Latihan Merentas Desa 2018

Dengan ini dimaklumkan bahawa SMK Damai Jaya akan mengadakan latihan merentas desa bagi tahun 2018 seperti ketetapan berikut:

Semua pelajar dikehendaki hadir untuk menjalani latihan yang diadakan bagi mempersiapkan diri dalam Kejohanan Larian Damai yang akan diadakan pada hari Sabtu, 13 Januari 2018. Kami berharap pihak tuan dapat menguruskan pengangkutan anak-anak bagi menghadirkan diri pada hari tersebut. Kehadiran adalah wajib. Sekiranya anak tuan / puan mempunyai sebarang masalah kesihatan, sila serahkan surat yang berkaitan kepada guru rumah sukan.

Sekian untuk makluman dan tindakan tuan / puan selanjutnya.