Maklumat Sekolah

Panduan Pendaftaran Kokurikulum Tingkatan 2, 3, 4 dan 5 Tahun 2019

Dengan ini dimaklumkan bahawa Pendaftaran Kokurikulum bagi pelajar Tingkatan 2, 3, 4 dan 5 tahun 2019 akan bermula pada 1 Januari 2019 (Selasa), 8:00 malam hingga 3 Januari 2019 (Khamis), 9:00 malam. Pelajar perlu menggunakan YES ID atau FROG ID untuk mendaftar. Pendaftaran hanya boleh dilakukan sekali sahaja bagi setiap pelajar dan tiada sebarang PINDAAN selepas mendaftar. Maka para pelajar perlu memikirkan dahulu badan beruniform, kelab & persatuan dan 1 Murid 1 Sukan yang ingin disertai sebelum membuat keputusan.

Berikut adalah senarai badan beruniform, kelab & persatuan dan 1 Murid 1 Sukan bagi SMK Damai Jaya untuk rujukan:

Badan Beruniform:

  • Kadet Remaja Sekolah
  • Kadet Polis
  • Kadet Bomba
  • Pengakap
  • Pandu Puteri (untuk Pelajar perempuan sahaja)
  • Puteri Islam (untuk Pelajar perempuan Islam sahaja)
  • PBSM
  • St John Ambulans
  • Silat
  • Taekwando

Kelab & Persatuan:

  • Persatuan Bahasa Melayu
  • Persatuan Bahasa Inggeris
  • Persatuan Bahasa Cina
  • Persatuan Bahasa Tamil
  • Persatuan Agama Islam
  • Persatuan Matematik
  • Persatuan Sains dan Teknologi
  • Persatuan Geografi & Pencinta Alam
  • Persatuan Sejarah & Rukun Negara
  • Persatuan Reka Bentuk & Teknologi
  • Persatuan Seni Visual & Media
  • Kelab Kerjaya
  • Kelab Pengguna
  • Kelab Quarter Master
  • Kelab Kesenian & Kebudayaan
  • Kelab Koperasi
  • Kelab Rekacipta & Inovasi
  • Kelab SPBT
  • Kelab Briged Cyber

1 Murid 1 Sukan:

  • Bola Sepak
  • Bola Tampar
  • Bola Jaring (pelajar perempuan sahaja)
  • Bola Keranjang
  • Bola Baling
  • Ping Pong
  • Catur
  • Hoki
  • Badminton
  • Olahraga
  • Sepak Takraw
  • Kriket

Berikut adalah cara-cara mendaftar kokurikulum bagi pelajar Tingkatan 2, 3, 4 dan 5 pada tahun 2019.

1. Log masuk laman Frog VLE SMKDJ: https://jea1054.1bestarinet.net/. Masukkan Yes ID atau nombor kad pengenalan dan kata laluan anda. 


2. Klik pada pautan Pendaftaran Kokurikulum 2019.

3. Berikut adalah laman pendaftaran kokurikulum 2019.

4. Masukkan nama, pilih kelas dan isikan maklumat yang berkaitan. 

5. Pilih Unit Beruniform yang diingini. 

6. Pilih Kelab & Persatuan yang diingini.

7. Pilih 1M1S yang diingini.

8. Akhirnya, pilih Rumah Sukan anda, klik SUBMIT.

9. Pendaftaran kokurikulum secara atas talian telah selesai. Pastikan anda catat unit kokurikulum yang telah didaftarkan.

Sekian, terima kasih. 

Senarai Keperluan Buku dan Peralatan Sekolah Pelajar Tingkatan 1 – 5 Tahun 2019

Dengan sukacitanya dimaklumkan bahawa pihak koperasi sekolah akan mengadakan jualan buku dan peralatan sekolah bagi sesi persekolahan 2019 mengikut ketetapan berikut:

Tarikh : 23 – 24 Disember 2018 dan 26 – 27 Disember 2018
Masa : 8.30 pagi – 1.00 petang
Tempat : Koperasi SMK Damai Jaya

Di sini adalah lampiran senarai keperluan buku dan peralatan sekolah bagi pelajar Tingkatan 2 – 5 tahun 2019 untuk rujukan tuan/puan.

Senarai Keperluan Buku dan Peralatan Sekolah Pelajar Tingkatan Peralihan dan 1 Baharu Tahun 2019

Dengan sukacitanya dimaklumkan bahawa pihak koperasi sekolah akan mengadakan jualan buku dan peralatan sekolah bagi sesi persekolahan 2019 mengikut ketetapan berikut:

Tarikh : 23 – 24 Disember 2018 dan 26 – 27 Disember 2018
Masa : 8.30 pagi – 1.00 petang
Tempat : Koperasi SMK Damai Jaya

Di sini adalah lampiran senarai keperluan buku dan peralatan sekolah bagi pelajar Tingkatan Peralihan dan 1 baharu tahun 2019 untuk rujukan tuan/puan.

 

Peperiksaan Akhir Tahun Tingkatan 1, 2 dan Peralihan (Oktober) 2018

Dimaklumkan bahawa Peperiksaan Akhir Tahun Tingkatan 1 dan 2 akan diadakan mulai 21 Oktober 2018 (Ahad) hingga 28 Oktober 2018 (Ahad). Berikut adalah jadual peperiksaan sebagai rujukan.

Manakala Peperiksaan Akhir Tahun bagi Tingkatan Peralihan akan diadakan mulai 23 Oktober 2018 (Selasa) hingga 25 Oktober 2018 (Khamis). Berikut adalah jadual peperiksaan sebagai rujukan.

Pihak sekolah amat berharap semua pelajar dapat membuat persediaan dan mengulang kaji sebelum peperiksaan bermula untuk mendapat keputusan yang cemerlang.

Semoga berjaya!

Peperiksaan Akhir Tahun Tingkatan 4 (Oktober) 2018

Dimaklumkan bahawa Peperiksaan Akhir Tahun Tingkatan 4 akan diadakan mulai 14 Oktober 2018 (Ahad) hingga 31 Oktober 2018 (Rabu). Berikut adalah jadual peperiksaan sebagai rujukan.

Pihak sekolah amat berharap semua pelajar dapat membuat persediaan dan mengulang kaji sebelum peperiksaan bermula untuk mendapat keputusan yang cemerlang.

Semoga berjaya!

FrogBoost SMKDJ 2018

Pertandingan Frog Championships telah bermula pada 6 Ogos 2018. Kali ini, pertandingan peringkat Kebangsaan, Negeri dan Daerah untuk empat bulan berturut-turut (setiap bulan akan ada pemenang bulanan). Ayuh! Marilah semua pelajar, guru dan sekolah, gunakan laman FrogBoost dan jawab soalan-soalan kuiz FrogPlay dalam laman FrogBoost serta layari www.frogchampionships.com untuk maklumat lanjut.

Berikut disertakan dengan cara-cara untuk mendapatkan site FrogBoost Matematik.

1. Log masuk ke laman Frog VLE SMKDJ: jea1054.1bestarinet.net. Klik pada Quick Launch dan pilih Boost.

 

2. Pada laman Boost, pilih subjek Matematik, tingkatan, topik dan subtopik yang ingin belajar. Kemudian klik pada View.

 

3. Klik pada Add.

 

4. Klik pada OK.

 

5. Berikutlah contoh paparan laman Matematik yang telah dipilih tadi.

 

6. Laman yang telah Add tadi secara automatik akan disimpan dalam Frogdrive > My Sites.

Selamat mencuba fitur baharu dalam Frog VLE.