Month: October 2016

Kelas-kelas yang Dicutikan Sepanjang SPM 2016

Pelajar Tingkatan 5 akan menduduki Peperiksaan SPM mulai 7 November 2016 (Isnin) hingga 6 Disember 2016 (Selasa).

Sehubungan dengan itu, beberapa kelas sesi pagi dan sesi petang perlu dicutikan bermula dari tarikh-tarikh tersebut kerana kebayakan bilik darjah akan digunakan sebagai bilik-bilik peperiksaan. Bersama-sama ini, dilampirkan jadual bagi kelas-kelas yang dicutikan.

Tarikh/HariSesi PagiSesi Petang
07.11.16
Isnin
1KAA, 3KAA, 3RK, 3PK1, 4PS1, 4PS2, 4PS31RK, 1PK1, 1ET1, 2ET2, 2ET3, 2ES1
08.11.16
Selasa
2KAA, 3ET1, 3ET2, 3ET3, 4SN, 4PA, 4EA1ET2, 1ES1, 1ES2, 2RK, 2PK1, 2ET1
09.11.16
Rabu
3ES1, 3ES2, 3ES3, 3ES4, 4PD1, 4PD2PA, PB, 1ES3, 2ES2, 2ES3
10.11.16
Khamis
1KAA, 3KAA, 3RK, 3PK1, 4PS1, 4PS2, 4PS31RK, 1PK1, 1ET1, 2ET2, 2ET3, 2ES1
13.11.16
Ahad
2KAA, 3ET1, 3ET2, 3ET3, 4SN, 4PA, 4EA1ET2, 1ES1, 1ES2, 2RK, 2PK1, 2ET1
14.11.16
Isnin
3ES1, 3ES2, 3ES3, 3ES4, 4PD1, 4PD2PA, PB, 1ES3, 2ES2, 2ES3
15.11.16
Selasa
1KAA, 3KAA, 3RK, 3PK1, 4PS1, 4PS2, 4PS31RK, 1PK1, 1ET1, 2ET2, 2ET3, 2ES1
16.11.16
Rabu
2KAA, 3ET1, 3ET2, 3ET3, 4SN, 4PA, 4EA1ET2, 1ES1, 1ES2, 2RK, 2PK1, 2ET1
17.11.16
Khamis
3ES1, 3ES2, 3ES3, 3ES4, 4PD1, 4PD2PA, PB, 1ES3, 2ES2, 2ES3
20.11.16
Ahad
1KAA, 3KAA, 3RK, 3PK1, 4PS1, 4PS2, 4PS31RK, 1PK1, 1ET1, 2ET2, 2ET3, 2ES1
21.11.16
Isnin
2KAA, 3ET1, 3ET2, 3ET3, 4SN, 4PA, 4EA1ET2, 1ES1, 1ES2, 2RK, 2PK1, 2ET1
22.11.16
Selasa
3ES1, 3ES2, 3ES3, 3ES4, 4PD1, 4PD2PA, PB, 1ES3, 2ES2, 2ES3
23.11.16
Rabu
1KAA, 3KAA, 3RK, 3PK1, 4PS1, 4PS2, 4PS31RK, 1PK1, 1ET1, 2ET2, 2ET3, 2ES1
24.11.16
Khamis
2KAA, 3ET1, 3ET2, 3ET3, 4SN, 4PA, 4EA1ET2, 1ES1, 1ES2, 2RK, 2PK1, 2ET1

Jadual Kelas-kelas yang Dicutikan Sepanjang SPM 2016

Diharapkan pelajar-pelajar yang dicutikan dapat memanfaatkan masa cuti dengan kerja-kerja yang berfaedah.

Kerjasama dan keprihatinan tuan/ puan amat dihargai.

Sekian, harap maklum.

Pembangunan Dan Perkembangan Sahsiah Pelajar Cina (22 Okt 2016)

kem-motivasi-pel-cina-2016

Pembangunan dan perkembangan sahsiah pelajar cina telah diadakan pada 22 Oktober 2016 (Sabtu), 7.30 pagi hingga 4.30 petang dengan tema Insan bisa mencapai keberhasilan jika memiliki semangat dan motivasi yang tak ‘terbatas’. Seramai 41 orang pelajar cina dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 telah menyertai program hari ini.

 

Rasional:

Setiap pelajar berkeupayaan mencapai keberhasilan maksimum sekiranya sentiasa diberi motivasi dan semangat. Maka oleh itu satu program telah dirancang khusus kepada pelajar cina yang terpilih untuk menyertai program ini.

