Latihan Masa Cuti Bulan Ogos 2017 @ VLE Frog SMKDJ

Dimaklumkan bahawa pihak sekolah telah menyediakan latihan masa cuti bagi Cuti Pertengahan Penggal 2 Tahun 2017 (25 Ogos sehingga 3 September 2017) di VLE FROG SMK Damai Jaya.

VLE FROG SMK Damai Jaya boleh diakses di alamat https://jea1054.1bestarinet.net. Bersama-sama ini disertakan panduan untuk mengakses Laman Latihan Masa Cuti Bulan Ogos 2017 dari VLE FROG SMK Damai Jaya.

Langkah 1 :

Log masuk https://jea1054.1bestarinet.net. Masukkan ID Yes dan kata laluan.

*Jika lupa ID YES atau kata laluan, sila dapatkan dari http://smkdamaijaya.edu.my/carian-yes-id/.

 

Langkah 2 :

Sebaik berjaya log masuk akaun VLE FROG pelajar, sila tekan butang yang ketiga pada dashboard switcher untuk mendapat paparan Latihan Masa Cuti Bulan Ogos 2017.

 

Langkah 3 :

Setelah anda telah berjaya mendapat paparan Latihan Masa Cuti Bulan Ogos 2017, pilih Tingkatan dan jawab soalan secara atas talian mengikut subjek pilihan anda dengan klik pada Launch Quiz.

 

Langkah 4 :

Untuk menjawab soalan, pelajar boleh klik pada
1. Quick Fire (menyiapkan tugasan tanpa bermain permainan) atau
2. Iamable Quick Fire (menyiapkan tugasan sambil melihat avatar) atau
3. klik pada permainan yang sedia ada (menyiapkan tugasan sambil bermain permainan interaktif di antara tugasan).

 

Sehubungan dengan itu, diharapkan pihak tuan/puan dapat memastikan anak jagaan tuan/puan mengakses Laman Latihan Masa Cuti Bulan Ogos 2017 dari VLE FROG SMK Damai Jaya supaya mereka dapat memanfaatkan masa cuti dengan melakukan pembelajaran kendiri secara atas talian.

Sekian untuk makluman dan tindakan pihak tuan/puan selanjutnya. Terima kasih.