Month: April 2017

Jadual Peperiksaan Pertengahan Tahun Tingkatan 4 dan 5 Tahun 2017

Dimaklumkan bahawa Peperiksaan Pertengahan Tahun bagi Tingkatan 4 dan 5 akan diadakan mulai 2 Mei 2017 (Selasa) hingga 22 Mei 2017 (Isnin). Berikut adalah jadual waktu Peperiksaan Pertengaha Tahun bagi Tingkatan 4 dan 5.

Pihak sekolah amat berharap semua pelajar dapat mengulangkaji sebelum peperiksaan untuk mendapat keputusan yang cemerlang. Semoga berjaya!

Bulan Sains & Matematik April 2017

Matlamat

  1. Menarik minat para pelajar terhadap mata pelajaran sains dan matematik seterusnya melahirkan pelajar yang berpengetahuan dan mempunyai kemahiran berfikir selaras dengan aspirasi murid dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025.
  2. Mengisi waktu lapang dengan aktiviti yang bermanfaat dan berfaedah.
  3. Untuk meningkatkan pencapaian akademik dan seterusnya mencapai target yang telah ditetapkan.
  4. Untuk melahirkan pelajar yang kompeten dalam bidang sains dan teknologi, inovatif dan kreatif serta melahirkan modal insan yang berdaya saing tinggi selaras dengan Dasar STEM.
  5. Untuk melahirkan pelajar yang bersatu padu melalui pertandingan atau permainan secara berkumpulan yang terdiri daripada pelbagai kaum selaras dengan hasrat negara iaitu konsep ”1 Malaysia” dan aspirasi sistem dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015 iaitu ”Perpaduan”

 

Tema

Inovasi Sains & Matematik Pemacu Transformasi


Aktivti Sepanjang Bulan Sains & Matematik April 2017

Kem Membaca 1 Malaysia (4 – 6 April 2017)

Matlamat

  • Menanam minat para murid untuk mendampingi Pusat Sumber Sekolah melalui aktiviti yang dijalankan.
  • Memupuk pengetahuan murid tentang kepentingan Pusat Sumber Sekolah dalam bidang kurikulum dan kokurikulum.

 

Objektif

  • Mengisi masa lapang murid .
  • Menggerakkan program / aktiviti galakan membaca.
  • Memupuk minat membaca secara berterusan.
  • Menjadikan PSS sebagai tempat rujukan bahan bacaan.

 

TEMA

“MEMBACA MENJANA PEMIKIRAN 1 MALAYSIA”

 

Aktivti Kem Membaca 1 Malaysia

  1. Bicara Buku
  2. Kuiz Spontan
  3. Pertandingan Mewarna
  4. Pertandingan Melukis Kulit Buku Cerita/ Novel
  5. Pertandingan Melukis Kulit Buku Teks
  6. Pertandingan Pengguna Buku Teks Terbanyak
  7. Jejak Maklumat

Lagi Gambar di Portal Rasmi SMKDJ.