Month: January 2018

Merentas Desa MSSDJB 2018

Merentas Desa MSSDJB 2018 telah diadakan pada 25 Januari 2018 (Khamis), 9.00 pagi di sekitar Stadium Educity.

Keputusan Merentas Desa MSSDJB 2018:

Perempuan 15

Aina Syaffina Bt Adnan (2RK) : Tempat Ke-5

Ong Jing (1D) : Tempat Ke-14

Nurfaiqah Nasuha Bt Mohamed Hatta (2D) : Tempat Ke-15

Koh Connie (1B) : Tempat Ke-22

Lelaki 15

Muhamad Shamiel Bin Aidil (3E) : Tempat Ke-9

Lelaki 18

Bryan Tee Yu Hang (5PA) : Tempat Ke-7

Sekolah kita telah berjaya mendapat tempat ke-3 keseluruhan kategori perempuan kejohanan merentas desa MSSDJB tahun 2018 walaupun hanya menghantar kategori perempuan 15 sahaja.

Semoga pelajar-pelajar yang akan mewakili sekolah akan terus gigih berlatih demi menaikkan nama sekolah kita.

Kejohanan Bola Keranjang MSSD 2018

Kejohanan Bola Keranjang MSSD telah dijalankan di Sekolah Menengah Foon Yew, Johor Bahru pada 16 – 18 Januari 2018 (Selasa hingga Khamis), 7.30 pagi – 6.00 petang.

Pasukan Lelaki Bawah 18 Tahun telah berjaya mendapat naib johan. Tahniah dan syabas kepada pasukan Bola Keranjang SMK Damai Jaya dan juga guru pembimbing di atas pencapaian yang diperoleh.

Jadual Perhimpunan Bulanan Kokurikulum 2018

BILTARIKHUNIT
114 Januari 2018KADET REMAJA SEKOLAH (KRS)
211 Februari 2018KADET POLIS
311 Mac 2018PBSM
415 April 2018PENGAKAP
513 Mei 2018PUTERI ISLAM
610 Jun 2018CUTI SEKOLAH
715 Julai 2018ST JOHN AMBULANS
812 Ogos 2018PANDU PUTERI
99 September 2018CUTI HARI KEPUTERAAN SPB YDP AGONG
1014 Oktober 2018KADET BOMBA
1111 November 2018KADET REMAJA SEKOLAH (KRS)

Kementerian Pelajaran Malaysia telah memutuskan supaya semua sekolah hendaklah melaksanakan pemakaian pakaian kokurikulum setiap minggu pada hari persekolahan dan menganjurkan perhimpunan kokurikulum pada setiap bulan.

Murid-murid hendaklah memakai pakaian seragam kokurikulum pada hari Rabu setiap minggu pada waktu persekolahan.

Bagi Perhimpunan Bulanan Kokurikulum, perhimpunan hendaklah dianjurkan pada hari pertama minggu ketiga setiap bulan. Perhimpunan ini hendaklah dikendalikan oleh murid-murid.

Aturcara majlis perhimpunan bulanan kokurikulum sekolah:

  • Bacaan doa
  • Lagu Negaraku dan Lagu Bangsa Johor
  • Ikrar Rukunegara dan Ikrar Sekolah
  • Laporan guru bertugas
  • Pengumuman dan penyampaian hadiah
  • Ucapan pengetua
  • Lagu sekolah
  • Tamat perhimpunan

*Semua guru dan pelajar memakai pakaian unit uniform pada tarikh-tarikh tersebut.

Panduan Pendaftaran Kokurikulum Tingkatan 1 dan Peralihan Tahun 2018

Dengan ini dimaklumkan bahawa Pendaftaran Kokurikulum bagi pelajar Tingkatan 1 dan Peralihan tahun 2018 akan bermula pada 5 Januari 2018 (Jumaat), 8:00 pagi hingga 9 Januari 2018 (Selasa), 8:00 malam. Pendaftaran hanya boleh dilakukan sekali sahaja bagi setiap pelajar dan tiada sebarang PINDAAN selepas mendaftar. Maka para pelajar perlu memikirkan dahulu badan beruniform, kelab & persatuan dan 1 Murid 1 Sukan yang ingin disertai sebelum membuat keputusan.

