Month: March 2018

Majlis Tadarus Al-Quran dan Festival Nasyid Zon Skudai / Nusajaya 2018

Pada 10 Mac 2018 (Sabtu), SMK Damai Jaya telah mengambil bahagian dalam pelbagai acara sempena Majlis Tadarus Al-Quran dan Festival Nasyid Zon Skudai / Nusajaya yang berlangsung di SMK Taman Sutera. SMK Damai Jaya telah berjaya mendapat tempat ke-3 dalam Hafazan Perempuan melalui Nurul Atiqah Misriah Jemain Aman (3KAA). Selain itu, Ahmad Danial Bin Mustafa (3KAA) telah mendapat tempat ke-4 bagi acara Khat Lelaki.

Kejayaan ini menjadi pemangkin kepada para pelajar dan guru untuk terus memberikan yang terbaik pada masa akan datang.

Terima kasih dan penghargaan kepada pengetua, puan Hajah Norazlinda Binti Mohd Salleh, barisan pentadbir, guru-guru Pendidikan Islam dan MAKDIS SMK Damai Jaya dan rakan-rakan guru atas kerjasama yang diberikan.

Pertandingan KRS Peringkat Daerah Johor Bahru

Pada 14 Mac 2018 (Rabu), Pasukan Kadet Remaja Sekolah (KRS) SMK Damai Jaya telah memenangi Johan bagi Pertandingan KRS peringkat daerah Johor Bahru di SMK Nusajaya. Ini bermakna pasukan KRS SMKDJ telah mengekalkan kejuaraan bagi 4 musim berturut-turut.

Di samping itu, Ketua platun SMKDJ, Farhan Bin Azis (5PA1) telah dinobatkan sebagai ketua platun terbaik bagi daerah Johor Bahru.

Pasukan KRS SMKDJ akan mewakili daerah Johor Bahru bagi peringkat negeri pada bulan Mei nanti. Syabas dan tahniah kepada pasukan KRS SMKDJ dan guru pembimbingnya.

Karnival Bahasa Tamil 2018

Karnival Bahasa Tamil peringkat daerah telah dijalankan di SMK Sri Rahmat pada 10 Mac 2018 (Sabtu). Seramai 32 buah sekolah mengambil bahagian dalam Karnival Bahasa Tamil kali ini. SMK Damai Jaya telah berjaya mengharumkan nama sekolah bagi pertandingan berikut:

  1. Pertandingan Deklamasi Sajak: Tempat Ke-3, Roshan A/L Sandiran (3 Amanah)
  2. Pertandingan Thirumurai: Tempat ke-5, Sukesh A/L Murugan (3 Amanah) dan Tempat ke-6, Vemitraa A/P Kumaran (3RK)
  3. Pertandingan Syarahaan: Tempat ke-8, Kishan Kumar A/L Vijaya Kumar (3RK)
  4. Pertandingan Menulis Karangan: Tempat ke-8, Nivedha Sri A/P Ramesh (3RK)

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pemenang dan guru pembimbing.

 

Kawad Kaki Daerah Johor Bahru NGO (Lelaki)

Pada 13 Mac 2018 (Selasa), pasukan Unit Beruniform Pengakap SMK Damai Jaya telah mengambil bahagian dalam Pertandingan Kawad Kaki Daerah Johor Bahru NGO (L) bertempat di SMK Impian Emas. Pasukan Pengakap SMK Damai Jaya ini telah berjaya mendapat gelaran Naib Johan dan juga mendapat kejayaan berganda, iaitu Ketua Platun Terbaik daerah Johor Bahru yang disandang oleh Muhammad Asyraff Bin Aizam, kelas 4 Sains.

Kejayaan ini julung-julung kali diperoleh oleh pasukan unit beruniform NGO SMK Damai Jaya. Kejayaan ini menjadi pemangkin kepada Pasukan Pengakap 40JB SMK Damai Jaya untuk menjadi lebih Baik lagi pada masa akan datang. Terima Kasih dan setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada Pengetua, Pn Hjh Norazlinda Binti Mohd Salleh, Penolong Kanan Kokurikulum, En Subramaniyan, barisan pentadbir, guru-guru pemimpin dan penolong Pengakap SMK Damai Jaya dan rakan-rakan guru.

Ketua Platun Terbaik daerah Johor Bahru, Muhammad Asyraff Bin Aizam ( 4 Sains )

Pertandingan Bola Sepak 7 Sebelah Pelajar-Pelajar India Daerah Johor Bahru 2018

Pada hari Sabtu 10 Mac 2018 (Sabtu), seramai 10 orang pelajar SMK Damai Jaya telah menyertai pertandingan bola sepak 7 sebelah pelajar-pelajar India bagi daerah Johor Bahru di Padang Neesa, Taman Mackivingam. Setiap pasukan dibenarkan mengambil 2 orang pelajar berlainan bangsa.

Dalam perlawanan tersebut, pasukan SMKDJ telah berjaya mara ke separuh akhir dan berjaya menduduki tempat ke-3 secara keseluruhan.

Tahniah dan syabas kepada semua pelajar dan guru pembimbing iaitu En Subramanian, En Amri, Puan Mahalaksmi dan Puan Rahimah

Penilaian Kurikulum 1 Tingkatan 4 & 5 2018

Dimaklumkan bahawa Penilaian Kurikulum 1 bagi Tingkatan 4 dan 5 akan diadakan mulai 11 Mac 2018 (Ahad) hingga 15 Mac 2018 (Khamis).

Pihak sekolah amat berharap semua pelajar dapat mengulang kaji sebelum penilaian kurikulum untuk mendapat keputusan yang cemerlang.
Semoga berjaya!

Penilaian Kurikulum 1 Tingkatan 3 2018

Dimaklumkan bahawa Penilaian Kurikulum 1 bagi Tingkatan 3 akan diadakan mulai 12 Mac 2018 (Isnin) hingga 14 Mac 2018 (Rabu).

Pihak sekolah amat berharap semua pelajar dapat mengulang kaji sebelum penilaian kurikulum untuk mendapat keputusan yang cemerlang.
Semoga berjaya!

Penilaian Kurikulum 1 Sesi Petang 2018

Dimaklumkan bahawa Penilaian Kurikulum 1 bagi Tingkatan 1 dan 2 akan diadakan mulai 12 Mac 2018 (Isnin) hingga 14 Mac 2018 (Rabu).

Manakala bagi pelajar Tingkatan Peralihan, Penilaian Kurikulum 1 akan diadakan mulai 13 Mac 2018 (Selasa) hingga 14 Mac 2018 (Rabu).Berikut adalah jadual waktu Penilaian Kurikulum 1 bagi Tingkatan Peralihan, 1 dan 2.

Pihak sekolah amat berharap semua pelajar dapat mengulang kaji sebelum penilaian kurikulum untuk mendapat keputusan yang cemerlang.
Semoga berjaya!