng yang pertama dibunyikan (Pukul 7.10 pagi) pelajar-pelajar sesi pagi hendaklah berkumpul di tempat perhimpunan / mana-mana tempat yang di arahkan oleh Pengetua/ Guru Penolong Kanan/ Guru Disiplin/ guru-guru bertugas mingguan.

2.4  Pelajar-pelajar sesi petang dikehendaki berkumpul dalam aturan kelas di mana-mana jua tempat yang diarahkan oleh Pengetua/Penyelia Petang/ Pembantu Penyelia Petang/ Guru Disiplin/guru-guru bertugas mingguan 20 minit lebih awal sebelum masa belajar bermula.

2.5   Pelajar hendaklah berkumpul dalam barisan dan tertib ketika di tempat perhimpunan/ bergerak ke bilik-bilik khas seperti Makmal Sains/ Bengkel Kemahiran Hidup/ mana-mana tempat yang diarahkan oleh guru tingkatan/ guru mata pelajaran. Pelajar-pelajar dilarang membuat bising/ kekacauan yang boleh mengganggu ketenteraman sekolah.

2.6   Pada bulan Ramadhan (bulan puasa), waktu hadir ke sekolah dan balik dari sekolah serta jadual waktu masa belajar akan disesuaikan mengikut keperluan.

2.7  Pelajar-pelajar hendaklah hadir ke sekolah dan mengikut jadual masa belajar pada hari-hari yang diumumkan sebagai hari bekerja ( Ahad hingga Khamis ) kecuali hari-hari yang diumumkan sebagai hari cuti seperti cuti umum negeri/persekutuan / cuti persekolahan/ cuti-cuti yang diarahkan oleh pengetua/ pekeliling-pekeliling dari semasa ke semasa.

2.8   Pelajar hendaklah sentiasa menepati semua masa belajar yang telah ditetapkan  di dalam Jadual Waktu Belajar dan sentiasa mengikuti/mematuhi segala program-program/ aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh sekolah. Pelajar yang gagal hadir pada hari persekolahan biasa/ aktiviti kokurikulum hendaklah mengemukakan kenyataan samada Sijil Cuti Sakit (jika sakit)/ surat pengesahan ibu bap/ penjaga yang sah/ kenyataan yang munasabah/ releven. Selain itu, kenyataan ketidakhadiran ke sekolah bolehlah dipertimbangkan melalui panggilan telefon yang dibuat oleh ibu bapa/ penjaga pelajar yang sah.

PERINGATAN: Pelajar yang gagal hadir ke sekolah pada hari yang diumumkan sebagai hari persekolahan tanpa kenyataan rasmi, pelajar tersebut dianggap sebagai Ponteng Sekolah.

2.9 Pihak sekolah berhak/ mengikut budi bicara mempertimbangkan/ mempertikaikan segala dokumen-dokumen yang digunakan oleh ibu bapa/ penjaga/ pelajar sebagai kenyataan tidak hadir sekolah dengan bersebab, sekiranya ia terdapat keraguan/ kekeliruan terhadap isi kandungan yang tercatat di dalam dokumen/ kenyataan tersebut.

  

3. PERATURAN SEKOLAH: WAKTU BALIK SEKOLAH.

3.1  Apabila loceng akhir berbunyi, pelajar hendaklah menutup suis/ menyimpan semua peralatan yang digunakan dengan arahan guru. Keluar berbaris di luar kelas/ mana-mana bilik khas yang digunakan dengan arahan guru dengan tertib. Kemudian berjalan perlahan-lahan menuju ke pintu utama sekolah dengan tenang, bersopan dan mengikut giliran.

3.2  Aturan keluar:

3.2.1  Keluar mengikut pintu yang telah ditetapkan

3.2.2  Pelajar yang menaiki basikal hendaklah menolak kenderaan mereka sehingga keluar ke pintu utama sekolah.

3.2.3  Dahulukan pelajar-pelajar yang berjalan kaki keluar melalui pintu pagar utama.

3.2.4  Pelajar yang menunggu ibu bapa/ penjaga yang mengambil lewat hendaklah menunggu di pondok di dalam kawasan sekolah.

3.3 Penguatkuasa hendaklah berada di pintu masuk pelajar

3.3.1 sesi pagi mulai jam 7.10 pagi hingga 7.40 pagi dan 1.00 petang hingga 1.30 petang.

3.3.2 sesi petang mulai 12.30 tengah hari hingga 1.00 petang dan 6.40 petang hingga 7.00 petang.

 

4. PERATURAN SEKOLAH: ETIKA BERPAKAIAN RASMI DAN KELENGKAPAN SEKOLAH

4.1 Pakaian Pelajar Lelaki

(a) Seluar:

Seluar panjang berwarna hijau tua/ hijau lumut(Dark Olive). Dilarang memakai seluar ketat/ terlalu labuh/ besar/ berbentuk tirus/ lebar di bahagian bawah/ buku lali(Bell Bottom) dan ketat di bahagian peha/celah peha. Buka lilitan kaki ialah 18-20 cm. Seluar hendaklah tidak terlalu panjang/ labuh ke bawah/ terlalu singkat dan tidak boleh berlipat di bahagian bawah. Ukuran yang dianggap sesuai adalah peras buku lali. Pelajar dilarang memakai seluar berbentuk ‘Jeans’/ ‘Ala Jeans’.

(b) Baju:

Baju berwarna putih berkolar lipat, berkocek satu (di sebelah kiri bahagian dada) dan berlengan pendek/ panjang. Jika pelajar memakai baju berlengan panjang dilarang menggulung atau melipat bahagian lengan baju. Baju hendaklah sentiasa dimasukkan ke dalam seluar di bahagian pinggang. Dilarang memakai baju yang terlalu ketat/ sendat/ kecil/ besar/ labuh.

(c ) Kasut:

Kasut kanvas berwarna putih bertapak getah. Tidak mempunyai apa-apa lambang/ simbol jenama kasut tersebut dan lambang/ simbol tersebut tidaklah terlalu besar dan berwarna selain berwarna putih. Lebih kemas kasut bertali dan berlidah.Dilarang memakai selipar/ yang menyamainya/ boot/ pump shoes/ lain-lain.

(d) Stoking:

Stoking berwarna putih tidak bercorak dan mesti melepasi buku lali.

(e) Tali pinggang:

Dilarang memakai tali pinggang yang terlalu besar melebihi 30 mm/ berkepala besar/ lebar/ logam/ mempunyai bucu yang tajam. Tali pinggang/ kepala tali pinggang tidak boleh mempunyai sebarang bentuk tulisan/ corak/ lambang/ simbol kumpulan/ pertubuhan/ persatuan tertentu kecuali persatuan/ unit beruniform sekolah yang berdaftar. Hanya tali pinggang berwarna hitam/ biru gelap/ hijau gelap sahaja di benarkan.

