Month: May 2016

Perubahan Masa Persekolahan Sepanjang Bulan Puasa 2016

Untuk makluman tuan/puan, perubahan masa sesi persekolahan bulan puasa mulai 12 Jun 2016 hingga 30 Jun 2016 adalah seperti berikut:

  • Sesi pagi : 7.25 pagi hingga 12.40 tengah hari (Ahad – Khamis)
  • Sesi petang : 12.45 tengah hari hingga 5.30 petang (Ahad – Khamis)

Waktu Pdp Bulan Ramadan 2016

Jadual sesi persekolahan akan diadakan seperti biasa apabila berakhirnya bulan Ramadan.

Sehubungan itu, pihak sekolah ingin memaklumkan tuan/puan agar dapat menguruskan pengangkutan anak jagaan tuan/puan mengikut perubahan masa yang telah dinyatakan di atas sepanjang bulan Ramadan.

Sekian, terima kasih.

 

Selamat Bercuti kepada Semua Warga SMK Damai Jaya

Cuti Pertengahan Tahun 2016

Cuti Pertengahan Tahun 2016 telah bermula pada hari ini (27 Mei 2016) hingga 11 Jun 2016. Sekolah akan dibuka semula pada 12 Jun 2016 (Ahad).

Diharapkan para pelajar dapat memanfaatkan masa cuti selama dua minggu ini dengan membuat ulangkaji pelajaran dan menyiapkan latihan masa cuti yang diberi oleh guru (Sila rujuk panduan di bawah). Ibu bapa dan penjaga pula diharapkan dapat meluangkan lebih masa dengan anak-anak.

*Panduan mendapatkan Latihan Masa Cuti di 1Bestarinet VLE FROG SMK Damai Jaya
(http://jea1054.1bestarinet.net/)

2

1. Sebaik berjaya log masuk akaun VLE FROG pelajar, sila tekan butang yang ke-4 pada dashboard switcher untuk mendapat paparan site Latihan Masa Cuti.
2. Pilih Tingkatan dan subjek anda.
3. Muat turun latihan bagi setiap mata pelajaran dengan menekan pada nama fail.
4. Pelajar perlu mencetak atau menyalin latihan masa cuti dalam buku latihan.

3

Selain itu, untuk butang yang ke-5 pada dashboard switcher, pelajar boleh mendapat paparan site E-Learning.
Dalam laman ini, pelajar dapat belajar secara online mengikut subjek.

Berharap laman ini memberi manfaat kepada semua warga SMKDJ.

Marilah kita manfaatkan masa lapang dengan pembelajaran atas talian.

25-May-16 10-01-43 AM

Sekiranya anda lupa kata laluan VLE Frog, anda boleh membuat carian Yes ID di http://smkdamaijaya.edu.my/carian-yes-id/ dengan taipkan No Kad Pengenalan pelajar pada ruangan (No KP) yang disediakan dan tekan ENTER.

Selamat mencuba dan selamat bercuti!

Kempen Layari VLE Frog SMK Damai Jaya 10 Minit Seminggu

Sukacitanya dimaklumkan bahawa Unit ICT SMK Damai Jaya dengan kerjasama Kelab Komputer SMK Damai Jaya melancarkan Kempen Layari VLE Frog SMK Damai Jaya 10 Minit Seminggu.

Kempen 10 minit seminggu (SMK Damai Jaya)

Tujuan kempen ini adalah untuk menggalakkan para pelajar SMK Damai Jaya untuk menggunakan laman pembelajaran maya. Kempen ini akan membuka tirai pada 5 Mei 2016 dan berakhir pada 1 Jun 2016, di mana pelajar dikehendaki untuk melayari VLE FROG SMK Damai Jaya (http://jea1054.1bestarinet.net) sekurang-kurangnya selama 10 minit seminggu.

Pelajar yang berjaya melepasi tempoh 10 minit seminggu selama 4 minggu berturut-turut sepanjang bulan Mei ini akan menerima hadiah misteri!

Kiraan minggu adalah seperti berikut :

  1. Minggu 1 : 5 – 11 Mei 2016
  2. Minggu 2 : 12 – 18 Mei 2016
  3. Minggu 3 : 19 – 25 Mei 2016
  4. Minggu 4 : 26 Mei – 1 Jun 2016

Ibu bapa pelajar juga boleh membuat carian Yes ID di sini untuk mengetahui maklumat lanjut bagi anak di sekolah.

* Lampiran bagi rujukan ibu bapa dan pelajar.
1. Langkah-langkah mengaktifkan 1 Bestarinet ID / Yes ID
2. Pengenalan kepada Frog VLE
3. Cara Penggunaan Frog VLE

Marilah kita bersama-sama melayari VLE FROG SMK Damai Jaya!