Perubahan Masa Persekolahan Sepanjang Bulan Puasa 2018

Untuk makluman tuan / puan, perubahan masa sesi persekolahan sepanjang bulan puasa mulai 20 Mei 2018 (Ahad) hingga 7 Jun 2018 (Khamis) adalah seperti berikut:

i)  Sesi Pagi     :  7.30 pagi hingga 12.45 tengah hari (Ahad – Khamis)
ii) Sesi Petang :  12.45 tengah hari hingga 5.30 petang (Ahad – Khamis)

Oleh itu, mohon agar pihak tuan / puan mengambil maklum tentang perkara ini dan memastikan waktu datang dan balik anak tuan / puan mengikuti masa yang telah ditetapkan.

Kami warga SMK Damai Jaya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadan, khususnya kepada ibu bapa dan penjaga beragama Islam.

Sekian, harap maklum.