Month: September 2016

Jadual Waktu Ujian Bertulis SPM 2016

Dimaklumkan bahawa Ujian Bertulis SPM akan diadakan mulai 7 November 2016 (Isnin) hingga 6 Disember 2016 (Selasa). Berikut adalah Jadual Waktu Ujian Bertulis SPM 2016.

jw-spm-2016

 

Selamat menghadapi peperiksaan untuk semua calon SPM 2016.

SMKDJ mendoakan kejayaan anda!

 

Jadual Waktu Ujian Bertulis PT3 2016

Dimaklumkan bahawa Ujian Bertulis PT3 akan diadakan mulai 10 Oktober 2016 (Isnin) hingga 13 Oktober 2016 (Khamis). Berikut adalah Jadual Waktu Ujian Bertulis PT3 2016.

jw_pt3_2016

 

Selamat menghadapi peperiksaan untuk semua calon PT3 2016.

SMKDJ mendoakan kejayaan anda!

Jadual Peperiksaan Akhir Tahun Sesi Petang 2016

Dimaklumkan bahawa Peperiksaan Akhir Tahun bagi Tingkatan 1 dan 2 akan diadakan mulai 18 Oktober 2016 (Selasa) hingga 25 Oktober 2016 (Selasa). Berikut adalah jadual waktu Peperiksaan Akhir Tahun bagi Tingkatan 1 dan 2.

jadual-pat-t12-sesi-petang-2016

Manakala bagi Tingkatan Peralihan, Peperiksaan Akhir Tahun akan diadakan mulai 23 Oktober 2016 (Ahad) hingga 25 Oktober 2016 (Selasa). Berikut adalah jadual waktu Peperiksaan Akhir Tahun bagi Tingkatan Peralihan.

jadual-pat-tp-2016

Pihak sekolah amat berharap semua pelajar dapat mengulangkaji sebelum peperiksaan untuk mendapat keputusan yang cemerlang. Semoga berjaya!

Jadual Peperiksaan Akhir Tahun Tingkatan Empat 2016

Dimaklumkan bahawa Peperiksaan Akhir Tahun bagi Tingkatan 4 akan diadakan mulai 10 Oktober 2016 (Isnin) hingga 27 Oktober 2016 (Khamis). Berikut adalah jadual waktu Peperiksaan Akhir Tahun bagi Tingkatan 4.

jadual-pat-t4-2016

Pihak sekolah amat berharap semua pelajar dapat mengulangkaji sebelum peperiksaan untuk mendapat keputusan yang cemerlang. Semoga berjaya!

Program Imam Remaja Peringkat Daerah 2016

Program Imam Remaja Peringkat Daerah 2016_01

Program Imam Remaja Peringkat Daerah bagi tahun 2016 telah diadakan di Masjid Ainudin Wahid Taman Universiti. Seramai 4 orang pelajar telah mewakili sekolah untuk program tersebut iaitu:

1. Muhammad Khairul Amirin Bin Abdul Aziz (4PA)
2. Muhammad Nabil Ramadhan Bin Muhamad Fadzil (4KJ)
3. Muhammad Amirul Bin Kamarudin (4SN)
4. Raden Muhammad Hilmie Shah Bin Hishamudin (4EA)

Namun begitu, hanya seorang pelajar sahaja telah berjaya ke peringkat akhir. Pelajar tersebut adalah Muhammad Khairul Amirin Bin Abdul Aziz dari tingkatan 4PA dengan pencapaian keseluruhan Jayyid. Tahniah diucapkan kepada pelajar tersebut.

Pelajar ini akan mewakili daerah Johor Bahru ke peringkat negeri yang akan diadakan pada 3 hingga 5 Oktober bertempat di Masjid Sultan Ismail Lapangan Terbang Senai. Sama-sama kita warga SMK Damai Jaya mendoakan agar pelajar ini berjaya di peringkat negeri nanti. Insyallah……

program-imam-remaja-peringkat-daerah-2016

Pertandingan Rekacipta Arca Lestari Seni Peringkat Daerah Johor Bahru (24 Sept 2016)

pertandingan-rekacipta-2016

Pertandingan Rekacipta Arca Lestari Seni Peringkat Daerah Johor Bahru telah diadakan di SMK IJ Convent JB pada 24 September 2016 (Sabtu), jam 8.30 pagi hingga 1.00 petang.