4.2 Pakaian Pelajar Perempuan

(a) Baju:

Blaus putih dan ‘pinafore’ biru muda yang menutupi bahagian lutut ( tidak ketat, labuh 5cm di bawah paras lutut), baju kurung putih yang berkekek dan berpesak paras lutut, berkain ropol warna biru muda tidak melebihi buku lali, dan bertudung/ mini telekung putih tanpa sulaman/ corak/berenda/ berambu-rambu. Saiz tudung mesti melepasi bahu, sementara bahagian hadapan tudung mesti mencecah pusat. Pelajar diwajibkan memakai anak tudung berwarna putih. Pelajar memakai baju kurung di wajibkan memakai anak baju/ camisole dan kain dalam.Lengan baju tidak boleh dilipat.

(b) Kasut :

Kasut kanvas berwarna putih, bertapak getah tidak bertumit. Tidak mempunyai apa-apa lambang /symbol kecuali lambang/ simbol jenama kasut tersebut dan mestilah berwarna putih.Lebih kemas kasut bertali dan berlidah. Dilarang memakai selipar/yang menyamainnya/ boot/ pump shoes/ lain-lain.

(c ) Stoking:

Stoking berwarna putih tidak bercorak dan mesti melepasi buku lali.

4.3 Pakaian Pengawas

(a) Hanya pelajar yang dilantik sebagai pengawas sahaja yang dibenarkan memakai pakaian pengawas. Semua pengawas hendaklah sentiasa memakai pakaian pengawas yang ditetapkan dengan lengkap pada setiap masa. Pengawas yang tidak mematuhi arahan berpakaian akan dikenakan tindakan tatatertib oleh Lembaga Pengawas Sekolah.

4.4 Pakaian Ahli Unit Beruniform

(a) Semua pelajar yang menjadi ahli unit beruniform hendaklah sentiasa memakai    pakaian/uniform lengkap unit masing-masing ketika aktiviti/gerak kerja luar dijalankan seperti mana yang diarahkan dan minggu ke 3 setiap hari Ahad setiap bulan. Pelajar yang telah mempunyai pakaian seragam unit masing-masing tetapi tidak mengambil berat arahan yang diberi oleh guru penasihat unit masing-masing/ guru disiplin akan dikenakan tindakan. Pelajar yang belum mempunyai pakaian seragam unit beruniform masing-masing akan diberikan tempoh yang sewajarnya untuk melengkapkannya. Pelajar yang gagal berbuat demikian akan diambil tindakan.

4.5 Pakaian Ahli Kelab Dan Persatuan/ Unit Beruniform

(a) Pelajar-pelajar yang menjadi ahli Kelab dan Persatuan / Unit Beruniform WAJIB memakai pakaian / uniform/ kelab dan pesatuan masing-masing, berseluar panjang berwarna hitam/biru gelap(slack) ketika aktiviti/ gerak kerja dijalankan pada setiap Hari Rabu( Hari Persekolahan).

4.6 Pakaian Ahli Kelab Sukan Dan Permainan/Kelab Pendidikan Jasmani.

(a) Seluar: Seluar trek berwarna hitam/biru gelap untuk semua pelajar.

(b) Baju: Baju-T 80% berwarna putih dan berkolar/ baju-T Rumah Sukan/ baju-T berlogo sekolah/berlengan pendek/ panjang (pelajar perempuan Islam diwajibkan memakai baju-T berlengan panjang dan bertudung hitam/putih.

(c ) Kasut: Kasut yang sesuai dengan aktiviti yang disertai/ kasut getah kanvas berwarna hitam/putih dan berstoking. Semua pelajar diwajibkan memakai kasut yang dinyatakan/yang sesuai ketika menjalankan aktiviti/ gerak kerja luar.

4.7 Pakaian/ Kelengkapan Ketika Menghadiri Aktiviti-aktiviti/ Program-Progam Sekolah

(a) Pelajar-pelajar diwajibkan memakai pakaian-pakaian rasmi sekolah seperti; pakaian sekolah/pakaian unit beruniform/ pakaian kelab dan persatuan/pakaian kelas pendidikan jasmani/ lain-lain yang dibenarkan ketika menghadiri aktiviti-aktiviti/ program-program anjuran sekolah. Jenis-jenis  bentuk/ fesyen pakaian/ kelengkapan selain yang dinyatakan adalah tidak dibenarkan.

4.8 Tali Leher

(a) Tali leher berlogo sekolah sahaja dibenarkan pakai oleh pelajar. Bagi pengawas-pengawas sekolah, pemakaian tali leher seperti yang ditetapkan. Tali leher hendaklah dipakai dengan kemas dan rapi. Pastikan tali leher tidak terlalu pendek/panjang sebaiknya hujung tali leher mestilah mengenai bahagian kepala tali pinggang. Pelajar dilarang menulis/menconteng tali leher (melainkan untuk pengenalan hanya sekakdar munulis/menandakan dengan simbol yang kecil).

4.9 Kelengkapan-kelengkapan lain:

(a) Beg sekolah: Pelajar dilarang menggunakan/ memakai beg sekolah yang mempunyai lambang/ logo/simbol/ gambar kumpulan/ pertubuhan/persatuan tertentu/ menulis/ menconteng pada mana-mana bahagian beg dengan apa jua perkataan/ simbol yang dilarang.

(b) Lencana Sekolah: Pemakaian lencana sekolah adalah diwajibkan bagi semua pelajar. Lencana hendaklah dilekatkan/jahit pada bahagian sebelah kiri di atas kocek baju.

(c ) Tanda Nama: Semua pelajar diwajibkan mempunyai tanda nama (yang diperbuat dari kain sahaja yang boleh digunakan) yang dilekatkan/ dijahit pada bahagian bawah lencana sekolah.

(d) Cermin mata: Penggunaaan cermin mata/ kanta lekap yang berwarna gelap/warna-warni/berfesyen adalah dilarang.

(e) Peralatan lain: Pelajar dilarang memakai/ menggunakan mana-mana benda/ barang-barang yang boleh diklasifikasikan sebagai perhiasan/ apa-apa jua produk yang boleh menggangu pengajaran dan pembelajaran  di dalam bilik darjah/ ketenteraman sekolah. Pelajar lelaki Islam hanya dibenarkan memakai songkok berwarna hitam/ biru gelap sahaja. Bagi pelajar bukan Islam, pemakaian simbol keagamaan adalah dibenarkan asalkan ianya tidak terlalu besar dan/ hendaklah dipakai secara tidak dipamerkan; seperti rantai leher/tangan/ sebagainya. Gelang kaki adalah dilarang.

