Peraturan Am

KEMUDAHAN DAN HARTA BENDA SEKOLAH

 1. Pejabat

  • Murid tidak dibenarkan masukl tanpa kebenaran kecuali ada urusan yang diluluskan oleh Pengetua.
  • Ketuk pintu sebelum ke pejabat – masuk hanya setelah diberi kebenaran berbuat demikian.
  • Murid dilarang mengambil buku kedatangan murid dan kapur.
  • Murid dilarang menggunakan laluan depan pejabat atau berada di kawasan pejabat tanpa urusan.


2. Bilik guru 

  • Murid dilarang masuk ke bilik guru tanpa kebenaran.
  • Ketuk pintu untuk mendapat kebenaran masuk.
  • Hanya murid yang ada urusan dengan guru sahaja dibenarkan masuk.
  • Semua buku kerja/latihan hendaklah diletak di atas rak-rak yang disediakan di koridor Bilik Guru.

 

 3. Bilik Darjah

  • Semua murid bertanggungjawab terhadap bilik darjahnya,harta sekolah dan kebersihan.
  • Dilarang makan dan minum di dalam bilik darjah.
  • Mestilah berjimat menggunakan tenaga elektrik dan kemudahan lain.
  • Tutup kipas dan lampu sebelum meninggalkan bilik darjah.
  • Hendaklah duduk di tempat yang ditetapkan dan bertanggungjawab terhadap kerusi dan mejanya. Tidak dibenarkan menconteng atau merosakkan kerusi atau meja.
  • Dilarang berkeliaran di luar bilik darjah.
  • Harta benda di dalam bilik darjah dilarang dibawa keluar tanpa kebenaran.
  • Buka pintu dan tingkap semasa murid berada di dalam.
  • Semasa ketiadaan guru,bilik darjah adalah di bawah kawalan Ketua Kelas.
  • Tidak dibenarkan keluar bilik darjah pada bila-bila masa tanpa kebenaran guru.
  • Murid yang diberi kebenaran keluar bilik darjah di luar waktu rehat mesti memegang PAS KELUAR KELAS.

 

4. Tandas

  • Gunakan dengan penuh tanggungjawab.
  • Pastikan pili air ditutup selepas digunakan.
  • Murid dilarang menggunakan tandas guru.
  • Murid lelaki dilarang menggunakan tandas perempuan dan sebaliknya.
  • Dilarang menulis/menconteng/melukis di dinding tandas dengan apa jenis alat tulis.
  • Bahan pepejal hendaklah dibuang ke dalam tong sampah dan tidak dibuang dalam lubang tandas.
  • Penggunaan tandas hanya dengan kebenaran guru melainkan waktu rehat dan di luar waktu persekolahan
  • Jaga kebersihan tandas.

 

5. Kantin

  • Dilarang membuang sampah merata – rata di kawasan kantin
  • Bungkusan makanan dan minuman yang digunakan hendaklah dibuang ke dalam tong sampah .
  • Beratur semasa membeli makanan dan minuman .
  • Dilarang meludah merata-rata.
  • Dilarang berada di kawasan kantin semasa perhimpunan dan semasa pelajaran berjalan kecuali mendapat kebenaran guru.
  • Sepanjang bulan puasa , murid islam dilarang makan dan minum di kantin.
  • Dilarang mengalih kerusi dan meja kecuali mendapat kebenaran guru.
  • Selepas,makan pinggan,mangkuk dan sudu hendaklah dimasukan ke dalam besen yang disediakan.
  • Semasa makan,elakkan daripada menyepahkan makanan di atas meja.
  • Makan secara sopan ,tidak gelojoh.
  • Makanlah makanan yang seimbang dan berkhasiat.
  • Tidak dibenarkan makan di luar kawasan kantin.
  • Pelajar yang membawa makanan dari rumah tidak dibenarkan menggunakan peralatan kantin.
  • Pelajar tidak dibenarkan membawa makanan yang dibeli di luar sekolah.

 

6. Surau

  • Hanya murid islam sahaja dibenarkan masuk ke dalam surau.
  • Jaga kebersihan surau.
  • Kasut hendaklah ditinggalkan di luar surau.
  • Segala peralatan sembahyang hendaklah disusun setelah digunakan.
  • Semasa pelajaran berjalan , pengunaan surau untuk tujuan sembahyang mestilah mendapat kebenaran guru.
  • Surau digunakn untuk tujuan sembahyang dan perjumpaan yang berkaitan dengan hal-hal agama.
  • Dilarang tidur dan membuat bising di dalam surau.
  • Sebelum meninggalkan surau,pastikan semua suis lampu,kipas dan pintu ditutup.

