Anugerah Tokoh Nilam SMKDJ 2018

Pertandingan Anugerah Nilam Daerah Johor Bahru telah diadakan pada 21 dan 22 Februari 2018 di Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Temenggong Ibrahim, Johor Bahru. Majlis Penutup dan Penyampaian Hadiah Anugerah Nilam Daerah Johor Bahru diadakan pada 25 Februari 2018 di Perpustakaan Sultan Ismail, Johor Bahru.

Sukacita dimaklumkan bahawa pelajar bernama Nurul Aimi Ajlaa Binti Md Hasrin (5 Sains) telah memperoleh tempat ketiga Tokoh NILAM bagi kategori Bahasa Melayu Sekolah Menengah. Tahniah dan syabas diucapkan kepada pelajar dan guru pembimbing.


Nurul Aimi Ajlaa Binti Md Hasrin (5 Sains)