Bulan Bahasa Mac 2017

MATLAMAT PROGRAM

Amalan nilai-nilai murni serta kesantunan bahasa sangat penting bagi satu organisasi berbilang kaum lebih-lebih lagi di peringkat sekolah. Penggunaan bahasa yang baik dan mantap mewujudkan rasa saling menghormati yang amat diperlukan untuk kehidupan masyarakat majmuk yang aman dan harmoni. Program ini adalah untuk merangsang minat murid-murid supaya mereka dapat meningkatkan kemahiran dan penguasaan dalam aktiviti-aktiviti berbahasa demi untuk meningkatkan penguasaan dalam Bahasa Malaysia khasnya dan Bahasa Inggeris serta bahasa-bahasa ibunda. Hal ini selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 hingga 2025.

OBJEKTIF PROGRAM

  1. Memastikan setiap murid profesien dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.
  2. Memastikan setiap murid mempunyai enam atribut utama untuk memenuhi keperluan abad ke-21 iaitu Kemahiran Berfikir, Kemahiran Kepimpinan, Profisiensi Dwibahasa, Etika dan Kerohanian, Pengetahuan dan Identiti Nasional.
  3. Melaksanakan Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI).
  4. Meningkatkan kemahiran berbahasa dalam kalangan murid dan warga sekolah dalam kehidupan seharian.
  5. Memupuk perasaan cinta akan Bahasa Malaysia sebagai bahasa rasmi negara.
  6. Mendorong murid-murid terutamanya bukan Melayu menggunakan Bahasa Malaysia dalam pertuturan seharian supaya dapat memperkasa kemahiran berbahasa.
  7. Mengukuhkan tahap penguasaan Bahasa Inggeris dan bahasa-bahasa ibunda.
  8. Meningkatkan kelulusan peratusan peperiksaan SPM dan PT3.
  9. Mendedahkan pelajar dengan kemahiran berbahasa iaitu menulis, membaca dan mendengar.
  10. Mewujudkan suasana aman, tenteram dan harmoni serta kondusif di sekolah.

 

MOTTO PROGRAM

Bahasa Jiwa Bangsa

 

AKTIVITI / PROGRAM BULAN BAHASA 2017

BAHASA MELAYU

  1. Pertandingan Kuiz Komsas Kategori Berkumpulan (Tingkatan 4 dan 5 – Kelas Cemerlang)
  1. Pertandingan Kuiz Tatabahasa Kategori Individu (Tingkatan 4 dan 5 – Kelas Lemah)
  1. Pertandingan Perbahasan Kategori Berkumpulan (Tingkatan 4, Tingkatan 5 – Kelas Cemerlang)
  1. Pertandingan Pengucapan Awam Bahasa Melayu Kategori Individu (Tingkatan 4 dan 5- Kelas Sederhana)
  1. Pertandingan Perbahasan Kategori Berkumpulan (Tingkatan 3 – Kelas Cemerlang)
  1. Pertandingan Forum Kategori Berkumpulan (Tingkatan 3 – Kelas Sederhana)
  1. Pertandingan Kuiz Spontan – Permainan Kata Tanya Kategori Individu (Tingkatan 3 – Kelas Lemah)
  1. Pertandingan Perbahasan Kategori Berkumpulan (Tingkatan 2 – Kelas Cemerlang)
  1. Pertandingan Syarahan Kategori Individu (Tingkatan 2 – Kelas Lemah)
  1. Pertandingan Tatabahasa Kategori Kumpulan (Tingkatan 2 – Kelas Sederhana)
  1. Pertandingan Kuiz Bahasa Kategori Individu (Tingkatan 2 – Kelas Lemah)
  1. Pertandingan Celik Peribahasa Kategori Individu (Tingkatan 1 – Kelas Cemerlang)
  1. Pertandingan Kata Tanya Kategori Kumpulan (Tingkatan 1 – Kelas Lemah)
  1. Pertandingan Deklamasi Sajak Kategori Individu (Tingkatan 1 – Kelas Sederhana)
  1. Pertandingan Syarahan Kategori Individu (Tingkatan 1 – Kelas Cemerlang)
  1. Pertandingan Nyanyian Lagu Patriotik Kategori Kumpulan (Tingkatan Peralihan)
  1. Pertandingan Permainan Bahasa Kategori Individu (Tingkatan Peralihan)

 

BAHASA INGGERIS

  1. Debate Group Category (Upper Form – Form 5)
  2. Public Speaking Individual Category (Open Event – Form 4 and Form 5)
  3. Speech Individual Category (Form 3)
  4. Scrabble (Form 2 and Form 3)
  5. Spelling Bee Individual Category (Open Event – Remove Class)
  6. Story Telling Individual Category (Open Event – Form 1 and Form 2)
  7. Poem Recitation (Open Event – Lower and Upper Form)

 

BAHASA CINA

  1. Kuiz Kategori Individu (Menengah Rendah)
  2. Kuiz Kategori Individu (Menengah Atas)
  3. Kaligrafi Kategori Individu (Menengah Rendah)
  4. Kaligrafi Kategori Individu (Menengah Atas)
  5. Deklamasi Sajak Kategori Berkumpulan (Menengah Rendah)
  6. Deklamsi Sajak Kategori Individu (Menengah Atas)
  7. Pertandingan Pidato Spontan Kategori Individu (Menengah Rendah)
  8. Pertandingan Pidato Spontan Kategori Individu (Menengah Atas)

 

BAHASA TAMIL

  1. Kuiz Bahasa Tamil (Sek. Tamil-Men. Atas 4 dan 5)
  2. Pertandingan Mendeklamasikan Sajak (Terbuka Kategori Individu)
  3. Pertandingan Menulis Esei (Sek. Tamil-Men. Ren Ting 3)
  4. Pertandingan Deklamasi Puisi (Sek.Tamil-Men. Ren Ting 2)

 

BAHASA ARAB

  1. Al-Hiwar Kategori Berkumpulan (Dialog Bahasa Arab)
  2. Kalimah Mutaqotiah Kategori Individu (Teka Silang Kata)

 

PUSAT SUMBER

  1. Pertandingan NILAM

 

Lagi Gambar di Portal Rasmi SMKDJ.