Bulan Sains & Matematik (April 2016)

Bulan_Sains_Math_2016

Motto Bulan Sains & Matematik 2016 ialah Sains Dan Matematik Pemacu Inovasi Dan Transformasi.

Matlamat Program: 

  1. Menarik minat para pelajar terhadap mata pelajaran Sains dan Matematik seterusnya melahirkan pelajar yang
    berpengetahuan dan mempunyai kemahiran berfikir selaras dengan aspirasi murid dalam Pelan
    Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2015.
  2. Mengisi waktu lapang dengan aktiviti yang bermanfaat dan berfaedah.
  3. Untuk meningkatkan pencapaian akademik dan seterusnya mencapai target yang telah ditetapkan.
  4. Untuk melahirkan pelajar yang kompeten dalam bidang sains dan teknologi, inovatif dan kreatif serta
    melahirkan modal insan yang berdaya saing tinggi.
  5. Untuk melahirkan pelajar yang bersatu padu melalui pertandingan atau permainan secara berkumpulan yang
    terdiri daripada pelbagai kaum selaras dengan hasrat negara iaitu konsep ”1 Malaysia” dan aspirasi sistem dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015 iaitu ”Perpaduan”.

Objektif Program: 

  1. Untuk meningkatkan minat pelajar terhadap mata pelajaran Sains dan matematik.
  2. Meningkatkan motivasi pelajar supaya minat terhadap mata pelajaran Sains dan Matematik.
  3. Untuk melahirkan para pelajar yang kreatif dan inovatif.
  4. Untuk meningkatkan pencapaian akademik bagi mata pelajaran Sains dan Matematik dan seterusnya
    mencapai target yang telah ditetapkan.

Aktiviti yang dijalankan sepanjang Bulan Sains & Matematik ialah:-

Sains
– Pertandingan Fun Experiment
– Pertandingan Saintis Muda
– Pertandingan Bijak Istilah Sains
– Pertandingan Kuiz KBAT Sains

Kimia
– Pertandingan Kristal Menarik
– Pertandingan Taman Kimia

Fizik
– Pertandingan “Rocket Launching”
– Pertandingan “Parachute”

Biologi
– Pertandingan Wall of Science

Matematik
– Pertandingan Math Magic
– Bijak Formula Math
– Pertandingan IQ Puzzle
– Pertandingan I-Think Matematik
– Pertandingan Kuiz KBAT

Matematik Tambahan
– Pertandingan Sudoku
– Pertandingan Cross Word Puzzle

Lagi gambar di Portal Rasmi SMKDJ

Gambar Aktiviti Sepanjang Bulan Sains & Matematik (April 2016)