Berikut adalah Senarai Nama Pelajar Tingkatan 3 bagi Sesi Persekolahan Tahun 2017.
Para pelajar boleh menyemak nama mengikut kelas, iaitu 3RK, 3PK, 3ET1, 3ET2, 3ET3, 3ES1, 3ES2, 3ES3 dan 3KAA.
senarai-nama-t3-2017Berikut adalah Senarai Nama Pelajar Tingkatan 3 bagi Sesi Persekolahan Tahun 2017.
Para pelajar boleh menyemak nama mengikut kelas, iaitu 3RK, 3PK, 3ET1, 3ET2, 3ET3, 3ES1, 3ES2, 3ES3 dan 3KAA.
senarai-nama-t3-2017Berikut adalah Senarai Nama Pelajar Tingkatan 2 bagi Sesi Persekolahan Tahun 2017.
Para pelajar boleh menyemak nama mengikut kelas, iaitu 2RK, 2 Amanah, 2 Bestari, 2 Cekal, 2 Dedikasi, 2 Etika, 2 Fokus dan 2KAA.
senarai-nama-t2-2017
Dimaklumkan bahawa pihak koperasi SMKDJ akan mengadakan jualan buku dan peralatan sekolah bagi sesi persekolahan 2017 mengikut ketetapan berikut:
Tarikh : 22 – 24 Disember 2016 dan 26 – 29 Disember 2016
Masa : 8.30 pagi – 1.00 petang
Tempat : Koperasi SMKDJ
Tuan / puan boleh membeli pada tarikh seperti yang ditetapkan. Berikut adalah senarai keperluan buku dan peralatan sekolah bagi pelajar Tingkatan 1 & Peralihan untuk sesi persekolahan 2017.
*Buku Peraturan hanya untuk pelajar Peralihan dan Tingkatan 1 baharu sahaja.
* Harga buku kerja / Modul yang dinyatakan masih belum tetap. Harga yang tertera tertakluk kepada perubahan harga pembekal.
* Latihan Bahasa Cina wajib untuk semua pelajar Cina, Modul Pendidikan Islam wajib kepada semua pelajar Islam dan Buku Aktiviti Bahasa Arab hanya diwajibkan kepada pelajar KAA sahaja.
* Senarai T-Shirt dan Track Bottom (bayar di koperasi)
* T-Shirt Kokurikulum muslimah adalah wajib kepada pelajar perempuan Islam
* Senarai yuran koperasi dan keperluan tambahan yang perlu dibayar semasa Hari Pendaftaran 29 Disember 2016, Khamis (bayar dengan guru bertugas)
Sekian, harap maklum.
Dimaklumkan bahawa pihak koperasi SMKDJ akan mengadakan jualan buku dan peralatan sekolah bagi sesi persekolahan 2017 mengikut ketetapan berikut:
Tarikh : 22 – 24 Disember 2016 dan 26 – 29 Disember 2016
Masa : 8.30 pagi – 1.00 petang
Tempat : Koperasi SMKDJ
Tuan / puan boleh membeli pada tarikh seperti yang ditetapkan. Berikut adalah senarai keperluan buku dan peralatan sekolah bagi pelajar Tingkatan 2, 3, 4 & 5 untuk sesi persekolahan 2017.
* Harga buku kerja / Modul yang dinyatakan masih belum tetap. Harga yang tertera tertakluk kepada perubahan harga pembekal.
* Sediakan wang secukupnya.
Sekian, harap maklum.
Kejohanan sirkit akhir Balapan & Badang MSNJ/MSSJ tahun 2016 telah diadakan di Sekolah Sukan Tun Hussein Onn, Kluang pada 18-19 November 2016.
Sebelum ini, sirkit pertama diadakan di Sekolah Sukan Tengku Mahkota Ismail, Bandar Penawar pada 23 Ogos 2016 dan sirkit ke-2 diadakan di SMK (LKTP) Ulu Belitong, Kluang pada 24 September 2016.
Pasukan olahraga Pusat Latihan Daerah (PLD) SMK Damai Jaya telah menyertai 3 sirkit Balapan & Padang MSNJ/MSSJ pada tahun 2016.
Akhirnya, pasukan sekolah kita telah berjaya menamatkan sirkit dan berada pada kedudukan naib johan keseluruhan sirkit akhir Balapan & Padang tersebut.
Pasukan olahraga telah berjaya membawa pulang wang tunai berjumlah RM 2000.00 hasil kemenangan tersebut. Tahniah diucapkan kepada semua peserta dan jurulatih yang terlibat.
Lagi Gambar di Portal Rasmi SMKDJ.