(f)  Pelajar dilarang membawa / menggunakan telefon bimbit dan peralatan berbentuk digital ke sekolah. Pihak sekolah akan merampas dan ibu bapa sahaja yang boleh menuntut semula.

 

5. PERATURAN SEKOLAH: KEKEMASAN DAN KEBERSIHAN DIRI

5.1 Rambut/ misai/ janggut/ jambang

5.1.1 Rambut pelajar lelaki tidak dibenarkan panjang. Istilah panjang adalah seperti    berikut:

  1. a) Belakang rambut dibiarkan tebal/ jatuh melebihi garisan dibawah cuping telinga/ tersentuh kolar.
  2. b) Bahagian tepi rambut menutup/ menyentuh kedua-dua cuping telinga dan ’sideburn’ panjang melebihi garisan tengah hidung.
  3. c) Bahagian hadapan rambut terjuntai dan menutup garisan tengah dahi. Bahagian atas, rambut tidak melebihi 6cm panjang dan tidak kurang 1cm pendek.

5.1.2   Pelajar lelaki beragama Sikh/ Punjabi  dibenarkan berambut panjang jika memakai serban, tetapi yang memakai serban, peraturan kekemasan rambut adalah seperti yang ditetapkan.

5.1.3    Pelajar tidak dibenarkan menyimpan janggut, misai/ kedua-duanya/ bulu-bulu tebal yang tumbuh keseluruhan bahagian muka dengan di sengajakan. Istilah misai tidak termasuk bulu roma, bulu halus yang mula tumbuh dibahagian atas/ bawah pelajar yang beransur baligh.

5.1.4  Pelajar lelaki dilarang menyimpan ekor di mana-mana baahagian rambut/ bahagian kepala/ membotakkan rambut tanpa sebab yang wajar/ di larang memotong/ membentuk/ berfesyen/ mewarnakan rambut mengikut fesyen/ berfesyen keterlaluan yang meyamai/ megikut imej/ identiti seseorang/ sesuatu kumpulan/ organisasi. Lihat lampiran.

5.1.5  Rambut pelajar perempuan hendaklah sentiasa di jaga rapi dan bebas dari masalah kesihatan/ sebagainya. Pelajar dilarang mewarnakan rambut/ memotong rambut mengikut fesyen rambut lelaki. Rambut pelajar bukan Islam yang tidak memakai tudung kepala, hendaklah jangan menyentuh bahagian bahu. Pelajar yang berambut panjang/ melepasi bahu hendaklah mengikat rambut dengan menggunakan getah// reben berwarna hitam/ putih/ biru muda sahaja. Tocang/ Plait/ Ponytail adalah dibenarkan. Fesyen rambut tidak sopan/  keterlaluan/ hiasan di kepala/ menutup dahi adalah dilarang.  

5.2      Kuku

(a) Pelajar-pelajar dilarang berkuku panjang.

(b) Pelajar- pelajar dilarang mewarnakan kuku.

(c) Pelajar-pelajar hendaklah sentiasa menjaga kebersihan kuku.

5.3    Kebersihan pakaian dan kelengkapan sekolah

Pelajar-pelajar hendaklah sentiasa memastikan kebersihan baju, seluar/ apa-apa jua yang dianggap sebagai  kelengkapan sekolah pada setiap masa.

5.4   Penyakit berjangkit

(a) Pelajar-pelajar yang telah disahkan menghidap penyakit berjangkit tetapi tidak berbahaya oleh pegawai perubatan kerajaan/ sebagainya hendaklah mematuhi arahan-arahan yang dikeluarkan dari semasa ke semasa dari pihak hospital/sekolah/ sebagainya.

(b) Bagi pelajar-pelajar yang telah disahkan menghidap/ membawa penyakit berjangkit yang berbahaya oleh pegawai perubatan kerajaan/ sebagainya hendaklah mematuhi arahanarahan semasa ke semasa yang  di keluarkan oleh pihak hospital/ sekolah/ sebagainya.

5.5  Pelajar-pelajar perempuan dilarang bersolek seperti bergincu/ memakai pemerah pipi dan mencukur kening.

 

6. PERATURAN SEKOLAH: PENGGUNAAN PERPUSTAKAAN

6.1 Pelajar dilarang berbual-bual atau berbuat bising ketika berada di perpustakaan.

6.2 Elakkan perbuatan yang boleh mengganggu pelajar lain yang sedang membaca/belajar di   perpustakaan.

6.3  Buku-buku dan bahan bacaan perpustakaan lainnya tidak boleh dibawa keluar, kecuali yang dipinjam secara sah di kaunter peminjaman.

6.4 Pelajar tidak dibenarkan membawa buku teks dan sebagainya, kecuali dengan kebenaran petugas di perpustakaan.

6.5 Pelajar yang tidak mengambil sesuatu subjek peperiksaan awam hanya dibenarkan masuk ke pusat sumber setelah mendaftarkan  diri dengan Penolong Kanan.

 

7. PERATURAN SEKOLAH: KHIDMAT BIMBINGAN DAN KAUNSELING

7.1     Pelajar yang ingin berjumpa Guru Bimbingan dan Kaunseling hendaklah nmendaftarkan diri dengannya pada waktu tidak belajar untuk urusan temujanji seterusnya.

7.2   Pelajar yang ada temujanji dengan Guru Bimbingan dan Kaunseling hendaklah mendapatkan  kebenaran guru dalam kelas sebelum meninggalkan kelas.

7.3   Guru Bimbingan dan Kaunseling akan memberi surat akuan pelajar telah menerima kaunseling untuk perhatian guru tingkatan / mata pelajaran.

 

8. PERATURAN SEKOLAH : PENGGUNAAN TANDAS

8.1   Pelajar dibenarkan ke tandas pada waktu-waktu berikut, iaitu sebelum waktu pertama, pada waktu rehat dan selepas tamat belajar. Jika ke tandas semasa waktu pengajaran dan pembelajaran, pelajar hendaklah menggunakan PAS keluar kelas.

8.2    Tuala wanita ( pad) yang telah digunakan hendaklah dibungkus elok-elok dan dibuangkan ke dalam bekas/ tong khas yang disediakan.

8.3   Sikap berjimat dalam penggunaan air hendaklah diamalkan. Pastikan paip air ditutup setelah digunakan.

8.4   Semua pelajar bertanggungjawab terhadap kebersihan tandas. Elakkan perbuatan tidak mengepam tandas setelah digunakan, menconteng tandas dan merosakkan harta sekolah.

8.5   Sebarang kerosakan di tandas hendaklah dimaklumkan kepada guru bertugas dengan segera.

 

9. PERATURAN SEKOLAH: KEDAI KOPERASI SEKOLAH

9.1 Kedai Koperasi Sekolah hanya dibuka pada waktu persekolahan dan pada waktu-waktu tertentu. Sila rujuk pada papan kenyataan Kedai Koperasi Sekolah.