 

7. Bilik Peralatan Sukan

  • Dilarang berada di dalam bilik berkenaan tanpa kebenaran guru.
  • Segala peralatan sukan yang digunakan mestilah mendapat kebenaran guru.
  • Apabila memulangkan peralatan sukan , hendaklah diletakkan di tempat asal dengan teratur dan kemas.
  • Cara menggunakan peralatan sukan hendaklah mengikut arahan atau tunjuk ajar guru.
  • Semua pengambilan alat sukan hendaklah direkodkan.

 

8. Basikal / Motosikal / Kereta

  • Basikal hendaklah diletakkan di tempat yang dikhaskan .
  • Susun basikal dengan kemas.
  • Basikal hendaklah dikunci.
  • Dilarang menaiki basikal di kawasan sekolah .
  • Semua motosikal dan kereta kecuali kenderaan guru dilarang memasuki kawasan sekolah.

 

9. Padang

  • Penggunaan padang mestilah mendapat kebenaran Pengetua atau Guru Sukan.
  • Pelajar hanya dibenarkan berada di padang di bawah pengawasan guru.
  • Semasa menggunakan padang mestilah berpakaian sukan.
  • Dilarang menggunakan padang semasa hujan.
  • Dilarang memanjat atau bergayut di mana–mana sahaja kecuali diarahkan.
  • Alat-alat sukan dilarang ditinggalkan di kawasan sekolah selepas digunakan.
  • Makanan dan minuman dilarang dibawa ke padang atau ke tepi padang.
  • Jaga kebersihan padang.
  • Semasa berada di padang, pelajar hendakalah sentiasa mematuhi arahan guru.

 

10. Peraturan makmal

10.1 Am

  • Makmal dan bilik persediaan ialah kawasan larangan.Tidak sesiapapun dibenarkan masuk tanpa kehadiran guru.
  • Peralatan sains,bahan kimia,dan bahan biologi dalam makmal tidak boleh dibawa keluar tanpa kebenaran guru.
  • Peralatan sains,bahan kimia dan bahan biologi hanya boleh digunakan atas arahan dan panduan guru.
  • Semua radas hendaklah dibersihkan sebelum dan selepas digunakan.
  • Semua peralatan sains, bahan kimia dan bahan biologi yang telah digunakan hendaklah dikembalikan ke tempat asalnya.
  • Eksperimen tidak boleh dilakukan tanpa pengetahuan dan kebenaran guru.
  • Setiap kerosakan atau kemalangan perlulah dilaporkan dengan segera kepada guru ataupun kakitangan makmal.
  • Dilarang bermain-main dengan segala peralatan kelengkapan di makmal.
  • Tidak dibenarkan berpindah dari tempat duduk yang dikhaskan ke tempat lain tanpa kebenaran guru.
  • Kerusi makmal hendaklah diatur dengan kemas.Keadaan dalam makmal hendaklah sentiasa bersih dan kemas selepas tiap-tiap waktu makmal.
  • Kertas tidak boleh digunakan untuk menghidupkan api penunu Bunsen.
  • Kayu mancis dan benda – benda lain yang masih berbara mestilah dipadamkan sebelum dibuang ke dalam tong sampah.
  • Kayu mancis , kertas turas ataupun sebarang sampah dalam bentuk pepejal tidak boleh dibuang ke dalam ataupun ke bawah sinki,tetapi mesti dibuang ke dalam tong sampah yang disediakan.
  • Makanan dan minuman tidak dibenarkan dibawa masuk ke dalam bilik makmal dan bilik persediaan.

