Month: August 2017

Pindaan: Jadual Peperiksaan Percubaan Pentaksiran Tingkatan 3 Tahun 2017

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah mengumumkan bahawa 4 September 2017 (Isnin) sebagai cuti umum sempena kejayaan kontinjen negara yang muncul juara keseluruhan Sukan SEA Kuala Lumpur (KL 2017). Oleh yang demikian, terdapat pindaan kepada Jadual Peperiksaan Percubaan PT3 Tahun 2017.

Berikut adalah pindaan Jadual Peperiksaan Percubaan PT3 Tahun 2017.

Sekian, harap maklum.

Pindaan: Jadual Peperiksaan Percubaan Tingkatan 5 Tahun 2017

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah mengumumkan bahawa 4 September 2017 (Isnin) sebagai cuti umum sempena kejayaan kontinjen negara yang muncul juara keseluruhan Sukan SEA Kuala Lumpur (KL 2017). Oleh yang demikian, terdapat pindaan kepada Jadual Peperiksaan Percubaan SPM Tahun 2017.

Berikut adalah pindaan Jadual Peperiksaan Percubaan SPM Tahun 2017.

Sekian, harap maklum.

Latihan Masa Cuti Bulan Ogos 2017 @ VLE Frog SMKDJ

Dimaklumkan bahawa pihak sekolah telah menyediakan latihan masa cuti bagi Cuti Pertengahan Penggal 2 Tahun 2017 (25 Ogos sehingga 3 September 2017) di VLE FROG SMK Damai Jaya.

VLE FROG SMK Damai Jaya boleh diakses di alamat https://jea1054.1bestarinet.net. Bersama-sama ini disertakan panduan untuk mengakses Laman Latihan Masa Cuti Bulan Ogos 2017 dari VLE FROG SMK Damai Jaya.

Langkah 1 :

Log masuk https://jea1054.1bestarinet.net. Masukkan ID Yes dan kata laluan.

*Jika lupa ID YES atau kata laluan, sila dapatkan dari http://smkdamaijaya.edu.my/carian-yes-id/.

 

Langkah 2 :

Sebaik berjaya log masuk akaun VLE FROG pelajar, sila tekan butang yang ketiga pada dashboard switcher untuk mendapat paparan Latihan Masa Cuti Bulan Ogos 2017.

 

Langkah 3 :

Setelah anda telah berjaya mendapat paparan Latihan Masa Cuti Bulan Ogos 2017, pilih Tingkatan dan jawab soalan secara atas talian mengikut subjek pilihan anda dengan klik pada Launch Quiz.

 

Langkah 4 :

Untuk menjawab soalan, pelajar boleh klik pada
1. Quick Fire (menyiapkan tugasan tanpa bermain permainan) atau
2. Iamable Quick Fire (menyiapkan tugasan sambil melihat avatar) atau
3. klik pada permainan yang sedia ada (menyiapkan tugasan sambil bermain permainan interaktif di antara tugasan).

 

Sehubungan dengan itu, diharapkan pihak tuan/puan dapat memastikan anak jagaan tuan/puan mengakses Laman Latihan Masa Cuti Bulan Ogos 2017 dari VLE FROG SMK Damai Jaya supaya mereka dapat memanfaatkan masa cuti dengan melakukan pembelajaran kendiri secara atas talian.

Sekian untuk makluman dan tindakan pihak tuan/puan selanjutnya. Terima kasih.

Pertandingan Kangaroo Maths Malaysia 2017

Pertandingan Kangaroo Maths Malaysia atau Kangaroo Math Competition (KMC) telah diadakan pada 16 Mac 2017 (Khamis). Pelajar SMK Damai Jaya telah mengambil bahagian dalam Kategori Cadet (Tingkatan 1 & 2), Kategori Junior (Tingkatan 3 & 4) dan Kategori Student (Tingkatan 5).

Pelajar bernama Lee Jia Yee dari 5 Sains telah mendapat Pingat Gangsa bagi kategori Student dan Lim Hui Yi 4 Sains telah mendapat Pingat Gangsa bagi kategori Junior. Tahniah dan syabas diucapkan kepada para pemenang!

Lee Jia Yee 5 Sains

Lim Hui Yi 4 Sains

Peserta Kategori Junior (Tingkatan 3 & 4) dan Student (Tingkatan 5)

Peserta Kategori Cadet (Tingkatan 1 & 2)

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk www.kangaroomath.com.my

Jadual Peperiksaan Percubaan Tingkatan 5 Tahun 2017

Dimaklumkan bahawa Peperiksaan Percubaan Tingkatan 5 Tahun 2017 akan diadakan mulai 13 Ogos 2017 (Ahad) hingga 7 September 2017 (Khamis). Berikut adalah jadual waktu Peperiksaan Percubaan Tingkatan 5.

Pihak sekolah amat berharap semua pelajar dapat mengulangkaji sebelum peperiksaan untuk mendapat keputusan yang cemerlang.
Semoga berjaya!