9.2  Urusan pembelian hendaklah dibuat pada waktu rehat atau selepas waktu persekolahan sahaja.

9.3  Pelajar yang hendak berurusan dengan kedai buku sekolah pada waktu pembelajaran hendaklah mendapat kebenaran daripada guru masing-masing.

9.4   Sila beratur dan senyap ketika berurusan dengan kedai buku koperasi.

9.5 Urusan pembelian hendaklah dibuat di kaunter yang disediakan. Pelajar dilarang mememasuki kedai koperasi.

 

10. PERATURAN SEKOLAH: TINGKAHLAKU DI DALAM BILIK DARJAH

10.1 Pelajar hendaklah sentiasa menjaga tatatertib dan tingkahlaku semasa berada di bilik darjah bagi menjamin keberkesanan pengajaran dan pembelajaran guru. Semua pelajar perlu menghayati nilai-nilai agama atau nilai-nilai murni dalam kehidupan seharia bagi menjamin kejayaan dan kesejahteraan hidup.

10.2 Pelajar mestilah menepati masa semasa di bilik darjah. Pelajar perlu melatih diri untuk menepati masa dengan jujur dan mengagihkan masa untuk keperluan diri tanpa melanggar mana-mana peraturan hidup.

10.3  Apabila guru/ pelawat masuk ke kelas, ketua tingkatan/ penolongnya hendaklah memberi arahan supaya semua pelajar bangun untuk memberi ucap selamat/ sebagainya pada guru/ pelawat dan perkara yang sama juga apabila guru/ pelawat keluar dari kelas.

10.4  Pelajar mestilah berada di dalam kelas yang ditetapkan pada setiap masa melainkan setelah diarahkan ke tempat lain oleh guru. Gunakan kad kebenaran keluar kelas jika ada urusan penting/ ke tandas pada waktu belajar.

10.5  Pelajar tidak dibenarkan keluar/ masuk kelas sesuka hati tanpa kebenaran guru/ semasa ketiadaan guru.

10.6  Pelajar-pelajar mestilah sentiasa bersedia dan menumpukan perhatian kepada pengajaran guru. Pelajar-pelajar dilarang membuat bising mengganggu pengajaran guru di dalam kelas. Sekiranya pelajar kurang sihat, sila laporkan kepada guru/ guru bertugas mingguan. Jika pelajar terpaksa dirujuk/ dibawa ke hospital untuk rawatan, guru bertugas akan menghubungi ibu bapa/ penjaga pelajar. Jika penjaga/ ibu bapa tidak dapat dihubungi, guru bertugas/ pengganti akan terus menghantar pelajar yang terlibat ke hospital mengikut prosedur yang ditetapkan.

10,7  Pelajar dilarang berkelakuan tidak sopan/ biadab seperti memaki guru/ mengeluarkan kata kesat  dan lucah/ mencarut kepada guru/ meninggikan suara apabila ditegur/ ditanya guru/ meletakkan kaki di atas meja/ apa-apa jua perbuatan/ tingkahlaku yang mencemarkan semasa guru di dalam kelas/ semasa ketiadaan guru.

10.8  Pelajar dilarang mengganggu pengajaran dan pembelajaran guru di dalam kelas. Pelajar yang mempermain-mainkan/ mempersendakan guru akan diambil tindakan ke tahap pembuangan sekolah. SENTIASA HORMATI GURU.

10.9   Pelajar dikehendaki meminta kebenaran sebelum menggunakan/meminjam hak orang lain dan uruskan benda/ barang-barang yang digunakan/ dipinjam dengan cara yang sopan.

10.10 Pelajar dilarang menjatuhkan maruah guru/ pelajar lain di dalam kelas kerana kesilapan yang dilakukan. Amalkan nilai-nilai saling memahami dan bertolak ansur untuk mengelakkan peselisihan faham/ permusuhan/ pergaduhan.

10.11 Pelajar digalakkan bertanya guru jika tidak jelas tentang perkara yang di ajar.  Baca terlebih dahulu pelajaran yang akan di ajar bagi memudahkan pemahaman pelajar.

10.12 Apabila pelajar ingin menyoal/ menjawab soalan, berikan isyarat mengangkat tangan kanan dan berdiri ketika menyoal / mejawab soalan apabila di arahkan.

10.13 Pelajar tidak dibenarkan makan/ minum di dalam kelas/ berada di dalam kelas sewaktu rehat/ pada hari –hari yang di umumkan cuti umum/ cuti sekolah kecuali dengan kebenaran guru/ pihak pentadbir sekolah.

10.14 Ketua tingkatan dikehendaki menulis jumlah kehadiran pelajar di dalam kelas serta nama-nama pelajar yang tidak hadir dalam Buku Pengurusan Kelas. Ketua tingkatan hendaklah melaporkan pelajar yang ponteng kelas kepada guru tingkatan/ guru mata pelajaran pada hari berkenaan untuk direkodkan dengan jelas ke dalam buku/ diari kelas/ buku kehadiran pelajar waktu belajar bagi di ambil tindakan susulan. Ketua tingkatan / pelajar-pelajar lain tidak dibenarkan mengisi/ menulis / menandatangani bagi pihak guru tingkatan/ guru mata pelajaran segala butiran di dalam buku/ diari kelas pelajar-pelajar ponteng.

10,15 Ketua tingkatan/ penolongnya hendaklah mencari guru yang sepatutnya masuk ke kelas sekiranya guru berkenaan tidak dapat ditemui, sila berjumpa dengan GPK/ GPK Petang untuk mendapatkan maklumat/ tindakan seterusnya.

10,16 Semua pelajar bertanggungjawab menentukan kebersihan bilik darjah. Ketua AJK Kebersihan dan Kecerian Kelas hendaklah memastikan semua pelajar menjalankan tugas dan memberikan kerjasama untuk kebaikan bersama.

10.17 Setiap bilik darjah hendaklah memaparkan jadual waktu, jadual tugasan harian membersihkan kelas, carta organisasi kelas, dokumen-dokumen dan maklumat tambahan sekolah serta hiasan yang sesuai.

10.18 Maklumat-maklumat di dalam jadual tugasan pelajar mestilah mengandungi tugas menyapu lantai, mengelap tingkap, membersihkan papan hijau, mengeluarkan sampah dari meja dan menyusun kerusi meja serta menghias kelas.

10,19 Pelajar-pelajar sesi pagi yang bertugas hendaklah membersihkan kelas 5 minit sebelum balik dengan arahan guru tingkatan/ guru mata pelajaran. Pelajar sesi petang hendaklah membersihkan kelas pada waktu yang sesuai / 5 minit sebelum balik dengan arahan guru tingkatan/ guru mata pelajaran.

