Jadual Pengendalian Perhimpunan Rasmi oleh Unit Beruniform

Jadual Pengendalian Rasmi Minggu Ketiga Setiap Bulan oleh Unit Beruniform Sekolah sepanjang tahun 2016

Koko Bulanan 2016

Kementerian Pelajaran Malaysia telah memutuskan supaya semua sekolah hendaklah melaksanakan pemakaian pakaian kokurikulum setiap minggu pada hari persekolahan dan menganjurkan perhimpunan kokurikulum pada setiap bulan.

Murid-murid hendaklah memakai pakaian seragam kokurikulum pada hari Rabu setiap minggu pada waktu persekolahan.

Bagi Perhimpunan Bulanan Kokurikulum, perhimpunan hendaklah dianjurkan pada hari pertama minggu ketiga setiap bulan. Perhimpunan ini hendaklah dikendalikan oleh murid-murid. Aktiviti yang lazimnya diurus dan disampaikan oleh Pengetua / Guru Besar dan guru-guru seperti ucapan, bacaan doa, penyampaian hadiah dan sebagainya, diambil alih oleh murid-murid dengan bimbingan dan panduan guru-guru.