Kejohanan Sirkit Akhir Balapan & Badang MSNJ/MSSJ Tahun 2016

kejohanan-sirkit-akhir-balapan-badang-msnjmssj-tahun-2016

Kejohanan sirkit akhir Balapan & Badang MSNJ/MSSJ tahun 2016 telah diadakan di Sekolah Sukan Tun Hussein Onn, Kluang pada 18-19 November 2016.

Sebelum ini, sirkit pertama diadakan di Sekolah Sukan Tengku Mahkota Ismail, Bandar Penawar pada 23 Ogos 2016 dan sirkit ke-2 diadakan di SMK (LKTP) Ulu Belitong, Kluang pada 24 September 2016.

Pasukan olahraga Pusat Latihan Daerah (PLD) SMK Damai Jaya telah menyertai 3 sirkit Balapan & Padang MSNJ/MSSJ pada tahun 2016.

Akhirnya, pasukan sekolah kita telah berjaya menamatkan sirkit dan berada pada kedudukan naib johan keseluruhan sirkit akhir Balapan & Padang tersebut.

Pasukan olahraga telah berjaya membawa pulang wang tunai berjumlah RM 2000.00 hasil kemenangan tersebut. Tahniah diucapkan kepada semua peserta dan jurulatih yang terlibat.

Lagi Gambar di Portal Rasmi SMKDJ.