10.20 Bilik-bilik darjah hendaklah dibersihkan dan kerusi meja disusun dengan kemas dan teratur. Sampah-sampah di dalam kelas hendaklah di buang di dalam tong sampah semasa membersihkan kelas.

10.21 Ketua tingkatan / ketua  AJK kebersihan kelas hendaklah melaporkan kepada guru tingkatan mana- mana pelajar yang tidak menjalankan tugas yang di arahkan/ memberi kerjasama melakukan tugasan yang di beri.

10.22 Mana-mana pelajar yang tidak menjalankan/ memberi kerjasama menjalankan tugas dan tidak berdisiplin hendaklah di rekodkan dan di ambil tindakan.

 

11. PERATURAN SEKOLAH: ISTIADAT PERHIMPUNAN SEKOLAH

11.1 Semasa perhimpunan, pelajar-pelajar di kehendaki beratur mengikut aturan kelas di tempat yang diarahkan oleh Pengetua/GPK Petang.

11.2 Semua pelajar WAJIB hadir. Pelajar yang tidak hadir ke perhimpunan akan di ambil tindakan kecuali dengan kebenaran guru.

11.3 Perhimpunan sekolah adalah satu istiadat. Semua pelajar WAJIB menghormati istiadat ini dengan berdiri tegak/ sebagainya mengikut yang di arahkan secara tertib.

11.4 Semua pelajar dikehendaki menyanyikan lagu kebangsaan, lagu negeri, lagu sekolah dan melafazkan ikrar pelajar secara berdiri tegak , tenang dan bersemangat.

11.5 Semasa pengetua/ guru-guru berucap/ bercakap, pelajar-pelajar hendaklah memberi tumpuan sepenuhnya dan di larang bercakap/ sebagainya yang boleh mengganggu /mencemar perhimpunan tersebut.

11.6 Selepas selesai perhimpunan, pelajar-pelajar hendaklah berjalan mengikut barisan ke kelas masing-masing dalam keadaan tertib.

11.7 Perhimpunan Rasmi Sekolah diadakan pada setiap hari Ahad/tertakluk kepada arahan pengetua/ Jabatan Pendidikan dari semasa ke semasa.

  

12. PERATURAN SEKOLAH: PERATURAN SEMASA REHAT DAN PERATURAN MEMBELI MAKANAN/ MINUMAN :

DI KANTIN SEKOLAH

  • Pelajar hanya di benarkan berada di kantin sekolah pada waktu rehat sahaja/ mana-mana tempat yang menjual/ menyediakan makanan/ minuman di kawasan sekolah kecuali dengan kebenaran guru.
  • Pelajar dilarang keluar dari kawasan sekolah untuk membeli makanan / sebagainya pada waktu rehat kecuali dengan kebenaran guru.Membawa makanan yang dibeli di luar sekolah adalah dilarang.
  • Pelajar dilarang membawa keluar/ merosakkan peralatan kantin.
  • Pinggan mangkuk/ segala peralatan yang telah digunakan hendaklah diletakkan ke dalam bekas yang di sediakan.
  • Kertas/ plastik pembungkus makanan/ minuman/ apa-apa jua sampah hendaklah dibuang ke dalam tong sampah yang disediakan.
  • Pelajar dilarang membawa makanan/ minuman/ sebagainya keluar dari kawasan kantin/ koperasi untuk di bawa ke tempat lain.
  • Semua pelajar hendaklah beratur ketika membeli makanan/ minuman/ sebagainya di kantin dan jangan membuat bising/ kekacauan yang boleh mengganggu.
  • Pengawas yang bertugas hendaklah menguatkuasakan semua peraturan dengan adil, cekap dan bijaksana. Catatkan nama-nama pelajar yang ingkar.
  • Pengawas di benarkan rehat 10 minit lebih awal agar dapat segera menjalankan tugas yang ditetapkan pada waktu rehat.
  • emua pelajar hendaklah berbaris dengan senyap dan tertib diluar kelas/ bilik-bilik khas apabila loceng tamat waktu rehat dibunyikan. Pelajar-pelajar hanya dibenarkan masuk ke kelas apabila dibenarkan berbuat demikian oleh guru/ pengawas yang bertugas menjaga kelas.
  • egala peraturan yang dinyatakan di atas adalah berkuatkuasa juga ke atas semua/ bilik yang di umumkan sebagai tempat/ bilik menjual / menyediakan makanan/ sebagainya di kawasan sekolah.
  • elajar perlu peka dengan bau dan rasa makanan yang dibeli supaya tidak makan makanan yang boleh mengakibatkan keracunan makanan.

 

13. PERATURAN SEKOLAH: PENGGUNAAN BILIK-BILIK KHAS DI SEKOLAH.

(a) Makmal Sains

(b) Bengkel/ Makmal kemahiran hidup

(c) Perpustakaan/ Pusat sumber sekolah

(d) Bilik tayang

(e) Makmal ICT/ Komputer

(f) Bilik Pendidikan Seni

(g) Stor sukan

(h) Dewan

(i) Surau

(j) Lain-lain

13.1  Semua pelajar adalah tertakluk kepada segala peraturan-peraturan penggunaan bilik-bilik/ tempat-tempat khas yang dinyatakan di atas yang ditulis/ ditampal/ dipamerkan/ sebagainya di bilik-bilik/ tempat-tempat khas/ apa-apa jua yang disebut sebagai peraturan penggunaan oleh guru/kakitangan yang bertanggungjawab menjaga bilik-bilik/ tempat-tempat khas tersebut.

13.2  Pelajar-pelajar yang melanggar/ mengingkari segala peraturan seperti yang dinyatakan di anggap telah melanggar dan mengingkari peraturan sekolah dan boleh diambil tindakan.

 

14. PERATURAN SEKOLAH: PERATURAN MENJALANKAN KELAS PENDIDIKAN JASMANI

14.1  Pakaian/ kelengkapan (seperti yang dinyatakan dalam 4.5.6 Pakaian Ahli Kelab Sukan dan Permainan/ Pendidikan Jasmani).

14.2  Pelajar-pelajar hendaklah bergerak di dalam barisan berdua-dua pergi/ balik ke tempat yang diarahkan oleh guru ketika kelas Pendidikan Jasmani dilakukan.

14.3 Barang-barang berharga/ yang boleh mendatangkan kecederaan seperti beg duit, jam tangan, kunci / sebagainya hendaklah dibungkus kemas, dilabelkan dengan nama pelajar dan diserahkan kepada guru pendidikan jasmani untuk di masukkan ke dalam bekas khas dan dikembalikan oleh guru selepas tamat kelas pendidikan jasmani.