 

Objektif:

  1. Menyuntik semangat dan motivasi kepada pelajar agar mampu memperbaiki, meningkatkan dan mengekalkan mutu pembelajaran serta sahsiah diri.
  2. Memupuk semangat kerjasama yang kental dalam kalangan pelajar.
  3. Membentuk jati diri dan membina ketahanan mental dan fizikal pelajar-pelajar.
  4. Melahirkan pelajar yang beriman dan berfikiran positif.

 

Aturcara Program:

7.30 pagi
Pendaftaran dan Sarapan pagi

8.00 – 8.30 pagi
Permainan Memecahkan Ais (Ice Breaking)

8.30 – 10.30 pagi
Ceramah Motivasi  I – Insan bisa mencapai keberhasilan jika memiliki semangat dan motivasi yang tak ‘terbatas’ daripada En Wong Ten Seng

11.00 – 1.00 petang
Ceramah Motivasi  II – Self Discovery ( 珍惜有限,创造无限 ) daripada Dr Lim Poh Ju (Fo Guang Shan Hsing Ma)

1.00 tengah hari
Rehat dan makan tengahari

2.00 – 4.00 petang
Aktiviti Kumpulan – Adu Panjang (Mencari Benda Berharga)

4.30 petang
Bersurai

Program ini telah berjalan lancar dengan sokongan pihak pentdabir dan guru-guru SMKDJ, bantuan 16 orang AJK pelajar cina. Tidak lupa juga kepada pihak penaja, iaitu Terris Hiew Chen Ting (SP Advisory Sdn Bhd – Bekas pelajar SMK Damai Jaya 2001) yang menaja fail dan alat tulis, En Tay Kok Cheng (Bapa Tay Wan Yew, 5SN) yang menaja roti kepada semua peserta program hari ini.

Semoga program hari ini memberi manfaat kepada semua peserta.

Lagi Gambar di Portal Rasmi SMKDJ.

Program Pasca PT3 Tahun 2016

program-pasca-pt3-2016

Program Pasca PT3 bermula selepas peperiksaan PT3 tamat. Tarikh pelaksanaan program ini adalah dari 16 Oktober 2016 hingga 27 Oktober 2016.

Objektif Program:

  1. Meningkatkan pengetahuan tentang sistem pembelajaran Kolej Vokasional dan Sijil Kemahiran Malaysia.
  2. Medidik pelajar tentang penggunaan masa berkesan
  3. Meningkatkan daya ketahanan dan kecergasan diri serta semangat setiakawan.
  4. Melahirkan pelajar yang aktif, berfikiran kritis dan berketrampilan selaras dengan kehandak Pembelajaran Abad ke 21.

Aktiviti yang dijalankan:

  1. Permainan Padang Bola Tampar (L/P)
  2. Permainan Padang Bola Baling (L/P)
  3. Permainan Padang Bola Sepak (L/P)
  4. Permainan Padang Badminton (L/P)
  5. Permainan Padang Ping Pong (L/P)
  6. Ceramah Kolej Vokasional
  7. Ceramah Sijil Kemahiran Malaysia
  8. Aktiviti Selamatkan Telur Itu
  9. Mencipta Baju Pengantin
  10. Tayangan Filem Sejarah
  11. Explorasi
  12. Aktiviti Mencipta Batik/ Arca
  13. Taklimat MB Boys Home
  14. Perbahasan & Kuiz Spontan
  15. Menonton Video
  16. Reka Cipta & Reka Kreatif
  17. Program Pengurusan Jenazah & Tayangan Filem
  18. Program Bersama Lembaga Penduduk & Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN)

Lagi Gambar di Portal Rasmi SMKDJ.

Jadual Pemulangan Buku Teks Tahun 2016

Dimaklumkan bahawa pihak sekolah akan mengumpulkan semua buku teks SPBT mengikut ketetapan berikut:-

Jadual Pemulangan Buku Teks Sesi Pagi

BilTarikhMasaTingkatan
12/11/2016 (Rabu)7.25 - 8.05 am5PS
28,05 - 8.40 am5PD2
38.40 - 9.15 am5PD1
49.15 - 9.50 am5PA2
59.50 - 10.25 am5PA1
610.45 - 11.20 am5KJ
711.20 - 11.55 am5SN
83/11/2016 (Khamis)7.25 - 8.05 am4PS3
98,05 - 8.40 am4PS2
108.40 - 9.15 am4PS1
119.15 - 9.50 am4PD2
129.50 - 10.25 am4PD1
1310.45 - 11.20 am4PA
1411.20 - 11.55 am4EA
1511.55 - 12.30 pm4SN
1612.30 - 1.05 pm1KAA & 2KAA

