Jadual Peperiksaan Pertengahan Tahun Tingkatan 1, 2 dan Peralihan Tahun 2017

Dimaklumkan bahawa Peperiksaan Pertengahan Tahun bagi Tingkatan 1 dan 2 akan diadakan mulai 16 Mei 2017 (Selasa) hingga 24 Mei 2017 (Rabu). Berikut adalah jadual waktu Peperiksaan Pertengahan Tahun bagi Tingkatan 1 dan 2.

Bagi Tingkatan Peralihan Peperiksaan Pertengahan Tahun akan diadakan mulai 22 Mei 2017 (Isnin) hingga 24 Mei 2017 (Rabu). Berikut adalah jadual waktu Peperiksaan Pertengahan Tahun bagi Tingkatan Peralihan.

Pihak sekolah amat berharap semua pelajar dapat mengulangkaji sebelum peperiksaan untuk mendapat keputusan yang cemerlang.
Semoga berjaya!