14.4  Pelajar-pelajar tidak dibenarkan singgah dimana-mana tempat lain kecuali untuk menukar pakaian dalam masa 5 minit ( bagi pelajar perempuan). Pelajar-pelajar hanya di benarkan menukar pakaian di bilik-bilik tertentu sahaja seperti tandas lelaki dan tandas perempuan/ mana-mana yang bersesuaian mengikut budi bicara guru.

14.5  Pelajar-pelajar tidak dibenarkan melakukan aktiviti-aktiviti fizikal/ menggunakan alatan-alatan semasa kelas pendidikan jasmani tanpa kebenaran /pengawasan guru pendidikan jasmani / guru ganti.

14.6  Pelajar-pelajar dikehendaki menggunakan  peralatan pendidikan jasmani denga cermat dan berhati-hati dan dipulangkan/ dikumpulkan untuk disemak sebelum setelah selesai kelas pendidikan jasmani.

14.7  Pelajar yang menghidap penyakit-penyakit berbahaya yang boleh mengancam keselamatan nyawa pelajar tersebut/ masalah kardiovaskular hendaklah memberitahu guru pendidikan jasmani secara lisan/ bertulis dengan mengemukan dokumen-dokumen yang berkaitan/ surat pengesahan ibu bapa/ penjaga yang dia akui.

14.8 Pelajar-pelajar di nasihatkan mengikut arahan/mendengar/ memahami/ memberi tumpuan/ mematuhi segala arahan / tunjuk cara yang diberikan oleh guru ketika menjalankan aktiviti pendidikan jasmani untuk menjamin keselamatan pelajar dan mengelakkan kecederaan.

 

15. PERATURAN SEKOLAH: PERATURAN MEMBAWA DAN MELETAKKAN KENDERAAN DI KAWASAN SEKOLAH

15.1  Basikal hendaklah sentiasa berkunci ketika diletakkan di tempat yang telah ditetapkan. Pihak sekolah tidak akan bertanggungjawab ke atas segala kerosakan/ kecurian kenderaan pelajar di luar/ di dalam kawasan sekolah.

15.2  Pelajar tidak dibenarkan menunggang/ memandu kenderaan di dalam kawasan sekolah pada bila-bila masa. Pelajar hendaklah  menyorong basikal mereka  apabila memasuki kawasan sekolah. Pelajar yang membawa kereta/motosikal tidak dibenarkan memasuki atau meletakkan kereta tersebut di dalam kawasan sekolah.

15.3  Pelajar-pelajar yang membawa kenderaan bermotor ke sekolah diwajibkan mempunyai lesen memandu yang sah dan dinasihatkan tidak melanggar sebarang undang-undang jalan raya.Pihak sekolah tidak akan bartanggungjawab jika pelajar didapati bersalah melanggar undang-undang jalan raya semasa pihak polis/ jabatan Pengangkutan Jalan mengadakan peperiksaan mengeju di kawasan sekolah.

15.4  Pelajar dilarang menggunakan/meminjam kenderaan pelajar lain.

15.5  Kendaraan tidak boleh diletakkan di tempat yang boleh menghalang lalu lintas di kawasan sekolah/kawasan hadapan pintu pagar sekolah.

15.6 Pelajar-pelajar dilarang membunyikan hon kenderaan di dalam kawasan sekolah/di hadapan pintu pagar sekolah.

15.7 Segala kelengkapan berkenderaan seperti topi keledar/ sebagainya hendaklah dikunci dengan rapi pada kenderaan ketika meletakkan kenderaan di kawasan yang telah ditetapkan.

 

16. PERATURAN SEKOLAH: PERATURAN BERURUSAN DENGAN PIHAK SEKOLAH

16.1 Semua pihak yang ingin berurusan dengan pihak sekolah mestilah terlebih dahulu mendapatkan pas kebenaran pelawat di pondok pengawal dengan mengemukakan butiran diri, tujuan lawatan/ urusan dan pegawai/ guru/ pelajar yang ingin ditemuinya.

16.2  Pihak pengurusan sekolah berhak menahan/ tidak membenarkan mana-mana individu/ syarikat-syarikat swasta memasuki kawasan sekolah dengan mengarahkan pengawal keselamatan yang ditugaskan di pintu pagar sekolah berbuat demikian.

16.3 Pihak sekolah berhak mengarahkan mana-mana individu/ syarikat-syarikat swasta yang datang ke kawasan sekolah/ diluar/ didalam bertujuan mengganggu/ mengugut/ mengancam/ mempertikaikan/ sebagainya beredar dari kawasan sekolah dan jika ingkar, pihak sekolah boleh meghubungi pihak berkuasa( polis) bagi mengawal keadaan.

16.4  Ibu bapa/ penjaga/ individu yang ingin berjumpa pelajar di sekolah ini mestilah terlebih dahulu meminta kebenaran daripada Pengetua/ GPK Hem/ GPK Petang di pejabat sebelum berbuat demikian.

16.5  Ibu bapa/ penjaga yang ingin membawa pulang anak/ pelajar hendaklah terlebih dahulu mengisi dokumen-dokumen perlu yang di arahkan oleh pihak sekolah.Surat kebenaran hanya boleh ditandatangani oleh Pengetua/GPK/ PK Petang.

16.6 Ibu bapa/ penjaga/ bekas pelajar apabila berurusan dengan pihak sekolah hendaklah berpakaian kemas dan sopan. Sila patuhi segala larangan-larangan awam di sekolah seperti tidak merokok di kawasan sekolah. Gunakan budi bahasa yang sopan ketiak berurusan di sekolah. Pihak sekolah/ Pengetua/ Guru-guru/ Kakitangan berhak untuk tidak melayan/ mengarahkan individu tersebut keluar dari kawasan sekolah jika mereka didapati tidak bertingkah laku sopan dan berpakaian tidak sopan ketika berurusan dengan pihak sekolah.

16.7  Ibu bapa/ penjaga/ mana-mana individu/ syarikat yang berurusan dengan pihak sekolah hendaklah meletakkan kenderaan  mereka di luar kawasan sekolah/ di dalam dengan kebenaran pihak pentadbiran sekolah. Semasa meletakkan kenderaan di luar kawasan sekolah (terutama di hadapan pintu pagar sekolah) pastikan kenderaan yang diletakkan tidak mengganggu/ menghalang lalu lintas.

16.8  Keselamatan harta benda individu/ syarikat yang berurusan di kawasan sekolah adalah bukan tanggungjawab sekolah.

16.9   Jurujual dilarang masuk/berurusan dengan guru kecuali atas kebenaran Pengetua.

 

17. PERATURAN SEKOLAH: PERATURAN MENGAMBIL KEPUTUSAN PMR/ SPM/ STPM

17.1 Pelajar-pelajar yang hendak berurusan dengan pihak sekolah hendaklah bersopan dan menunjukkan tingkah laku yang elok seperti berpakaian dengan kemas/ sopan dam tidak merokok di kawasan sekolah.

