Month: September 2017

Jadual Peperiksaan Akhir Tahun Tingkatan 4 Tahun 2017

Dimaklumkan bahawa Peperiksaan Akhir Tahun bagi Tingkatan 4 akan diadakan mulai 1 Oktober 2017 (Ahad) hingga 25 Oktober 2017 (Rabu). Berikut adalah jadual waktu Peperiksaan Akhir Tahun bagi Tingkatan 4.

Pihak sekolah amat berharap semua pelajar dapat mengulangkaji sebelum peperiksaan untuk mendapat keputusan yang cemerlang.
Semoga berjaya!

Mahrajan Bahasa Arab Sekolah Menengah

Mahrajan Bahasa Arab Sekolah Menengah telah diadakan di SMK Bandar Baru Uda pada 20 September 2017 (Rabu). Pelajar SMK Damai Jaya telah terlibat dalam pertandingan Mahrajan KAA ( Explorace Bahasa Arab) daerah Johor Bahru. Pelajar lelaki berjaya mencatat tempat pertama dan pelajar perempuan berjaya mendapat tempat ketiga dalam pertandingan tersebut.

Berikut adalah senarai peserta Mahrajan Bahasa Arab:
Pelajar Lelaki (3KAA)
1. Muhamad Nazhan Aqmar bin Muhamad Nasir
2. Muhammad Taufiq bin Jurimi
3. Syed Aiman Haziq bin Syed Sirazzulzaman
4. Muhammad Asyraff bin Aizam

Pelajar Perempuan (3KAA)
1. Siti Rabaah binti Mohd Zin.
2. Nurul Nabilah binti Sinuri
3. Nur ‘Aliana Fatihah binti Azmi
4. Maizura binti Lbari

Tahniah di atas pencapaian tersebut!