Bulan Teknik & Vokasional @ Karnival STEM 2018

Bulan Teknik & Vokasional @ Karnival STEM 2018 dijalankan sepanjang bulan Julai 2018.

Tema:

Teknologi Menjana Modal Insan Berkemahiran

Matlamat Program:

  • Menarik minat para pelajar terhadap mata pelajaran Teknik & Vokasional seterusnya melahirkan pelajar yang berpengalaman dan mempunyai kemahiran berfikir selaras dengan aspirasi murid dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 – 2025.
  • Mengisi waktu lapang dengan aktiviti yang bermanfaat dan berfaedah.
  • Untuk melahiran pelajar yang kompeten dalam bidang sains & teknologi, inovatif dan kreatif serta melahirkan modal insan yang berdaya saing tinggi selaras dengan Dasar STEM.
  • Untuk melahirkan pelajar yang bersatu padu melalui pertandingan atau permainan secara berkumpulan yang terdiri daripada pelbagai kaum selaras dengan hasrat negara iaitu konsep “1 Malaysia” dan aspirasi sistem dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia

Objektif Program:

  • Untuk meningkatkan minat pelajar terhadap mata pelajaran Teknik & Vokasional.
  • Meningkatkan motivasi pelajar supaya minat terhadap mata pelajaran Teknik & Vokasional.
  • Untuk meningkatkan pencapaian akademik bagi mata pelajaran Teknik & Vokasional dan seterusnya mencapai target yang telah ditetapkan.

Antara aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan adalah seperti berikut:

Panitia Reka Bentuk & Teknologi
1. Pertandingan Mini Landskap
2. Pertandingan Menghias Kek Cawan (Ting 3 – ERT)
3. Pertandingan Reka Bentuk Produk (Ting 3 – KT)
4. Pertandingan Teka Silang Kata (Ting 3 – PK)
5. Pertandingan Membina Model 3D (Ting 2)
6. Pertandingan Santai Minda – Teka Silang Kata
7. Pertandingan Menghasilkan Produk Reka Bentuk Fesyen

Panitia Ekonomi
8. Pertandingan Power Point (Ting 4)
9. Kuiz Ekonomi (Ting 5)

Panitia Prinsip Perakaunan
10. Kuiz Pintar Akaun (Ting 4)
11. Pertandingan Tarsia Prinsip Perakauan (Ting 5)

Panitia Perniagaan
12. Pertandingan Mencipta Visi Misi dan Objektif Perniagaan (Ting 4)

Panitia Asas Kelestarian
13. Pertandingan Misi Menggapai Bintang
14. Tresure Hunt
15. Pameran STEM Terlanjak Laris

Panitia Grafik Komunikasi Teknikal
16. Pertandingan Membina Bongkah Berdasarkan Unjuran Ortografik (Ting 4)
17. Pertandingan Membina Lukisan Hamparan (Ting 5)