Month: March 2019

Johor International Girls In Scouting Gathering Mac 2019

Empat orang wakil Pengakap 40JB SMK Damai Jaya telah menyertai Johor International Girls In Scouting Gathering #JohorGISG pada 9 – 11 Mac 2019. Program ini bertempat di Savannah Hill Resort, Ulu Tiram, Johor. Terdapat beberapa buah negeri lain dari Malaysia yang turut serta, iaitu Pahang, Perak, Kelantan, Melaka, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan dan Johor. Selain itu, negara lain yang turut serta ialah, Singapura, Indonesia, Maldives, Thailand, Mongolia, Brunei dan Bangladesh.

Wakil Pengakap 40JB SMK Damai Jaya

Salah seorang daripada mereka telah mendapat sijil pencapaian Emas dalam aktiviti yang telah diselesaikan iaitu Nadia Mustaffa Kamal.

Nadia Mustaffa Kamal

Manakala tiga lagi pengakap mendapat sijil pencapaian Perak, iaitu Fatin Umairah Izzati Mazlan, Ain Bellyboy dan Farhanah Hamizah. Mereka telah menyelesaikan aktiviti dengan jayanya.

Fatin Umairah Izzati Mazlan, Ain Bellyboy dan Farhanah Hamizah

Tahniah diucapkan kepada semua wakil Pengakap SMK Damai Jaya.

Lagi gambar di Portal Rasmi SMKDJ.

Majlis Tadarus Al-Quran & Festival Nasyid 2019/1440H

Majlis Tadarus Al-Quran & Festival Nasyid bagi sekolah-sekolah menengah peringkat Zon Skudai dan Iskandar Puteri tahun 2019/1440H telah dijalankan pada 9 Mac 2019 (Sabtu) bertempat di SMK Tan Sri Mohamed Rahmat, Johor Bahru.

SMK Damai Jaya telah menghantar wakil untuk acara seperti berikut:

  1. Tilawah Al-Quran
  2. Hafazan
  3. Tulisan Khat
  4. Syarahan Agama

Tahniah kepada pelajar bernama Wafiyuddin Bin Mahathir Muazam Syah (3 Azalea) dan Nur Liyana Maisarah Binti Zuhairi (3 Azalea) yang memenangi tempat ke-3 dalam Pertandingan Hafazan Lelaki & Perempuan.

Tahniah dan syabas diucapkan di atas kecemerlangan pelajar-pelajar terlibat.

Majlis Pelancaran Program Nilam & Frog VLE 2019

MATLAMAT NILAM

Melestarikan budaya membaca sepanjang hayat dalam kalangan murid-murid selaras dengan hasrat Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025.

MATLAMAT FROG VLE

Menyediakan platform pembelajaran secara atas talian yang ringkas, menyeronokan dan menarik perhatian.

“MENUJU DEKAD MEMBACA KEBANGSAAN 2020-2030”

Aktiviti Galakan Membaca & FROG VLE Sepanjang Tahun 2019

• Nilam
• Pameran Bertema
• Pertandingan Peminjam Buku Terbanyak
• Pengguna VLE Frog Paling Aktif
• Pertandingan Frog Snap
• Pertandingan Frog World Championship
• Kem Membaca
• Sudut Bacaan Di Dalam Kelas
• Kempen Jom Pinjam Buku
• Pameran Dan Jualan Buku


Lagi Gambar di Portal Rasmi SMKDJ.