Panduan Pendaftaran Kokurikulum Tingkatan 1 dan Peralihan Tahun 2018

Dengan ini dimaklumkan bahawa Pendaftaran Kokurikulum bagi pelajar Tingkatan 1 dan Peralihan tahun 2018 akan bermula pada 5 Januari 2018 (Jumaat), 8:00 pagi hingga 9 Januari 2018 (Selasa), 8:00 malam. Pendaftaran hanya boleh dilakukan sekali sahaja bagi setiap pelajar dan tiada sebarang PINDAAN selepas mendaftar. Maka para pelajar perlu memikirkan dahulu badan beruniform, kelab & persatuan dan 1 Murid 1 Sukan yang ingin disertai sebelum membuat keputusan.

Berikut adalah senarai badan beruniform, kelab & persatuan dan 1 Murid 1 Sukan bagi SMK Damai Jaya untuk rujukan:

Badan Beruniform:

  • Kadet Remaja Sekolah
  • Kadet Polis
  • Kadet Bomba
  • Pengakap
  • Pandu Puteri (untuk Pelajar perempuan sahaja)
  • Puteri Islam (untuk Pelajar perempuan Islam sahaja)
  • PBSM
  • St John Ambulans
  • Silat
  • Taekwando

Kelab & Persatuan:

  • Persatuan Bahasa Melayu
  • Persatuan Bahasa Inggeris
  • Persatuan Bahasa Cina
  • Persatuan Bahasa Tamil
  • Persatuan Agama Islam
  • Persatuan Matematik
  • Persatuan Sains dan Teknologi
  • Persatuan Geografi & Pencinta Alam
  • Persatuan Sejarah & Rukun Negara
  • Persatuan Kemahiran Hidup & ERT
  • Persatuan Seni Visual & Media
  • Kelab Kerjaya
  • Kelab Pengguna
  • Kelab Quarter Master
  • Kelab Kesenian & Kebudayaan
  • Kelab Koperasi
  • Kelab Rekacipta & Inovasi
  • Kelab SPBT
  • Kelab Briged Cyber

1 Murid 1 Sukan:

  • Bola Sepak
  • Bola Tampar
  • Bola Jaring (pelajar perempuan sahaja)
  • Bola Keranjang
  • Bola Baling
  • Ping Pong
  • Catur
  • Hoki
  • Badminton
  • Olahraga
  • Sepak Takraw
  • Kriket

Berikut adalah cara-cara mendaftar kokurikulum bagi pelajar Tingkatan 1 dan Peralihan pada tahun 2018.

1. Masuk ke laman gg.gg/kokosmkdj2018. Masukkan Yes ID atau Emel Peribadi dan kelas anda.

2.  Pilih nama anda dalam senarai tersebut.

3. Sekiranya nama anda tiada dalam senarai, sila pilih “OTHER” untuk masukkan nama anda.

4. Isi maklumat data peribadi anda.

5. Pilih Unit Beruniform yang diingini. 

6. Pilih Kelab & Persatuan yang diingini.

7. Pilih 1M1S yang diingini.

8. Akhirnya, pilih Rumah Sukan anda, klik SUBMIT.

9. Pendaftaran kokurikulum secara atas talian telah selesai. Satu salinan pendaftaran kokurikulum akan dihantar ke alamat emel untuk rujukan pelajar.

Sekian, terima kasih.