Berikut adalah senarai badan beruniform, kelab & persatuan dan 1 Murid 1 Sukan bagi SMK Damai Jaya untuk rujukan:

Badan Beruniform:

  • Kadet Remaja Sekolah
  • Kadet Polis
  • Kadet Bomba
  • Pengakap
  • Pandu Puteri (untuk Pelajar perempuan sahaja)
  • Puteri Islam (untuk Pelajar perempuan Islam sahaja)
  • PBSM
  • St John Ambulans
  • Silat
  • Taekwando

Kelab & Persatuan:

  • Persatuan Bahasa Melayu
  • Persatuan Bahasa Inggeris
  • Persatuan Bahasa Cina
  • Persatuan Bahasa Tamil
  • Persatuan Agama Islam
  • Persatuan Matematik
  • Persatuan Sains dan Teknologi
  • Persatuan Geografi & Pencinta Alam
  • Persatuan Sejarah & Rukun Negara
  • Persatuan Kemahiran Hidup & ERT
  • Persatuan Seni Visual & Media
  • Kelab Kerjaya
  • Kelab Pengguna
  • Kelab Quarter Master
  • Kelab Kesenian & Kebudayaan
  • Kelab Koperasi
  • Kelab Rekacipta & Inovasi
  • Kelab SPBT
  • Kelab Briged Cyber

1 Murid 1 Sukan:

  • Bola Sepak
  • Bola Tampar
  • Bola Jaring (pelajar perempuan sahaja)
  • Bola Keranjang
  • Bola Baling
  • Ping Pong
  • Catur
  • Hoki
  • Badminton
  • Olahraga
  • Sepak Takraw
  • Kriket

Berikut adalah cara-cara mendaftar kokurikulum bagi pelajar Tingkatan 1 dan Peralihan pada tahun 2018.

1. Masuk ke laman gg.gg/kokosmkdj2018. Masukkan Yes ID atau Emel Peribadi dan kelas anda.

2.  Pilih nama anda dalam senarai tersebut.

3. Sekiranya nama anda tiada dalam senarai, sila pilih “OTHER” untuk masukkan nama anda.

4. Isi maklumat data peribadi anda.

5. Pilih Unit Beruniform yang diingini. 

6. Pilih Kelab & Persatuan yang diingini.

7. Pilih 1M1S yang diingini.

8. Akhirnya, pilih Rumah Sukan anda, klik SUBMIT.

9. Pendaftaran kokurikulum secara atas talian telah selesai. Satu salinan pendaftaran kokurikulum akan dihantar ke alamat emel untuk rujukan pelajar.

Sekian, terima kasih. 

Panduan Pendaftaran Kokurikulum Tingkatan 2, 3, 4 dan 5 Tahun 2018

Dengan ini dimaklumkan bahawa Pendaftaran Kokurikulum bagi pelajar Tingkatan 2, 3, 4 dan 5 tahun 2018 akan bermula pada 5 Januari 2018 (Jumaat), 8:00 pagi hingga 9 Januari 2018 (Selasa), 8:00 malam. Pelajar perlu menggunakan YES ID atau FROG ID untuk mendaftar. Pendaftaran hanya boleh dilakukan sekali sahaja bagi setiap pelajar dan tiada sebarang PINDAAN selepas mendaftar. Maka para pelajar perlu memikirkan dahulu badan beruniform, kelab & persatuan dan 1 Murid 1 Sukan yang ingin disertai sebelum membuat keputusan.

