Sukacita dimaklumkan bahawa Sekolah Menengah Kebangsaan Damai Jaya telah berjaya mendapat Naib Johan bagi Pertandingan Surau Imarah Sekolah-Sekolah (ASISS) Peringkat Negeri Johor kategori musolla sekolah menengah.
Penyampaian anugerah diadakan di Jabatan Pendidikan Negeri Johor oleh Tuan Hj. Shaharudin Sharif, Pengarah Pendidikan Johor pada 31 Jan 2019 (Khamis).
Tahniah dan terima kasih kepada barisan pentadbir, pihak PIBG, penderma, pasukan musolla dan surau, guru-guru, pekerja sekolah dan swasta atas sokongan, sumbangan tenaga dan kewangan selama ini.
Pada tahun ini, SMK Damai Jaya telah menghantar pasukan bola keranjang ke Kejohanan Bola Keranjang MSSD Johor Bahru. Kejohanan ini diadakan di SMK Taman Tun Aminah. Dalam kejohanan ini, sekolah mencipta sejarah sekali lagi apabila layak ke pertandingan akhir dan bertemu dengan SM Foon Yew. Namun begitu, SMK Damai Jaya tewas dengan skor 36 – 48. Kami warga sekolah sangat berbangga dengan usaha yang ditunjukkan oleh semua pemain bola keranjang sekolah. Semoga kejayaan ini dapat diteruskan lagi pada tahun akan datang.
Pada 24 Jan 2019, SMK Damai Jaya telah menghantar seramai 12 atlit untuk menyertai Kejohanan Merentas Desa MSSD Johor Bahru yang bertempat di SMK Kompleks Sultan Abu Bakar, Gelang Patah. Pada tahun ini, guru-guru memfokuskan pembinaan pasukan bagi kategori bawah 15 tahun. Sepanjang 21 tahun usia sekolah, tahun ini satu kejayaan besar telah tercipta. Pasukan ini berjaya mendapat JOHAN kategori PEREMPUAN 15Tahun. Semua pelajar perempuan yang mengambil bahagian pulang dengan kedudukan 12 terbaik peringkat daerah.
Berikut merupakan senarai pencapaian atlit secara individu:
JOHAN – Koh Connie Tempat ke-3 – Ong Jing Tempat ke-5 – Clarisha Grace A/P Edwin Tempat ke-6 – Norfaiqa Nasuha Bt Mohamed Hatta Tempat ke-9 – Aina Syaffina BT Adnan Tempat ke-12 – Yap See Yao
Tahniah diucapakan kepada pelajar yang telah berjuang demi menaikkan nama sekolah. Terima kasih kepada ibu bapa dan guru yang sentiasa memberi sokongan.
Dengan ini dimaklumkan bahawa Pendaftaran Kokurikulum bagi pelajar Tingkatan 2, 3, 4 dan 5 tahun 2019 akan bermula pada 1 Januari 2019 (Selasa), 8:00 malam hingga 3 Januari 2019 (Khamis), 9:00 malam. Pelajar perlu menggunakan YES ID atau FROG ID untuk mendaftar. Pendaftaran hanya boleh dilakukan sekali sahaja bagi setiap pelajar dan tiada sebarang PINDAAN selepas mendaftar. Maka para pelajar perlu memikirkan dahulu badan beruniform, kelab & persatuan dan 1 Murid 1 Sukan yang ingin disertai sebelum membuat keputusan.
Berikut adalah senarai badan beruniform, kelab & persatuan dan 1 Murid 1 Sukan bagi SMK Damai Jaya untuk rujukan:
Badan Beruniform:
Kadet Remaja Sekolah
Kadet Polis
Kadet Bomba
Pengakap
Pandu Puteri (untuk Pelajar perempuan sahaja)
Puteri Islam (untuk Pelajar perempuan Islam sahaja)
PBSM
St John Ambulans
Silat
Taekwando
Kelab & Persatuan:
Persatuan Bahasa Melayu
Persatuan Bahasa Inggeris
Persatuan Bahasa Cina
Persatuan Bahasa Tamil
Persatuan Agama Islam
Persatuan Matematik
Persatuan Sains dan Teknologi
Persatuan Geografi & Pencinta Alam
Persatuan Sejarah & Rukun Negara
Persatuan Reka Bentuk & Teknologi
Persatuan Seni Visual & Media
Kelab Kerjaya
Kelab Pengguna
Kelab Quarter Master
Kelab Kesenian & Kebudayaan
Kelab Koperasi
Kelab Rekacipta & Inovasi
Kelab SPBT
Kelab Briged Cyber
1 Murid 1 Sukan:
Bola Sepak
Bola Tampar
Bola Jaring (pelajar perempuan sahaja)
Bola Keranjang
Bola Baling
Ping Pong
Catur
Hoki
Badminton
Olahraga
Sepak Takraw
Kriket
Berikut adalah cara-cara mendaftar kokurikulum bagi pelajar Tingkatan 2, 3, 4 dan 5 pada tahun 2019.
1. Log masuk laman Frog VLE SMKDJ: https://jea1054.1bestarinet.net/. Masukkan Yes ID atau nombor kad pengenalan dan kata laluan anda.
2. Klik pada pautan Pendaftaran Kokurikulum 2019.
3. Berikut adalah laman pendaftaran kokurikulum 2019.
4. Masukkan nama, pilih kelas dan isikan maklumat yang berkaitan.
5. Pilih Unit Beruniform yang diingini.
6. Pilih Kelab & Persatuan yang diingini.
7. Pilih 1M1S yang diingini.
8. Akhirnya, pilih Rumah Sukan anda, klik SUBMIT.
9. Pendaftaran kokurikulum secara atas talian telah selesai. Pastikan anda catat unit kokurikulum yang telah didaftarkan.