Karnival Jom Sihat & Karnival Kokurikulum SMKDJ (24 Sept 2016)

hari_koko_2016

Hari Kokurikulum adalah satu acara tahunan yang diadakan bagi memantapkan lagi minda murid dengan ilmu yang tidak didapati secara langsung melalui pengajaran dan pembelajaran (PdP) dalam kelas. Selain itu, ianya juga dapat memberi kesedaran kepada pelajar supaya aktif, bukan sahaja dalam bidang kokurikulum, tetapi juga menggalakkan mereka aktif dalam bidang kemasyarakatan.

Beberapa aktiviti yang dianjurkan seperti pameran, jualan gerai, pertandingan kawad kaki statik, senaman robik, jualan amal dan sebagainya. Aktiviti-aktiviti yang diadakan bukan sahaja memberi peluang dan keseronokan kepada pelajar yang terlibat, tetapi juga menguji dan memantapkan lagi kemahiran dan pengalaman murid dalam kerja berkumpulan. Para pelajar akan dibantu oleh guru-guru penasihat yang berpengalaman daripada Kelab & Persatuan, Sukan & Permainan serta Unit beruniform masing-masing.

Program ini turut melibatkan penglibatan dan kerjasama daripada Persatuan Ibu Bapa dan Guru dan kominuti luar sama ada oleh pihak NGO ataupun bukan NGO sebagai salah satu wadah penghubung antara warga sekolah dan sarana ibu bapa. Penglibatan dan saling menyokong usaha yang dapat menjadi titik pertemuan kerjasama antara warga sekolah dan ibu bapa serta komuniti luar dalam menjayakan aktiviti dan prasarana sekolah.

Diharapkan dengan program yang dilaksanakan ini mampu mewujudkan suasana yang harmoni dan mewujudkan persepsi positif daripada warga komuniti luar dalam mewujudkan jaringan hubungan kerjasama yang erat antara kedua-dua belah pihak.

Aturcara Majlis:

7.00 pagi:
– Pelajar dan tetamu berhimpun di padang

7.30 pagi:
– Ucapan alu-aluan pengacara majlis
– Perarakan masuk Pasukan Kawad Kaki
– Nyanyian Lagu Negaraku dan Lagu Bangsa Johor
– Ucapan oleh Tuan Pengetua
– Ucapan perasmian oleh Tuan Haji Abdul Rashid Bin Ali (Ahli Majlis Zon Skudai Baru, MPJBT)
– Gimik Program
– Nyanyian Lagu Sekolah
– Bacaan Doa
– Bacaan Ikrar
– Pertunjukan Silat
– Senam Robik
– Jualan Gerai
– Jualan Amal
– Pesta Permainan
– Pameran

11.30 pagi:
– Berkumpul semula di padang
– Penyampaian hadiah pertandingan
– Cabutan Bertuah

1.00 tengah hari:
– Bersurai

Lagi Gambar di Portal Rasmi SMKDJ.