Kejohanan Wajadiri Silat Cekak Pusaka Hanafi Peringkat Antarabangsa telah diadakan di Gelaleria Kotaraya Johor Bahru pada 1 Oktober 2016, 8:00 pagi. Pelajar SMK Damai Jaya, Mohamad Haziq Bin Tumin dari kelas 5PA2 telah mendapat Tempat Pertama bagi kategori Sketsa, Tempat Ke-2 bagi ketegori Adegan Muzik, Tempat Ke-3 bagi kategori Penerangan, Tempat Ke-3 bagi kategori Sorakan.
Secara keseluruhannya, pelajar ini telah mendapat Juara Keseluruhan. Tahniah diucapkan atas pencapaian yang cemerlang ini.
Berdiri di tengah: Mohamad Haziq Bin Tumin (5PA2)