Program Kem Membaca (4-6 April 2016)

Program_Kem_Membaca_2016

Kem Membaca 1Malaysia (KM1M) merupakan satu aktiviti tahunan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bertujuan untuk mengukuhkan budaya membaca dan menanam sikap cintakan ilmu melalui pelbagai aktiviti yang berkaitan dengan pembacaan dalam kalangan murid. Program ini akan diadakan selama tiga hari bermula 4 April 2016 hingga 6 April 2016 dengan tema Membaca Menjana Pemikiran 1Malaysia. 

Objektif program ini adalah:

  1. Mengisi masa lapang murid selepas peperiksaan.
  2. Menggerakkan program / aktiviti galakan membaca.
  3. Memupuk minat membaca secara berterusan (khasnya semasa waktu cuti dan juga sepanjang hayat)
  4. Menjadikan Pusat Sumber Sekolah (PSS) sebagai tempat rujukan bahan bacaan dan memperkukuhkan kemahiran maklumat dalam kalangan murid.

Antara aktivti yang dijalankan ialah:-
– Kuiz Spontan
– Jualan Buku
– Melukis Poster
– Pertandingan Mewarna
– Pertandingan Membuat Penanda Buku

Lagi gambar di Portal Rasmi SMKDJ