Month: April 2016

Program Budaya Penyayang (28 April 2016)

Program Budaya Penyayang 2016

Motto
Murid Disayangi, Guru Dihormati

Tujuan
Pelaksanaan Program Budaya Penyayang adalah bertujuan agar semua warga sekolah mengamal dan membudayakan sikap kasih sayang.

Objektif

  • Menjiwai amalan penyayang adalah budaya warga sekolah
  • Menginsafi bahawa kehadiran murid merupakan rahmat kepada sekolah
  • Menyedari bahawa setiap murid adalah aset kepada sekolah
  • Menghargai sumbangan murid, ibu bapa, komuniti dan masyarakat kepada sekolah

Aktiviti Budaya Penyayang

  1. Anda diutamakan
    –  Mengalu-alukan Kehadiran Murid
  1. Pandangan Pertama
    –  Aktiviti Hari Pertama Persekolahan
  1. Pimpinlah Aku
    –  Tatacara & Pentadbiran Kelas
  1. Guru Sumber Inspirasi
    –  Guru sebagai Role Model
  1. Pembudayaan Sikap Perihatin
    –  Lawatan, Penghargaan, Sambutan hari/perayaan penting
  1. Iklim Sekolah Penyayang
    –   Aktiviti  3K (PIBG & Komuniti)
  1. Taklimat Guru Penyayang

Pelajar Penerima Hadiah Ujian Penilaian Kurikulum 1 (Bulan Mac)

Sesi Pagi

  1. Nurul Nabilah Bt Sinuri 2KAA 100 Math
  2. Nurul Nabilah bt Sinuri 2KAA 96 SN
  3. Mohd Asyraf b Aizam 2KAA 100 SN
  4. Mohd Azrul Aiman b Abd Rani 2KAA 100 SN
  5. Mohd Eirfan Amani b Abd Hadi 2KAA 100 SN
  6. Nurfarisah bt Mohd Farish 2KAA100 SN
  7. Mohd Taufik bin Jurimi 2KAA 98 SN
  8. Mohd Nazhan Aqmar Mohd Nasir 2KAA 96 SN
  9. Tan Yi Ting 3RK 96 Math
  10. Mohannappriya a/p Anbalahan 3PK 96 BT
  11. Kirumeetha a/p Nathan 3ET1 95 BT
  12. Joyee Nhee Khor Ying 3ES1 98 GEO
  13. Abygail Sheron a/p An Francis 3RK 100 PM
  14. Ong Yik Hern 4SN 100 Math
  15. Lee Jia Jin 4SN 96 Math
  16. Voon Hao Lee 4SN 100 MTam

Sesi Petang

  1. Siti Nurul Nabila Rasul 2ET1 100 KHB-ERT
  2. Mariam Mariani 2RK 95 BM
  3. Mohd Khairul Syafiq bin Kamarudin 2RK 98 PI
  4. Hong Hong Mau 2RK 98 Math
  5. Lai Jin Fat 2RK 98 Math
  6. Hon Hong Mau 2RK 96 SN
  7. Lee Jia Yee 2ET1 96 SN

Lagi gambar di Portal Rasmi SMKDJ

Kejohanan Balapan dan Padang MSS Johor 2016

MSSJ2016

54a83295-2da6-435c-ab93-55f51b704337

Muhammad Ikmal Bin Sharizal dari kelas 3RK berjaya menyumbangkan 2 pingat emas untuk daerah Johor Bahru.

Acara : lempar cakera
Kategori : 15 tahun
Jarak lemparan : 42.29m

Acara : rejam lembing
Kategori : 15 tahun
Jarak rejaman : 44.14m

Sejarah baru tercipta. Atlit Damai Jaya yang pertama berjaya menyumbangkan pingat emas dalam acara balingan MSSJ.

Tahniah diucapkan!

Program Jom Ke Sekolah (7 April 2016)

Jom_Ke_Sek_2016

MATLAMAT

Mengurangkan kadar ponteng sekolah. 

