Peperiksaan Pertengahan Tahun Tingkatan 1, 2 & 3 Tahun 2018

Dimaklumkan bahawa Peperiksaan Pertengahan Tahun bagi Tingkatan 1 dan 2 Sesi Pagi akan diadakan mulai 23 Mei 2018 (Rabu) hingga 31 Mei 2018 (Khamis). Berikut adalah Jadual Peperiksaan Pertengahan Tahun bagi Tingkatan 1 dan 2 Sesi Pagi sebagai rujukan.

Manakala Peperiksaan Pertengahan Tahun bagi Tingkatan 3 akan diadakan mulai 27 Mei 2018 (Ahad) hingga 3 Jun 2018 (Ahad). Berikut adalah Jadual Peperiksaan Pertengahan Tahun bagi Tingkatan 3 sebagai rujukan.

Pihak sekolah amat berharap semua pelajar dapat mengulang kaji sebelum peperiksaan pertengahan tahun 2018 bermula untuk mendapat keputusan yang cemerlang. Semoga berjaya!