Month: May 2017

Latihan Cuti Pertengahan Tahun 2017

Umtuk makluman, pelajar Tingkatan Peralihan hingga Tingkatan 5 boleh mula mendapatkan Latihan Cuti Pertengahan Tahun 2017 di 1Bestarinet VLE FROG SMK Damai Jaya ( jea1054.1bestarinet.net ).

Panduan :
1. Sebaik berjaya log masuk akaun VLE FROG pelajar, sila tekan butang yang ke-3 pada dashboard switcher untuk mendapat paparan site Latihan Masa Cuti.
2. Pilih Tingkatan anda.
3. Jawab soalan kuiz secara atas talian yang berbentuk game.
4. Pelajar TIDAK perlu mencetak atau menyalin latihan masa cuti dalam buku latihan.

 

 

Selain itu, pelajar juga boleh tekan butang yang ke-2 pada dashboard switcher untuk mendapat paparan site E-Learning untuk mendapatkan bahan-bahan pembelajaran secara atas talian.

Semoga semua pelajar memanfaatkan masa cuti dengan pembelajaran atas talian.
Marilah kita berfrog vle

Perubahan Masa Persekolahan Sepanjang Bulan Puasa Tahun 2017

Untuk makluman, perubahan masa sesi persekolahan sepanjang bulan puasa mulai 11 Jun 2017 hingga 22 Jun 2017 adalah seperti berikut:

Sesi Pagi     : 7.25 pagi hingga 12.40 tengah hari ( Ahad – Khamis )
Sesi Petang : 12 45 tengah hari hingga 5.30 petang ( Ahad – Khamis )

Memohon agar tuan / puan mengambil maklum tentang perkara ini dan memastikan waktu datang dan balik anak tuan / puan mengikut masa yang telah ditetapkan.

Sekian, harap maklum.

Jadual Peperiksaan Pertengahan Tahun Tingkatan 1, 2 dan 3 Tahun 2017 (Sesi Pagi)

Dimaklumkan bahawa Peperiksaan Pertengahan Tahun bagi Tingkatan 1 dan 2 akan diadakan mulai 16 Mei 2017 (Selasa) hingga 24 Mei 2017 (Rabu). Berikut adalah jadual waktu Peperiksaan Pertengahan Tahun bagi Tingkatan 1 dan 2 untuk pelajar sesi pagi.

Di bawah ini juga dilampirkan jadual waktu Peperiksaan Pertengahan Tahun dan Jadual Instrumen Minat Kerjaya bagi pelajar Tingkatan 3 Tahun 2017.

Pihak sekolah amat berharap semua pelajar dapat mengulangkaji sebelum peperiksaan untuk mendapat keputusan yang cemerlang.
Semoga berjaya!

Jadual Peperiksaan Pertengahan Tahun Tingkatan 1, 2 dan Peralihan Tahun 2017

Dimaklumkan bahawa Peperiksaan Pertengahan Tahun bagi Tingkatan 1 dan 2 akan diadakan mulai 16 Mei 2017 (Selasa) hingga 24 Mei 2017 (Rabu). Berikut adalah jadual waktu Peperiksaan Pertengahan Tahun bagi Tingkatan 1 dan 2.

Bagi Tingkatan Peralihan Peperiksaan Pertengahan Tahun akan diadakan mulai 22 Mei 2017 (Isnin) hingga 24 Mei 2017 (Rabu). Berikut adalah jadual waktu Peperiksaan Pertengahan Tahun bagi Tingkatan Peralihan.

Pihak sekolah amat berharap semua pelajar dapat mengulangkaji sebelum peperiksaan untuk mendapat keputusan yang cemerlang.
Semoga berjaya!