17.2 Pelajar-pelajar diminta membawa kad pengenalan semasa mengambil keputusan peperiksaan.

17.3 Pelajar-pelajar hendaklah beratur dengan tertib dan dilarang membuat bising/ mengganggu semasa mengambil keputusan peperiksaan.

17.4  Pelajar-pelajar diminta menjelaskan semua bayaran-bayaran/apa-apa jua hutang yang tertunggak. Dengan pihak sekolah semasa mengambil keputusan pepriksaan/ sebagainya. Pihak sekolah berhak/ menggunakan budi bicara untuk menahan keputusan peperiksaan / sebagainya mana-mana pelajar yang enggan berbuat demikian.

17.5 Sebarang bayaran/ hutang yang tertunggak hendaklah di serahkan kepada guru yang ditugaskan. Kerani pejabat/ guru-guru lain tidak akan menerima bayaran/ hutang yang tertunggak semasa keputusan peperiksaan di umumkan.

17.6 Pelajar-pelajar tidak dibenarkan mengambil/ melihat keputusan peperiksaan bagi pihak pelajar lain.

17.7 Hanya Ibu bapa/ penjaga pelajar sahaja yang dibenarkan mengambil keputusan peperiksaan anak/ jagaan,mereka hendaklah membawa kad pengenalan/ angka giliran/ slip peperiksaan.

17.8  Pelajar-pelajar/ ibu bapa/ penjaga dikehendaki menandatangani Buku Kenyataan Ambil semasa mengambil keputusan peperiksaan.

17.9  Semua pertanyaan mengenai keputusan peperiksaan individu melalui telefon tidak akan di layan.

17.10  Semua keperluan peperiksaan akan di keluarkan pada waktu  pejabat pada hari pertama dan kedua selepas keputusan peperiksaan diumumkan oleh Jabatan/ Kementerian Pendidikan Malaysia. Selepas itu keputusan peperiksaan akan di keluarkan pada waktu persekolahan dan bila mana guru yang bertanggungjawab berkelapangan/ tiada aktiviti.

17.11 Pelajar-prelajar dilarang menunggu/ bertemu guru di bilik darjah untuk mengambil keputusan peperiksaan .

 

18. PERATURAN SEKOLAH: SYARAT PENGLIBATAN PELAJAR DALAM AKTIVITI KOKURIKULUM DI SEKOLAH.

18.1 Badan/ Kelab/ Persatuan/ Unit beruniform / Sukan dan Permainan:

(a) Setiap pelajar dimestikan menjadi ahli mana-mana SATU sahaja pasukan pakaian seragam SATU dari Kelab/Persatuan dan SATU dari Sukan dan Permainan yang ada di sekolah.

(b) Setiap pelajar diwajibkan memakai pakaian seragam unit beruniform masing-masing pada setiap hari Rabu dan minggu ke tiga setiap bulan.

(c) Pelajar hendaklah menjadi ahli pasukan yang dianggotainya terus menerus dan keanggotaan pelajar di rekodkan dalam Jadual Kedatangan Sekolah oleh guru tingkatan.

(d) Semua pelajar yang beragama Islam diwajibkan menjadi Ahli Persatuan Agama Islam.

(e) Pelajar tidak dibenarkan menjadi ahli lebih daripada TIGA persatuan termasuk kelab.

(f) Setiap pelajar DIWAJIBKAN menjadi ahli dalam SATU Rumah Sukan yang ada di sekolah yang telah ditentukan oleh Setiausaha Sukan Sekolah.

18.2 Gerakerja Luar Yang Lain.

(a) Pelajar yang berbakat dan berpotensi dalam bidang yang tertentu akan dipilih mengikut kesesuaian/ kebolehan/ pengalaman pelajar berdasarkan keperluan semasa untuk mewakili sekolah/ daerah/ negeri.

(b) Pemilihan pelajar mewakili sekolah/ daerah/ negeri dalam aktiviti tertentu akan dilakukan oleh Guru Penasihat gerak kerja luar yang terlibat/ Setiausaha Sukan Sekolah/ AJK yang ditubuhkan/ GPK Kokurikulum/ GPK HEM.

(c) Pelajar yang terpilih untuk menyertai/mewakili aktiviti / gerak kerja luar anjuran Sekolah/ Pejabat Pendidikan Daerah/ Jabatan Pendidikan/ Kementerian Pendidikan WAJIBLAH mematuhi segala peraturan/ syarat yang dikehendaki. Pelajar yang didapati melanggar peraturan/ syarat yang diwajibkan akan disingkir dari menyertai/ mewakili aktiviti/gerak kerja luar yang disertainya dan akan di ambil tindakan lanjutan.

18.3 Syarat-syarat Memegang Jawatan

(a) Setiap pelajar hanya dibenarkan memegang hanya SATU sahaja jawatan penting/ utama ( Pengerusi/ Naib Pengerusi/ Setiausaha/ Penolong Setiausaha/ Bendahari/ Penolong Bendahari) dan DUA jawatan sebagai AJK Biasa dalam Kelab/ Persatuan/ Sukan dan Permainan/ Unit Beruiform di sekolah.

(b) Kes-kes pengecualian yang berlaku hendaklah dirujuk kepada budi bicara antara guru tingkatan/ guru penasihat/ penyelaras-penyelaras unit kokurikulum/ setiausaha kokurikulum/ GPK Kokurikulum/ GPK HEM.

(c) Aktiviti/ kegiatan kokurikulum sekolah dijalankan pada setiap hari Sabtu minggu kedua dan keempat, bermula pada jam 8.00 pagi dan tamat pada jam 12.30 tengah hari.

(d) Pakaian semasa menjalankan aktiviti/ kegiatan kokurikulum sekolah adalah seperti yang di nyatakan di dalam 4.5.4 dan 4.5.5. Etika berpakaian rasmi dan kelengkapan sekolah.

(e) Pelajar-pelajar yang terlibat menjalankan/ menyertai/ mewakili/ sekolah/ daerah/ negeri dalam apa-apa jua aktiviti/kegiatan/ gerak kerja luar dikehendaki mendapatkan SURAT KEBENARAN ibu bapa/ penjaga secara bertulis dan kemukan kepada guru yang bertanggungjawab untuk disimpan sebagai rujukan. Kegagalan pelajar berbuat demikian akan menyebabkan pelajar yang berkenaan boleh diambil tindakan.

(f) Pelajar-pelajar yang ingin menjalankan/ menyertai gerak kerja luar/ kajian luar/ apa jua aktiviti hendaklah menunjukkan Surat Kebenaran/ Arahan dari pihak sekolah kepada ibu bapa/ penjaga/ pihak- pihak yang terlibat agar dapat memberi nasihat/ memastikan keselamatan pelajar tersebut.