OBJEKTIF

  1. Menyedarkan para pelajar tentang pentingnya hadir ke sekolah dan berada di dalam kelas pada setiap masa pengajaran dan pembelajaran.
  2. Mengetahui dan memahami implikasi gejala ponteng sekolah.
  3. Menanam, menghayati dan mengamalkan budaya positif dalam kalangan murid.
  4. Membentuk budaya pelajar yang mementingkan pengurusan masa yang berkesan.

PONTENG

Ponteng sekolah boleh ditakrifkan sebagai tidak hadir ke sekolah tanpa sebab-sebab yang munasabah

JENIS-JENIS PONTENG 

  1. Murid tidak hadir ke sekolah tanpa sebab tetapi berada di rumah dan dalam pengetahuan ibu bapa/ penjaga
  2. Murid tidak hadir tanpa sebab di luar pengetahuan ibubapa/ penjaga
  3. Murid yang berpakaian sekolah tetapi tidak hadir ke sekolah tanpa pengetahuan ibu/bapa/penjaga
  4. Murid yang bekerja pada waktu malam dan gagal bangun awal untuk ke sekolah
  5. Murid yang ponteng sekolah mengikut musim seperti selepas cuti panjang atau waktu peperiksaan.

FAKTOR-FAKTOR PONTENG SEKOLAH 

  1. INDIVIDU
    –  Malas, bekerja, tidak minat belajar.
  1. PERSEKITARAN
    –  Pengaruh rakan, komuniti tidak perihatin, tarikan cc dsb.
  1. KELUARGA
    –  Keluarga kurang perihatin, kurang pengawasan dan gaya hidup keluarga ‘tak kisah’
  1. SEKOLAH
    –  Persekitaran dan iklim sekolah
    –  Kurang pengawasan sekolah
    –  Pengurusan disiplin kurang cekap
    –  Kurang intervensi terhadap kes ponteng

 Pelajar Kehadiran Penuh 2015

  1. LUQMANUL HAKIMM BIN HISYAMUDIN 1KAA
  2. NURUL AINI ZAHIDAH BT MOHD ZAKI SAIFI 2KAA

Kelas Kehadiran Terbaik

Peralihan     –  PA      – 85.91%
Tingkatan 1 – 1KAA – 92.06%
Tingkatan 2 – 2KAA – 94.00%
Tingkatan 3 – 3KAA – 94.98%
Tingkatan 4 – 4SN    –  90.28%
Tingkatan 5 – 5SN    – 93.30%

Pasangan Kehadiran Terbaik

  1. Siti Nur Najeha & Siti Nur Nabeha binti Abd Kadir
  2. Nurul Ain Zafirah & Nurul Aini Zahidah binti Mohd Zaki Saifi

Peratus Keseluruhan Kehadiran Tahun 2015 SMKDJ = 83.93%

Lagi gambar di Portal Rasmi SMKDJ

Bulan Sains & Matematik (April 2016)

Bulan_Sains_Math_2016

Motto Bulan Sains & Matematik 2016 ialah Sains Dan Matematik Pemacu Inovasi Dan Transformasi.

Matlamat Program: 

  1. Menarik minat para pelajar terhadap mata pelajaran Sains dan Matematik seterusnya melahirkan pelajar yang
    berpengetahuan dan mempunyai kemahiran berfikir selaras dengan aspirasi murid dalam Pelan
    Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2015.
  2. Mengisi waktu lapang dengan aktiviti yang bermanfaat dan berfaedah.
  3. Untuk meningkatkan pencapaian akademik dan seterusnya mencapai target yang telah ditetapkan.
  4. Untuk melahirkan pelajar yang kompeten dalam bidang sains dan teknologi, inovatif dan kreatif serta
    melahirkan modal insan yang berdaya saing tinggi.
  5. Untuk melahirkan pelajar yang bersatu padu melalui pertandingan atau permainan secara berkumpulan yang
    terdiri daripada pelbagai kaum selaras dengan hasrat negara iaitu konsep ”1 Malaysia” dan aspirasi sistem dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015 iaitu ”Perpaduan”.

