Month: February 2016

Minggu Anti Dadah (28 Feb 2016)

Minggu Anti Dadah 2016

Minggu Anti Dadah Peringkat Sekolah akan dijalankan dalam tempoh dari 28.02.2016 hingga 3.03.2016. Minggu Anti Dadah Peringkat Sekolah tahun ini bertemakan GAYA HIDUP SIHAT AMALAN KITA.

Antara aktiviti yang akan dijalankan pada minggu ini ialah:-
1. Pertandingan Mewarna
– Peralihan, Tingkatan 1 & 2

2. Pertandingan Melukis Poster
– Tema: Gaya Hidup Sihat Amalan Kita
– Tingkatan 3, 4 & 5

3. Pertandingan Membuat Buku Skrap
– Tema: Gaya Hidup Sihat Amalan Kita
– Semua pelajar

4. Pertandingan Kuiz
– Semua pelajar

Lagi gambar di Portal Rasmi SMKDJ

Program Penetapan Target SPM & Sarana

Dimaklumkan bahawa Kumpulan Sokongan Ibubapa (KSIB), PIBK dengan kerjasama Unit Kurikulum SMK Damai Jaya akan menjalankan Program Penetapan Target SPM & Sarana mengikut ketetapan berikut:-

Tarikh  : 28 Februari 2016 (Ahad)
Masa     : 8.00 – 10.00 pagi
Tempat : Dewan SMK Damai Jaya

Aturcara Majlis
8.00 pagi
Pendaftaran
8.30 pagi
~ Ucapan alu-aluan Pegerusi Majlis
~ Ucapan Pengetua
~ Ucapan YDP PIBG
~ Taklimat Sarana
~ Penyampaian Sijil / Cenderamata
~ Ikrar Peajar
~ Nyanyian Lagu Negaraku
~ Bersurai

Objektif program ini adalah seperti berikut:-

  • Menetapkan sasaran pencapaian pelajar dalam SPM.
  • Membantu ibu bapa dan pelajar memahami harapan dan usaha sekolah untuk melahirkan pelajar cemerlang.
  • Meningkatkan keyakinan dan motivasi pelajar.
  • Mencapai persefahaman untuk berkongsi ilmu keibubapaan bersama ahli PIBG dan komuniti untuk kepentingan bersama.

Berikut adalah Target Calon Pelajar Cemerlang SPM 2016:-

  1. Daniel Lim Gee Huan – 5SN
  2. Lim Jia Yi – 5SN
  3. Choo Ho Qing – 5SN
  4. Choong Pei Ying – 5SN
  5. Siti Zulaikha Shamsul Bahri – 5SN
  6. Low Yang Ting – 5KJ
  7. Nur Fatin Huwaina Roslan – 5SN
  8. Lim Qian Ying – 5KJ
  9. Sia Jia Ying – 5PA1
  10. Yati Chong Muhd Amin Chong – 5SN

Segala perhatian dan kerjasama yang tuan berikan terlebih dahulu kami ucapkan terima kasih.

Pengambilan Sijil 1119 (Calon SPM 2014)

Perhatian kepada pelajar yang telah menduduki peperiksaan SPM pada tahun 2014, anda boleh mengambil Sijil 1119 di pejabat sekolah.

Waktu operasi pejabat sekolah adalah seperti berikut:-

Ahad- Rabu
8:30 am -1:00 pm
2:00 pm -4:30 pm

Khamis:
8:30 am -1:00 pm
2:00 pm -3:30 pm

Harap maklum, terima kasih.

Majlis Perpisahan Mantan Penolong Kanan Petang SMKDJ (21 Feb 2016)

Majlis Perpisahan Utz Mahpuz 2016

Ustaz Mahpuz Bin Teh telah berkhidmat di SMKDJ mulai 20 Oktober 2000. Pada tahun 2013, beliau telah dilantik sebagai Penolong Kanan Petang SMKDJ sehinga Disember 2015. Mulai 16 Disember 2015, beliau telah dinaik pangkat sebagai Penolong Kanan Kokurikulum di SMK Tasek Utara, Johor Bahru.
Ribuan terima kasih diucapkan atas jasa bakti Ustaz Mahpuz yang telah dicurahkan selama 15 tahun berkhidmat di sekolah ini.

Lagi gambar di Portal Rasmi SMKDJ 

Program Penetapan Target PT3

Dimaklumkan bahawa Unit Bimbingan dan Kaunseling dengan kerjasama Unit Akademik SMK Damai Jaya akan menjalankan Program Penetapan Target PT3 mengikut ketetapan berikut:-

Tarikh  : 21 Februari 2016 (Ahad)
Masa     : 8.00 – 10.00 pagi
Tempat : Dewan SMK Damai Jaya

Program ini sangat penting kerana pelajar bersama ibu bapa/ penjaga akan menetapkan target atau pencapaian dalam PT3 kelak yang dikehendaki oleh anak-anak dan sekolah. Besarlah harapan kami agar pihak tuan dapat hadir dan bersama-sama menjayakan majlis yang murni ini.

Berikut adalah Target Calon Pelajar Cemerlang PT3 2016:-

  1. Abygail Sharon A/P Anthony Francis
  2. Nur Ernie Syamimi Binti Mokhtar
  3. Tan Yi Ting
  4. Roha Edlina Binti Mohd Sharif
  5. Lim Hui Yi
  6. Puteri Nur Nabilah Binti Mohamad Wazir
  7. Lim Yi Tong
  8. Cheah Peng Lun
  9. Thanusha Laxhmi A/P Suresh
  10. Nurul Aimi Ajlaa Binti Md Hasrin
  11. Er Hui Ru
  12. Muhammad Rifqi Bin Rosli
  13. Mohammad Syaid Fikrie Bin Mohamad Hadad

Segala perhatian dan kerjasama yang tuan berikan terlebih dahulu kami ucapkan terima kasih.