Pelajar bernama Ng Pei Shi (5PD1) dan Muhammad Haikal Hakimi Bin Rosli (4PS2) telah mendapat Anugerah Pingat Perak (Tempat ke-2) bagi kategori berkumpulan.

Tahniah diucapkan di atas pencapaian pelajar tersebut!

Karnival Jom Sihat & Karnival Kokurikulum SMKDJ (24 Sept 2016)

hari_koko_2016

Hari Kokurikulum adalah satu acara tahunan yang diadakan bagi memantapkan lagi minda murid dengan ilmu yang tidak didapati secara langsung melalui pengajaran dan pembelajaran (PdP) dalam kelas. Selain itu, ianya juga dapat memberi kesedaran kepada pelajar supaya aktif, bukan sahaja dalam bidang kokurikulum, tetapi juga menggalakkan mereka aktif dalam bidang kemasyarakatan.

Beberapa aktiviti yang dianjurkan seperti pameran, jualan gerai, pertandingan kawad kaki statik, senaman robik, jualan amal dan sebagainya. Aktiviti-aktiviti yang diadakan bukan sahaja memberi peluang dan keseronokan kepada pelajar yang terlibat, tetapi juga menguji dan memantapkan lagi kemahiran dan pengalaman murid dalam kerja berkumpulan. Para pelajar akan dibantu oleh guru-guru penasihat yang berpengalaman daripada Kelab & Persatuan, Sukan & Permainan serta Unit beruniform masing-masing.

Program ini turut melibatkan penglibatan dan kerjasama daripada Persatuan Ibu Bapa dan Guru dan kominuti luar sama ada oleh pihak NGO ataupun bukan NGO sebagai salah satu wadah penghubung antara warga sekolah dan sarana ibu bapa. Penglibatan dan saling menyokong usaha yang dapat menjadi titik pertemuan kerjasama antara warga sekolah dan ibu bapa serta komuniti luar dalam menjayakan aktiviti dan prasarana sekolah.

Diharapkan dengan program yang dilaksanakan ini mampu mewujudkan suasana yang harmoni dan mewujudkan persepsi positif daripada warga komuniti luar dalam mewujudkan jaringan hubungan kerjasama yang erat antara kedua-dua belah pihak.

Aturcara Majlis:

7.00 pagi:
– Pelajar dan tetamu berhimpun di padang

7.30 pagi:
– Ucapan alu-aluan pengacara majlis
– Perarakan masuk Pasukan Kawad Kaki
– Nyanyian Lagu Negaraku dan Lagu Bangsa Johor
– Ucapan oleh Tuan Pengetua
– Ucapan perasmian oleh Tuan Haji Abdul Rashid Bin Ali (Ahli Majlis Zon Skudai Baru, MPJBT)
– Gimik Program
– Nyanyian Lagu Sekolah
– Bacaan Doa
– Bacaan Ikrar
– Pertunjukan Silat
– Senam Robik
– Jualan Gerai
– Jualan Amal
– Pesta Permainan
– Pameran

11.30 pagi:
– Berkumpul semula di padang
– Penyampaian hadiah pertandingan
– Cabutan Bertuah

1.00 tengah hari:
– Bersurai

Lagi Gambar di Portal Rasmi SMKDJ.

Aktiviti Bulan Kemerdekaan 2016

bulan-kemerdekaan-2016

Sambutan Hari Kemerdekaan atau Kebangsaan serta Hari Malaysia pada tahun 2016 turut sama menekankan kepada semangat kejiwaan dan bersatu hati rakyat Malaysia apabila Sehati Sejiwa masih dipilih sebagai tema sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia untuk tahun 2016.

logo-merdeka-hari-kebangsaan-2016

Sehati Sejiwa mencerminkan roh kesepaduan, kesefahaman, kekitaan dan kemanusiaan seluruh rakyat di negara ini selain melambangkan semangat kesepaduan yang dimiliki oleh semua rakyat tidak kira di mana mereka berada.

maksud-logo-merdeka-2016

Aktiviti yang dijalankan di sekolah sepanjang bulan kemerdekaan 2016, adalah seperti berikut:

  • Pertandingan nyanyian lagu patriotik
  • Pertandingan keceriaan Kelas bertemakan kemerdekaan
  • Pertandingan mewarna
  • Pertandingan melukis poster
  • Kuiz spontan
  • Senamrobik
  • Hari pakaian tradisonal dan pemasangan lagu-lagu patriotik
  • Pemasangan bendera

Lagi Gambar di Portal Rasmi SMKDJ.