Berikut adalah senarai badan beruniform, kelab & persatuan dan 1 Murid 1 Sukan bagi SMK Damai Jaya untuk rujukan:

Badan Beruniform:

  • Kadet Remaja Sekolah
  • Kadet Polis
  • Kadet Bomba
  • Pengakap
  • Pandu Puteri (untuk Pelajar perempuan sahaja)
  • Puteri Islam (untuk Pelajar perempuan Islam sahaja)
  • PBSM
  • St John Ambulans
  • Silat
  • Taekwando

Kelab & Persatuan:

  • Persatuan Bahasa Melayu
  • Persatuan Bahasa Inggeris
  • Persatuan Bahasa Cina
  • Persatuan Bahasa Tamil
  • Persatuan Agama Islam
  • Persatuan Matematik
  • Persatuan Sains dan Teknologi
  • Persatuan Geografi & Pencinta Alam
  • Persatuan Sejarah & Rukun Negara
  • Persatuan Kemahiran Hidup & ERT
  • Persatuan Seni Visual & Media
  • Kelab Kerjaya
  • Kelab Pengguna
  • Kelab Quarter Master
  • Kelab Kesenian & Kebudayaan
  • Kelab Koperasi
  • Kelab Rekacipta & Inovasi
  • Kelab SPBT
  • Kelab Briged Cyber

1 Murid 1 Sukan:

  • Bola Sepak
  • Bola Tampar
  • Bola Jaring (pelajar perempuan sahaja)
  • Bola Keranjang
  • Bola Baling
  • Ping Pong
  • Catur
  • Hoki
  • Badminton
  • Olahraga
  • Sepak Takraw
  • Kriket

Berikut adalah cara-cara mendaftar kokurikulum bagi pelajar Tingkatan 2, 3, 4 dan 5 pada tahun 2018.

1. Log masuk laman Frog VLE SMKDJ: https://jea1054.1bestarinet.net/. Masukkan Yes ID atau nombor kad pengenalan dan kata laluan anda. 

2. Klik pada pautan Pendaftaran Kokurikulum 2018.

3. Berikut adalah laman pendaftaran kokurikulum 2018.

4. Masukkan alamat emel dan pilih kelas anda. 

5. Sekiranya anda tidak dapat mengisi maklumat tersebut, sila klik butang “SIGN IN”

6. Masukkan Yes ID anda.

7. Masukkan katalaluan Yes ID anda.

8. Anda sekarang telah dapat mendaftar kokurikulum 2018.

9. Pilih nama anda dalam senarai tersebut.

10. Sekiranya nama anda tiada dalam senarai, sila pilih “OTHER” untuk masukkan nama anda.

11. Isi maklumat data peribadi anda.

12. Pilih Unit Beruniform yang diingini. 

13. Pilih Kelab & Persatuan yang diingini.

14. Pilih 1M1S yang diingini.

15. Akhirnya, pilih Rumah Sukan anda, klik SUBMIT.

16. Pendaftaran kokurikulum secara atas talian telah selesai. Satu salinan pendaftaran kokurikulum akan dihantar ke alamat emel untuk rujukan pelajar.

Sekian, terima kasih. 

Latihan Merentas Desa 2018

Dengan ini dimaklumkan bahawa SMK Damai Jaya akan mengadakan latihan merentas desa bagi tahun 2018 seperti ketetapan berikut:

Semua pelajar dikehendaki hadir untuk menjalani latihan yang diadakan bagi mempersiapkan diri dalam Kejohanan Larian Damai yang akan diadakan pada hari Sabtu, 13 Januari 2018. Kami berharap pihak tuan dapat menguruskan pengangkutan anak-anak bagi menghadirkan diri pada hari tersebut. Kehadiran adalah wajib. Sekiranya anak tuan / puan mempunyai sebarang masalah kesihatan, sila serahkan surat yang berkaitan kepada guru rumah sukan.

Sekian untuk makluman dan tindakan tuan / puan selanjutnya.