10.2 Penggunaan Bahan Kimia

  • Label pada botol mestilah dibaca dengan teliti untuk memastikan bahawa bahan kimia yang digunakan itu betul.
  • Gunakan sedikit bahan kimia sahaja semasa membuat pemerhatian kerana sedikit bahan kimia adalah mencukupi
    untuk memberi pemerhatian yang jelas.Jangan membazirkan bahan kimia.
  • Gunakan spatula untuk mengambil bahan kimia dan pepejal.Jangan gunakan jari tangan.
  • Botol yang mengandungi bahan kimia mesti ditutup semula dengan segera setelah diambil bahannya.
  • Bahan kimia biasanya adalah beracun dan menghakis.Jangan cuba merasa sebarang bahan kimia sungguhpun ia dalam larutan cair.
  • Amaran: Pihak sekolah tidak akan bertanggungjawab atas apa-apa kejadian yang tidak diingini sekiranya seorang murid itu tidak mematuhi peraturan – peraturan tersebut di atas.

 

11. Bengkel Kemahiran Hidup

11.1 Peraturan Am

  • Sebelum masuk ke dalam bengkel murid perlu:
  • Beratur dalam dua barisan di luar bengkel.
  • Jangan masuk ke dalam bengkel tanpa kebenaran guru.
  • Pakai apron semasa bekerja.
  • Periksa alat yang hendak digunakan untuk memastikan ia mencukupi dan berkeadaan baik.
  • Selepas membuat kerja – kerja amali, murid-murid hendaklah membuat perkara–perkara berikut:
  1. Bersihkan dan simpan peralatan di tempat – tempat yang sepatutnya dengan teratur.
  2. Kemaskan meja anda.
  3. Simpan apron, bahan – bahan dan kelengkapan yang lain dengan teratur.
  4. Sapu lantai.
  5. Basuh tangan dengan air dan sabun.
  • Tahu menggunakan alat – alat kecemasan.

11.2 Peraturan Keselamatan Bengkel

  • Bengkel hendaklah sentiasa bersih dan teratur.
  • Tempat khas perlu untuk menyimpan alatan.
  • Pastikan alat kawalan dan perlindungan elektrik di bengkel berfungsi.
  • Pastikan alat pemadam api dan kotak pertolongan cemas ada di bengkel.
  • Laporkan kepada guru sekiranya didapati keadaan yang berbahaya.
  • Tutup semua suis sebelum meninggalkan bengkel.

11.3 Peraturan Keselamatan Alatan

  • Pastikan alat dalam keadaan selamat sebelum digunakan.
  • Gunakan alat yang sesuai untuk membuat sesuatu kerja.
  • Bersihkan alatan setelah digunakan.
  • Simpan semula alatan di tempat yang dikhaskan selepas digunakan.
  • Laporkan kepada guru dengan serta – merta sekiranya terdapat alatan di bengkel yang rosak,hilang atau berbahaya untuk digunakan.

11.4 Peraturan Keselamatan Diri

  • Peraturan di bengkel hendaklah sentiasa dipatuhi.
  • Lengkapkan diri dengan pengetahuan rawatan asas pertolongan cemas.
  • Jangan bermain- main atau bergurau di tempat kerja.
  • Laporkan kepada guru dengan serta merta sekiranya terdapat kemalangan.
  • Patuhi langkah- langkah yang betul semasa membuat sesuatu kerja. Tanyalah guru apabila anda kurang pasti dengan kerja – kerja yang perlu dibuat.
  • Berhati – hati semasa membawa alat-alat yang tajam.
  • Jangan sentuh kelengkapan,alat dan bahan yang tidak ada kena mengena dengan kerja anda.

 

12. Peraturan  penggunaan Bilik kaunseling

  • Murid tidak dibenarkan masuk tanpa kebenaran Guru kaunseling.
  • Sila susun semula bahan bacaan selepas dibaca.
  • Dilarang mengotorkan Bilik Kaunseling.
  • Dilarang  membuat bising semasa berada di Bilik Kaunseling.
  • Tidak boleh makan dan minum di Bilik Kaunseling.
  • Dilarang menconteng, mengoyak atau menanggalkan apa-apa yang terdapat di Papan Kenyataan Kaunseling

 