Objektif Program: 

  1. Untuk meningkatkan minat pelajar terhadap mata pelajaran Sains dan matematik.
  2. Meningkatkan motivasi pelajar supaya minat terhadap mata pelajaran Sains dan Matematik.
  3. Untuk melahirkan para pelajar yang kreatif dan inovatif.
  4. Untuk meningkatkan pencapaian akademik bagi mata pelajaran Sains dan Matematik dan seterusnya
    mencapai target yang telah ditetapkan.

Aktiviti yang dijalankan sepanjang Bulan Sains & Matematik ialah:-

Sains
– Pertandingan Fun Experiment
– Pertandingan Saintis Muda
– Pertandingan Bijak Istilah Sains
– Pertandingan Kuiz KBAT Sains

Kimia
– Pertandingan Kristal Menarik
– Pertandingan Taman Kimia

Fizik
– Pertandingan “Rocket Launching”
– Pertandingan “Parachute”

Biologi
– Pertandingan Wall of Science

Matematik
– Pertandingan Math Magic
– Bijak Formula Math
– Pertandingan IQ Puzzle
– Pertandingan I-Think Matematik
– Pertandingan Kuiz KBAT

Matematik Tambahan
– Pertandingan Sudoku
– Pertandingan Cross Word Puzzle

Lagi gambar di Portal Rasmi SMKDJ

Gambar Aktiviti Sepanjang Bulan Sains & Matematik (April 2016)

Jadual Pengendalian Perhimpunan Rasmi oleh Unit Beruniform

Jadual Pengendalian Rasmi Minggu Ketiga Setiap Bulan oleh Unit Beruniform Sekolah sepanjang tahun 2016

Koko Bulanan 2016

Kementerian Pelajaran Malaysia telah memutuskan supaya semua sekolah hendaklah melaksanakan pemakaian pakaian kokurikulum setiap minggu pada hari persekolahan dan menganjurkan perhimpunan kokurikulum pada setiap bulan.

Murid-murid hendaklah memakai pakaian seragam kokurikulum pada hari Rabu setiap minggu pada waktu persekolahan.

Bagi Perhimpunan Bulanan Kokurikulum, perhimpunan hendaklah dianjurkan pada hari pertama minggu ketiga setiap bulan. Perhimpunan ini hendaklah dikendalikan oleh murid-murid. Aktiviti yang lazimnya diurus dan disampaikan oleh Pengetua / Guru Besar dan guru-guru seperti ucapan, bacaan doa, penyampaian hadiah dan sebagainya, diambil alih oleh murid-murid dengan bimbingan dan panduan guru-guru.

Program Kem Membaca (4-6 April 2016)

Program_Kem_Membaca_2016

Kem Membaca 1Malaysia (KM1M) merupakan satu aktiviti tahunan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bertujuan untuk mengukuhkan budaya membaca dan menanam sikap cintakan ilmu melalui pelbagai aktiviti yang berkaitan dengan pembacaan dalam kalangan murid. Program ini akan diadakan selama tiga hari bermula 4 April 2016 hingga 6 April 2016 dengan tema Membaca Menjana Pemikiran 1Malaysia. 

Objektif program ini adalah:

  1. Mengisi masa lapang murid selepas peperiksaan.
  2. Menggerakkan program / aktiviti galakan membaca.
  3. Memupuk minat membaca secara berterusan (khasnya semasa waktu cuti dan juga sepanjang hayat)
  4. Menjadikan Pusat Sumber Sekolah (PSS) sebagai tempat rujukan bahan bacaan dan memperkukuhkan kemahiran maklumat dalam kalangan murid.

Antara aktivti yang dijalankan ialah:-
– Kuiz Spontan
– Jualan Buku
– Melukis Poster
– Pertandingan Mewarna
– Pertandingan Membuat Penanda Buku

Lagi gambar di Portal Rasmi SMKDJ