Frog VLE SMKDJ @ Google Play Store

Ikuti langkah-langkah berikut untuk mendapatkan aplikasi Frog VLE SMKDJ bagi telefon pintar Android anda di Google Play Store.

1. Klik pada ikon aplikasi Google Play Store di dalam telefon pintar anda.

play-store

2. Pada ruangan carian, tapikan “frog vle smkdj”. Kemudian, klik pada paparan “Frog VLE SMKDJ” untuk memasang aplikasi ini dalam telefon pintar anda.

frog-vle-smkdj-01

3. Klik pada butang “INSTALL”. Aplikasi ini memerlukan storan sebanyak 3.57 MB.

frog-vle-smkdj-02

4. Klik pada butang “ACCEPT”.

frog-vle-smkdj-03

5. Aplikasi Frog VLE sedang dimuat turun.

frog-vle-smkdj-04

frog-vle-smkdj-05

6. Klik pada butang “OPEN” untuk membuka Aplikasi Frog VLE SMKDJ.

frog-vle-smkdj-06

7. Masukkan Yes ID dan kata laluan (Password) Frog VLE anda dan klik butang “Login”. Sekiranya anda lupa Yes ID dan Password Frog VLE, anda boleh rujuk sini untuk mendapatkan Yes ID dan Password secara atas talian.

frog-vle-smkdj-07

8. Sekiranya anda ingin aplikasi ini mengingati password anda, sila pilih “Remember”. Jika tidak perlu, klik “Not now”.

frog-vle-smkdj-08

9. Tahniah! Anda telah berjaya memasang aplikasi Frog VLE SMKDJ. Semoga aplikasi ini memberi manfaat kepada semua warga SMKDJ untuk belajar secara atas talian.

frog-vle-smkdj-09

10. Berikut adalah ikon FROG VLE SMKDJ yang telah berjaya dipasang dalam telefon pintar anda. Untuk mendapatkan paparan yang lebih mesra pengguna, anda digalakkan membuka FROG VLE dengan menggunakan komputer atau komputer riba anda.

frog-vle-smkdj

Untuk makluman: Kempen Layari VLE Frog SMK Damai Jaya 10 Minit Seminggu masih diteruskan sehingga akhir tahun 2017. Para pelajar digalakkan log in Frog VLE SMKDJ sekurang-kurangnya 10 minit seminggu untuk mendapatkan hadiah misteri anda. Marilah kita bersama-sama melayari VLE FROG SMK Damai Jaya! Selamat mencuba!