Pertandingan Kangaroo Maths Malaysia 2017

Pertandingan Kangaroo Maths Malaysia atau Kangaroo Math Competition (KMC) telah diadakan pada 16 Mac 2017 (Khamis). Pelajar SMK Damai Jaya telah mengambil bahagian dalam Kategori Cadet (Tingkatan 1 & 2), Kategori Junior (Tingkatan 3 & 4) dan Kategori Student (Tingkatan 5).

Pelajar bernama Lee Jia Yee dari 5 Sains telah mendapat Pingat Gangsa bagi kategori Student dan Lim Hui Yi 4 Sains telah mendapat Pingat Gangsa bagi kategori Junior. Tahniah dan syabas diucapkan kepada para pemenang!

Lee Jia Yee 5 Sains

Lim Hui Yi 4 Sains

Peserta Kategori Junior (Tingkatan 3 & 4) dan Student (Tingkatan 5)

Peserta Kategori Cadet (Tingkatan 1 & 2)

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk www.kangaroomath.com.my