(g) Perbelanjaan/ kos bagi menjalankan kajian luar mata pelajaran adalah di tanggung oleh pelajar yang terlibat.

(h) Sesuatu lawatan di dalam/ keluar/ daerah/ negeri seramai LIMA orang /lebih pelajar yang diringi oleh guru/ guru-guru dianggap sebagai rombongan sekolah. Semua rombongan sekolah hendaklah terlebih dahulu mendapat persetujuan daripada pengetua/ pihak berkenaan serta menepati peraturan lawatan/ rombongan yang di tetapkan oleh PPD dan JPNJ.

(i) Guru-guru yang bertanggungjawab membawa/ menyelia/ mengawasi/ melatih pelajar-pelajar yang terlibat dengan aktiviti/ kegiatan/ gerak kerja/ apa-apa jua/ hendaklah memastikan segala langkah-langkah keselamatan telah di ambil dengan sewajarnya.

(j) Guru-guru/ Pengetua/ Jabatan Pendidikan/ Kementerian Pendidikan/ Kerajaan Malaysia tidak boleh di sabitkan/ di dakwa/ di bawa ke mahkamah dalam sebarang kemalangan/ kecederaan/ kecacatan yag di alami oleh pelajar di dalam gerak kerja kokurikulum/ apa-apa aktiviti yang di anjurkan oleh pihak sekolah/ Jabatan Pendidikan/ Kementerian Pendidikan selagi kemalangan/ kecederaan/ kecacatan yang di alami oleh pelajar bukan di sebabkan oleh kelalaian/ kecuaian guru-guru/ pihak-pihak yang terlibat/ bertanggungjawab.

 

 19. PERATURAN SEKOLAH: BAYARAN SEKOLAH

(a) Setiap pelajar di kehendaki menjelaskan bayaran telah ditetapkan oleh pihak sekolah dengan kadar segera.

(b) Segala bayaran hendaklah di jelaskan melalui guru tingkatan. Resit/ bukti pembayaran hendaklah disimpan sebagai bukti pembayaran.

 

20. PERATURAN SEKOLAH: KESELAMATAN PENGGUNAAN ALATAN DAN KEMUDAHAN DI SEKOLAH

(a) Pelajar dilarang menggunakan segala peralatan dan kemudahan sekolah tanpa kebenaran guru/ kakitangan sekolah.

(b) Peralatan yang telah digunakan hendaklah di pulangkan semula ke tempat asalnya dengan keadaan yang sempurna/ dibersihkan seperti semasa di ambil.

(c) Catatkan rekod penggunaan alatan/ kemudahan dalam buku yang di sediakan/ sebagainya apabila menggunakan peralatan/ kemudahan sekolah.

(d) Pelajar-pelajar mestilah mengetahui cara penggunaan peralatan/ kemudahan yang dipinjam/ di gunakan.

(e) Penggunaan kemudahan-kemudahan sekolah seperti padang/ dewan/ bilik darjah/ mana-mana tempat di kawasan sekolah adalah untuk pelajar-pelajar/ guru-guru/ kakitangan sekolah sahaja. Pelajar-pelajar dilarang menjemput orang luar yang bukan pelajar/ individu yang bukan kakitangan sekolah menggunakan segala peralatan dan kemudahan sekolah tanpa kebenaran.

(f) Pihak luar yang ingin menggunakan kemudahan dan peralatan sekolah hendaklah dengan kebenaran.

(g) Pelajar-pelajar hendaklah menggunakan segala peralatan/ kemudahan dengan cara yang betul.

(h) Pelajar-pelajar dilarang mengalihkan segala peralatan/ kemudahan yag ada di sekolah tanpa kebenaran guru.

 

21. PERATURAN SEKOLAH: BUKU TEKS (SPBT)

(a) Pelajar-pelajar yang mendapat pinjaman buku teks hendaklah menghargai pemberian tersebut dan mencatat nama dan tingkatan di bahagian depan atau belakang buku teks.

(b) Buku teks hendaklah disampul/ balut dengan plastik agar ia tidak mudah rosak. Tindakan akan di ambil jika pelajar tidak mematuhi arahan tersebut.

(c) Pelajar- pelajar dilarang menconteng/ merosakkan / menghilangkan buku teks. Pelajar yang didapati menconteng / merosakkan/ menghilangkan buku teks yang di beri akan diambil tindakan.

(d) Pelajar-pelajar hendaklah sentiasa membawa buku teks seperti dalam jadual waktu masa belajar.

(e) Pelajar dilarang meninggalkan buku teks dalam kawasan sekolah.

 

22. PERATURAN SEKOLAH: PENGGUNAAN AIR DAN ELEKTRIK

(a) Pelajar-pelajar hendaklah menggunakan segala kemudahan yang di sediakan seperti tandas/ air / elektrik dengan cara yang betul dan berjimat.

(b)Kebersihan tandas hendaklah sentiasa dijaga.Pelajar dilarang membuang sampah/benda/bahan ke dalam lubang tandas.

(c)Penggunaan air/eletrik hendaklah digunakan dengan cara yang betul dan berjimat.Gunakan air/eletrik bila perlu sahaja.Pastikan suis/kunci paip ditutup setelah selesai digunakan.

 

23. PERATURAN SEKOLAH:KEBERSIHAN, KESELAMATAN DAN KESIHATAN ( 3K )

(a) Pelajar-pelajar hendaklah sentiasa menjaga kebersihan pesekitaran/kawasan sekolah.

(b) Pelajar-pelajar dilarang membuang/ mengotori kawasan sekolah. Buang sampah ke dalam tong sampah.

(c)  Keceriaan kawasan sekolah adalah tanggunngjawab bersama.Pelajar-pelajar dilarang merosakkan/meconteng/memetik/mencabut segala tempat-tempat/benda keceriaan sekolah seperti pondok bacaan/pokok bunga/mural-mural yang terdapat di kawasan sekolah.

(d) Pelan Pergerakan Kebakaran mesti dipamerkan di semua tempat yang menjadi tumpuan seperti pejabat, bilik guru,bilik darjah,bilik-bilik khas dan sebagainya.Patuhi arahan pergerakan dan berkumpul di tempat yang telah dikhaskan.

(e)  Pelajar mesti mematuhi arahan pihak yang berkuasa untuk memastikan kesihatan diri dan persekitaran selamat dari semasa ke semasa seperti pemeriksaan gigi,suntikan,penutup muka dan larangan lain.

(f )  Pelajar perlu mematuhi arahan-arahan terkini yang diumumkan oleh pihak sekolah dari semasa kesemasa dan akur dengan langkah-langkah keselamatan yang darahkan.