Jadual Pemulangan Buku Teks Sesi Petang

BilTarikhMasaTingkatan
125/10/2016 (Selasa)1.10 - 2.10 pm2ES2, 2ES3, 2ET2, 2ET3
226/10/2016 (Rabu)1.10 - 2.10 pm2RK, 2PK, 2ET1, 2ES1
327/10/2016 (Khamis)1.10 - 2.10 pm1ET1, 1ET2, 1ES2, 1ES3
42/11/2016 (Rabu)1.10 - 2.10 pm1RK, 1PK, 1ES1, PA, PB

Semua buku teks hendaklah disampul sebelum diserahkan kepada pihak sekolah. Hal ini bagi memupuk nilai menghargai pemberian pihak kerajaan dalam diri pelajar itu sendiri. Bagi buku teks yang hilang, pihak tuan / puan perlu menggantikan buku baru.

Buku teks tahun 2017 akan diagihkan pada hari yang sama mengikut jadual. Pastikan anak tuan / puan hadir pada tarikh yang telah ditetapkan seperti di atas.

Kerjasama daripada pihak tuan / puan berhubung perkara ini amat dihargai.

Program Kecemerlangan Teknologi Kejuruteraan Peringkat Negeri (5 Okt 2016)

program-tk-2016

Program Kecemerlangan Teknologi Kejuruteraan telah diadakan di SMK Usman Awang pada 5 Oktober 2016 (Rabu), 8 pagi hingga 5 petang dengan anjuran Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru (PPDJB).

Sebanyak 7 buah sekolah yang mempunyai subjek Teknologi Kejuruteraan turut serta dalam program ini. Seramai 20 pelajar SMKDJ telah menghadiri program ini. Semoga program ini memberi manfaat kepada pelajar untuk menjawab soalan Teknologi Kejuruteraan dalam SPM 2016 nanti.

Kelas-kelas Dicutikan Sepanjang Peperiksaan PT3 Tahun 2016

Untuk makluman, pelajar Tingkatan 3 akan menduduki Peperiksaan PT3 pada 10 Oktober 2016 (Isnin) hingga 13 Oktober 2016 (Khamis).

Sehubungan dengan itu, beberapa kelas sesi pagi dan sesi petang perlu dicutikan bermula dari tarikh-tarikh tersebut kerana kebanyakan bilik darjah akan digunakan sebagai bilik-bilik peperiksaan. Berikut adalah kelas-kelas yang akan dicutikan:

10.10.2016 (Isnin)
Sesi Pagi: 4EA, 4PD1, 4PD2, 4PS1, 4PS2, 4PS3
Sesi Petang: PA, PB, 2PK1, 2ES1, 2ES2, 2ES3, Semua Tingkatan 1

11.10.2016 (Selasa)
Sesi Pagi: 4EA, 4PD1, 4PD2, 4PS1, 4PS2, 4PS3
Sesi Petang: PA, PB, 1ET2, 1ES1, 1ES3, Semua Tingkatan 2

12.10.2016 (Rabu)
Sesi Pagi: 4PA, 4PS1, 4PS2, 4PS3
Sesi Petang: PA, PB, 2RK, 2ET1, 2ET2, 2ET3, Semua Tingkatan 1

13.10.2016 (Khamis)
Sesi Pagi: 4EA, 4PD1, 4PD2, 4PS1, 4PS2, 4PS3
Sesi Petang: 1RK, 1PK1, 1ES2, 1ET1, Semua Tingkatan 2

Pihak sekolah amat berharap pelajar-pelajar yang dicutikan dapat menggunakan masa cuti untuk membuat ulangkaji bagi menghadapi peperiksaan akhir tahun.

Kerjasama dan keprihatinan tuan/puan amat dihargai.

 

Kejohanan Wajadiri Silat Cekak Pusaka Hanafi Peringkat Antarabangsa (1 Okt 2016)

silat-04-2016

Kejohanan Wajadiri Silat Cekak Pusaka Hanafi Peringkat Antarabangsa telah diadakan di Gelaleria Kotaraya Johor Bahru pada 1 Oktober 2016, 8:00 pagi. Pelajar SMK Damai Jaya, Mohamad Haziq Bin Tumin dari kelas 5PA2 telah mendapat Tempat Pertama bagi kategori Sketsa, Tempat Ke-2 bagi ketegori Adegan Muzik, Tempat Ke-3 bagi kategori Penerangan, Tempat Ke-3 bagi kategori Sorakan.

Secara keseluruhannya, pelajar ini telah mendapat Juara Keseluruhan. Tahniah diucapkan atas pencapaian yang cemerlang ini.

silat-05-2016
Berdiri di tengah: Mohamad Haziq Bin Tumin (5PA2)