Sukacita dimaklumkan bahawa Hari Terbuka SMK Damai Jaya tahun 2016 akan diadakan pada ketetapan berikut :
Tarikh : 26 Jun 2016 (Ahad)
Masa :
10.30 pagi – 12.30 petang (Sesi Pagi)
1.00 tengah hari – 3.00 petang (Sesi Petang)
Tempat :
Kelas masing-masing.
Ibu bapa atau penjaga dijemput hadir untuk berbincang dan mendapatkan laporan prestasi pelajaran anak-anak tuan/puan.
Semoga dengan kehadiran tuan/puan dapat mewujudkan jalinan yang lebih baik dan positif ke arah kecemerlangan akademik dan sahsiah anak-anak SMK Damai Jaya.
Sekian, terima kasih.