Pembangunan Dan Perkembangan Sahsiah Pelajar Cina (22 Okt 2016)

kem-motivasi-pel-cina-2016

Pembangunan dan perkembangan sahsiah pelajar cina telah diadakan pada 22 Oktober 2016 (Sabtu), 7.30 pagi hingga 4.30 petang dengan tema Insan bisa mencapai keberhasilan jika memiliki semangat dan motivasi yang tak ‘terbatas’. Seramai 41 orang pelajar cina dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 telah menyertai program hari ini.

 

Rasional:

Setiap pelajar berkeupayaan mencapai keberhasilan maksimum sekiranya sentiasa diberi motivasi dan semangat. Maka oleh itu satu program telah dirancang khusus kepada pelajar cina yang terpilih untuk menyertai program ini.

 

Objektif:

  1. Menyuntik semangat dan motivasi kepada pelajar agar mampu memperbaiki, meningkatkan dan mengekalkan mutu pembelajaran serta sahsiah diri.
  2. Memupuk semangat kerjasama yang kental dalam kalangan pelajar.
  3. Membentuk jati diri dan membina ketahanan mental dan fizikal pelajar-pelajar.
  4. Melahirkan pelajar yang beriman dan berfikiran positif.

 

Aturcara Program:

7.30 pagi
Pendaftaran dan Sarapan pagi

8.00 – 8.30 pagi
Permainan Memecahkan Ais (Ice Breaking)

8.30 – 10.30 pagi
Ceramah Motivasi  I – Insan bisa mencapai keberhasilan jika memiliki semangat dan motivasi yang tak ‘terbatas’ daripada En Wong Ten Seng

11.00 – 1.00 petang
Ceramah Motivasi  II – Self Discovery ( 珍惜有限,创造无限 ) daripada Dr Lim Poh Ju (Fo Guang Shan Hsing Ma)

1.00 tengah hari
Rehat dan makan tengahari

2.00 – 4.00 petang
Aktiviti Kumpulan – Adu Panjang (Mencari Benda Berharga)

4.30 petang
Bersurai

Program ini telah berjalan lancar dengan sokongan pihak pentdabir dan guru-guru SMKDJ, bantuan 16 orang AJK pelajar cina. Tidak lupa juga kepada pihak penaja, iaitu Terris Hiew Chen Ting (SP Advisory Sdn Bhd – Bekas pelajar SMK Damai Jaya 2001) yang menaja fail dan alat tulis, En Tay Kok Cheng (Bapa Tay Wan Yew, 5SN) yang menaja roti kepada semua peserta program hari ini.

Semoga program hari ini memberi manfaat kepada semua peserta.

Lagi Gambar di Portal Rasmi SMKDJ.