13. Peraturan Bilik Seni Visual

  • Murid tidak dibenarkan masuk atau tinggal di dalam Bilik Seni Visual tanpa kebenaran guru.
  • Murid hendaklah beratur dengan sempurna di luar Bilik Seni Visual dan tunggu sehingga guru datang
  • Beg tidak dibenarkan dibawa masuk kecuali peralatan lukisan.
  • Jika berlaku kecederaan sila laporkan kepada guru dengan segera.
  • Murid hendaklah masuk ke Bilik Seni Visual dengan senyap dan teratur. Jangan berebut-rebut untuk mendapatkan tempat duduk.
  • Dilarang bermain atau bergurau dengan peralatan tajam.
  • Bilik Seni Visual mestilah sentiasa bersih dan kemas
  • Murid diberikan masa 10 minit untuk melakukan kerja-kerja pembersihan sebelum meninggalkan Bilik Seni Visual
  1. Segala sampah hendaklah dibuang ke dalam tong sampah
  2. Benda-benda pepejal jangan dibuang ke dalam sinki, ditakuti tersumbat
  3. Perkakas di dalam Bilik Seni Visual mestilah sentiasa berada di tempat yang ditentukan. Setelah digunakan hendaklah disimpan di tempatnya.
  4. Meja dan kerusi mestilah dibersihkan setelah sesuatu aktiviti
  • Murid dilarang memegang atau menyentuh hasil-hasil lukisan yang dipamerkan
  • Sebelum meninggalkan Bilik Seni Visual pastikan lampu dan kipas telah ditutup.

Peringatan: Jika terdapat kerosakan atau kemalangan di Bilik Seni Visual kerana kesalahan murid itu sendiri atau lain-lain kerana melanggar peraturan di atas, guru ataupun pihak berkuasa tidak akan bertanggungjawab.

  • Ahli-ahli persatuan yang ingin menggunakan Bilik Seni Visual mestilah mendapat kebenaran terlebih dahulu daripada Ketua Panitia Pendidikan Seni Visual.

 

14. Peraturan Bilik Rawatan

  • Rawatan hanya untuk sakit ringan ( pening, demam, luka berdarah atau terseliuh, sakit perut, gigitan serangga).
  • Kecederaan serius, pengsan dan keracunan mesti dirujuk kepada pejabat Penolong Kanan ( Hal Ehwal Murid) dengan bantuan guru bertugas untuk mendapatkan rawatan di klinik atau hospital.
  • Murid perlu mendapat kebenaran guru untuk berehat di Bilik Rawatan.
  • Setiap ahli mesti memastikan kebersihan, kekemasan dan keindahan Bilik Rawatan.

 

15. Peraturan Pusat Sumber

  • Perpustakaan boleh digunakan mengikut masa yang telah ditetapkan dalam jadual waktu pagi dan waktu rehat.
  • Setiap guru diwajibkan bersama-sama murid setiap kali masuk ke perpustakaan dan bertanggungjawab mengawal disiplin murid.
  • Kelas-kelas yang tidak diringi guru, tidak dibenarkan masuk ke perpustakaan.
  • Guru yang membawa murid-murid masuk ke dalam perpustakaan mestilah membuat catatan di dalam Buku Rekod Penggunaan Perpustakaan yang telah disediakan.
  • Murid hendaklah berpakaian sekolah dan tanda nama ketika masuk ke perpustakaan.
  • Beg atau fail hendaklah diletakkan di tempat yang disediakan dan tidak dibenarkan dibawa masuk ke perpustakaan melainkan nota-nota yang diperlukan.
  • Buku-buku, majalah dan surat khabar yang dipamerkan di atas rak hanya boleh dibaca di dalam perpustakaan sahaja.
  • Buku-buku, majalah dan suratkhabar yang telah dibaca hendaklah diletakkan semula di tempat asalnya.
  • Buku-buku yang dipinjam dari perpustakaan hendaklah dijaga dengan cermat dan dipulangkan mengikut tarikh yang telah ditetapkan.
  • Tempoh pinjaman sebuah buku adalah 7 hari sahaja.
  • Kehilangan buku-buku perpustakaan yang dipinjam mestilah digantikan semula sama ada dalam bentuk buku atau membayar kos/ harga buku tersebut.
  • Para murid tidak dibenarkan makan dan minum di dalam perpustakaan.
  • Murid dilarang menulis atau mengoyak buku-buku, majalah atau surat khabar perpustakaan. Jika terkoyak, murid tersebut dikehendaki menggantikan barang tersebut.
  • Semua pengguna perpustakaan dimestikan mematuhi peraturan dan garis panduan yang telah ditetapkan dan sentiasa menjaga disiplin diri sewaktu berada di dalam perpustakaan.

