Month: April 2019

Pertandingan Kawad Kaki Badan Bukan Kerajaan (NGO) Lelaki Peringkat Negeri Johor

Pengakap 40JB SMK Damai Jaya yang mewakili Johor Bahru (A) telah berjaya mendapat tempat Kelima daripada 12 pasukan bertanding dalam Pertandingan Kawad Kaki Badan Bukan Kerajaan (NGO) Lelaki Peringkat Negeri Johor yang berlangsung pada 25 April 2019 (Khamis), bertempat di SMK Kota Masai (2).

Dengan keputusan ini, Pasukan Pengakap 40JB SMK Damai Jaya telah berjaya mengatasi Johan Kawad Kaki daerah Johor Bahru, Pengakap SMK Impian Emas dan Naib Johan Kawad Kaki Daerah, St John SMK Taman Universiti.

Tepuk, tepuk, tepuk Damai Jaya!
Tahniah dan syabas diucapkan kepada pasukan pengakap dan guru penasihat pengakap SMKDJ!

Karnival Bahasa Cina 27 April 2019

Karnival Bahasa Cina telah diadakan pada 27 April 2019 (Sabtu) bertempat di SMK Taman Ungku Tun Aminah.

Pelajar bernama Lai Yee Xuan, 5 Allium telah memperoleh sagu hati bagi pertandingan mendeklamasi sajak menengah atas.

Tahniah dan syabas atas pencapaian anda.
Teruskan usaha untuk memperoleh kejayaan yang lebih cemerlang.

Pertandingan Drama Bahasa Inggeris 27 April 2019

Pertandingan drama Bahasa Inggeris peringakat daerah Johor Bahru telah diadakan pada 27 April 2019, Sabtu, bertempat di SMK Taman Sutera.
Pasukan SMK Damai Jaya berjaya mendapat naib johan bagi pertandingan ini.

Di samping itu, Edwinaa Joyce dari kelas 5 Azalea telah memenangi pelakon terbaik dalam Pertandingan drama Bahasa Inggeris ini.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua guru pengiring dan pelajar-pelajar yang terlibat.

Johor Camp2Build Programme (26 – 27 April 2019)

Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Johor (BTPNJ) dengan kerjasama rakan Sinergi Creative Minds telah mengadakan Johor Camp2Build Programme bagi tujuan mengembangkan potensi kepada murid-murid yang berkecenderungan tinggi terhadap Sians, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) selaras dengan proses kemenjadian murid bagi konsep Sekolah Bestari pada 26 – 27 April 2019, Jumaat dan Sabtu, 8 am – 5 pm bertempat di Bilik Kuliah Gemilang, BTPNJ.

Sukacita dimaklumkan bahawa Danish Firdaus Bin Aznan, 4 Azalea telah mendapat naib johan bagi Modul Pembelajaran Web Coding.

Bagi Modul Visual Basic, pelajar bernama Muhammad Aiman Fikri Bin Zulkarnain Selvarajan, 4 Azalea telah mendapat naib johan.

Manakala pelajar bernama Divanat A/L Ananthan, 3 Alamanda mendapat Johan dan Muhammad Amsyar Wafiy Bin Muhamad Roslie, 3 Azalea berkumpulan dengan cikgu Emeliana Binti Elias mendapat tempat Ke-3 bagi Modul Robotik.

Syabas dan tahniah kepada semua yang terlibat dalam program ini.

Pertandingan Frog Championship: Boost Your Play 2019

Berikut adalah cara untuk add Boost Site.

1. Klik pada Quick Launch, pilih Boost.

2. Contoh paparan laman Boost.

3. Pilih Subjek yang dikehendaki.

4. Pilih Tingkatan yang dikehendaki.

5. Klik pada View untuk pilih laman Boost yang dikehendaki.

6. Klik pada Add.

7. Contoh paparan laman Boost Bahasa Melayu.

Laman boost ialah laman yang dibina dengan kerjasama oleh semua guru di Malaysia mengikut subjek dan silibus terkini. Cikgu-cikgu boleh menggunakan laman Boost untuk sesi pengajaran manakala pelajar boleh menggunakannya sebagai bahan pembelajaran secara atas talian.

Berikut adalah cara untuk semak mata pelajar di leaderboad.

1. Klik pada Quick Launch, pilih Boost Your Play.

2. Paparan kedudukan semasa sekolah mengikut mata.

3. Klik pada Student Rankings untuk mengetahui kedudukan (Ranking) terkini bagi peringkat daerah, negeri dan kebangsaan.

Pertandingan Frog Championship: Boost Your Play adalah mengikut peringkat dengan melibatkan subjek yang berbeza. Untuk makluman lanjut, sila rujuk jadual berikut:

Semoga laman Frog Boost dan Frog Play memberi manfaat kepada pelajar dan secara tidak langsung dapat meningkatkan pencapaian akademik pelajar.

Untuk makluman lanjut mengenai Frog Championship, boleh rujuk di lamanhttps://www.frogchampionships.com/.

Pertandingan Kawad Kaki (Lelaki) Peringkat Daerah Johor Bahru 2019

Pada hari Khamis bersamaan 4 April 2019, Pasukan Kadet Remaja (KRS) SMK Damai Jaya telah menyertai Pertandingan Kawad Kaki (Lelaki) Peringkat Daerah Johor Bahru, di SMK Nusajaya.

Pasukan SMK Damai Jaya telah memperolehi tempat ketiga pada pertandingan tersebut. Walaupun tidak dapat mengekalkan kejuaraan untuk tahun ke-6, semangat kesukanan telah ditunjukkan oleh barisan platun SMK Damai Jaya.

Tahniah dan syabas kepada pasukan KRS SMK Damai Jaya.