MATLAMAT
Mengurangkan kadar ponteng sekolah.
OBJEKTIF
- Menyedarkan para pelajar tentang pentingnya hadir ke sekolah dan berada di dalam kelas pada setiap masa pengajaran dan pembelajaran.
- Mengetahui dan memahami implikasi gejala ponteng sekolah.
- Menanam, menghayati dan mengamalkan budaya positif dalam kalangan murid.
- Membentuk budaya pelajar yang mementingkan pengurusan masa yang berkesan.
PONTENG
Ponteng sekolah boleh ditakrifkan sebagai tidak hadir ke sekolah tanpa sebab-sebab yang munasabah
JENIS-JENIS PONTENG
- Murid tidak hadir ke sekolah tanpa sebab tetapi berada di rumah dan dalam pengetahuan ibu bapa/ penjaga
- Murid tidak hadir tanpa sebab di luar pengetahuan ibubapa/ penjaga
- Murid yang berpakaian sekolah tetapi tidak hadir ke sekolah tanpa pengetahuan ibu/bapa/penjaga
- Murid yang bekerja pada waktu malam dan gagal bangun awal untuk ke sekolah
- Murid yang ponteng sekolah mengikut musim seperti selepas cuti panjang atau waktu peperiksaan.
FAKTOR-FAKTOR PONTENG SEKOLAH
- INDIVIDU
– Malas, bekerja, tidak minat belajar.
- PERSEKITARAN
– Pengaruh rakan, komuniti tidak perihatin, tarikan cc dsb.
- KELUARGA
– Keluarga kurang perihatin, kurang pengawasan dan gaya hidup keluarga ‘tak kisah’
- SEKOLAH
– Persekitaran dan iklim sekolah
– Kurang pengawasan sekolah
– Pengurusan disiplin kurang cekap
– Kurang intervensi terhadap kes ponteng
Pelajar Kehadiran Penuh 2015
- LUQMANUL HAKIMM BIN HISYAMUDIN 1KAA
- NURUL AINI ZAHIDAH BT MOHD ZAKI SAIFI 2KAA
Kelas Kehadiran Terbaik
Peralihan – PA – 85.91%
Tingkatan 1 – 1KAA – 92.06%
Tingkatan 2 – 2KAA – 94.00%
Tingkatan 3 – 3KAA – 94.98%
Tingkatan 4 – 4SN – 90.28%
Tingkatan 5 – 5SN – 93.30%
Pasangan Kehadiran Terbaik
- Siti Nur Najeha & Siti Nur Nabeha binti Abd Kadir
- Nurul Ain Zafirah & Nurul Aini Zahidah binti Mohd Zaki Saifi
Peratus Keseluruhan Kehadiran Tahun 2015 SMKDJ = 83.93%
Lagi gambar di Portal Rasmi SMKDJ