 

16. Telefon

  • Membawa telefon bimbit adalah DILARANG.
  • Penggunaan telefon awam hendaklah mendapat kebenaran guru dahulu.
  • Bayaran tertentu dikenakan untuk penggunaan telefon pejabat.

 

17. Peraturan Meminjam Buku SPBT

  • Murid-murid yang layak menerima bantuan di bawah Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) adalah mereka yang merupakan warganegara Malaysia
  • Murid-murid yang mendapat pinjaman buku teks mestilah mematuhi peraturan-peraturan di bawah:
  1. Murid-murid mestilah menjaga keselamatan fizikal buku SPBT yang dipinjam dan menyampulkannya dengan plastik.
  2. Buku-buku SPBT yang hilang atau rosak mestilah digantikan dengan buku yang serupa jenisnya atau dengan wang yang sama harga dengan buku tersebut secepat mungkin kepada guru SPBT sebelum tarikh pemulangan buku teks.
  3. Semua buku teks mestilah dipulangkan kepada guru SPBT pada tarikh pemulangan buku yang ditetapkan.
  4. Buku-buku SPBT tidak boleh dijualbeli atau ditukar milik.
  5. Penggunaan buku teks dalam pengajaran dan pembelajaran adalah wajib.
  • Pihak sekolah boleh mengambil tindakan disiplin jika peraturan-peraturan di atas tidak dipenuhi.
  • Murid-murid yang gagal memulangkan buku teks SPBT dan berhenti khasnya tingkatan 3 dan tingkatan 5, menyebabkan keputusan peperiksaan, mereka ditangguhkan atau tidak diberi Sijil Berhenti Sekolah sehingga buku tersebut dipulangkan atau digantikan dengan wang yang cukup dengan jumlah harganya.

 

18. Peraturan Perabot dalam kelas

  • Setiap Guru Kelas menerima dan mengenalpastikan kelas masing-masing dibekalkan dengan:
  1. Kerusi dan meja (mengikut bilangan murid) yang bernombor (termasuk kerusi meja guru, sudut bacaan dan sebagainya)
  2. Papan kenyataan (depan dan belakang kelas)
  3. Papan hitam/papan putih
  4. Kaca tingkap yang sempurna
  5. 1 batang penyapu
  6. 1 buah bakul sampah
  7. 1 buah penyodok sampah
  • Setiap kelas bertanggungjawab menjaga dan memelihara perabot dalam kelas masing-masing
  • Kerusi dan meja
  1. Setiap murid bertanggungjawab terhadap kerusi meja yang diberi.
  2. Denda akan dikenakan kepada murid yang mengotorkan atau merosakkan kerusi mejanya.
  3. Sebanyak RM30.00 bagi sebuah kerusi dan RM 80.00 bagi sebuah meja akan dibiayai oleh murid yang merosakkanya.
  • Papan Kenyataan dan Papan hitam
  1. Gunakan papan kenyataan dan papan hitam dengan manfaat dan cara yang betul.
  2. Jika didapati tercemar dengan tulisan, lukisan, kesan tapak kaki atau kasut dan sebagainya, tindakan akan diambil
  3. Segala kerosakan (pecah dan berlubang), murid kelas berkenaan akan membiayai kos kerja membaikpulih.
  • Tingkap
  1. Sebanyak RM 5.00 bagi sekeping kaca tingkap akan dibiayai oleh murid yang memecahkannya.
  • Penyapu, Bakul sampah dan penyodok sampah
  1. Kelas masing-masing bertanggungjawab terhadap kerosakan dan kehilangan alat perabot tersebut.

 

19. Garis Panduan Semasa Kecemasan dan Kebakaran

Semua murid dikehendaki mematuhi peraturan kecemasan.

 

20. Hal-hal lain

  • Murid tidak dibenarkan membawa orang luar ke kawasan sekolah tanpa kebenaran Pengetua.
  • Surat-menyurat rasmi berkaitan dengan sekolah hendaklah melalui Pengetua.
  • Segala dokumen yang memerlukan pengesahan Pengetua hendaklah diserahkan terlebih dahulu kepada Pelayan Pejabat.

 

21. Peringatan

Segala peraturan sekolah yang telah ditetapkan di atas boleh diubah dari masa ke semasa tertakluk kepada keadaan. Kerjasama semua pihak amat dialu-alukan dan dihargai untuk meningkatkan tahap disiplin Sekolah Menengah Kebangsaan Damai Jaya.