Month: February 2017

Jadual Perhimpunan Bulanan Kokurikulum 2017

BILTARIKHUNIT
115 Januari 2017KRS
212 Februari 2017PENGAKAP
312 Mac 2017POLIS
49 April 2017PBSM
514 Mei 2017PANDU PUTERI
611 Jun 2017PUTERI ISLAM
79 Julai 2017KADET BOMBA
813 Ogos 2017ST JOHN
910 September 2017KRS
1015 Oktober 2017PENGAKAP
1112 November 2017POLIS

Kementerian Pelajaran Malaysia telah memutuskan supaya semua sekolah hendaklah melaksanakan pemakaian pakaian kokurikulum setiap minggu pada hari persekolahan dan menganjurkan perhimpunan kokurikulum pada setiap bulan.

Murid-murid hendaklah memakai pakaian seragam kokurikulum pada hari Rabu setiap minggu pada waktu persekolahan.

Bagi Perhimpunan Bulanan Kokurikulum, perhimpunan hendaklah dianjurkan pada hari pertama minggu ketiga setiap bulan. Perhimpunan ini hendaklah dikendalikan oleh murid-murid.

Aturcara majlis perhimpunan bulanan kokurikulum sekolah:

  • Bacaan doa
  • Lagu Negaraku dan Lagu Bangsa Johor
  • Ikrar Rukunegara dan Ikrar Sekolah
  • Laporan guru bertugas
  • Pengumuman dan penyampaian hadiah
  • Ucapan pengetua
  • Lagu sekolah
  • Tamat perhimpunan

*Semua guru dan pelajar memakai pakaian unit uniform pada tarikh-tarikh tersebut.