Majlis Ihtifal KAA/SABK Daerah Johor Bahru 2019

Majlis Ihtifal KAA/SABK Daerah Johor Bahru telah diadakan pada 4 Julai 2019 (Khamis) di SMK Tasek Utara.

Pelajar sekolah SMK Damai Jaya telah berjaya memenangi beberapa pingat dalam pertandingan ini.

Hadiah-hadiah telah disampaikan oleh Penolong Pengarah Bahasa Arab JPNJ, Ustaz Maizatulakmam Buhori Bin Mohd Ali.

Johan Kuiz Bahasa Arab:
Nur Liyana Maisarah Binti Zuhairi
Muhammad Amirul Bin Azali
Muhammad Nur Afham Bin Wakhi Anuar

Johan Tahfizul Quran:
Wafiyuddin Bin Mahathir Muazam Syah

Naib Johan Kalimatussobah:
Nurin Jazlina Binti Mohd Zureen

Saguhati Kuiz Ilmu Wahyu:
Nur Ain Binti Abdullah
Hanis Hamizah Binti Mohamed Fariz
Nurul Shahirah Binti Zu

Tahniah diucapkan kepada semua pemenang yang mengharumkan nama sekolah SMK Damai Jaya di peringkat daerah Johor Bahru. 

Pertandingan Kawad Kaki Badan Bukan Kerajaan (NGO) Lelaki Peringkat Negeri Johor

Pengakap 40JB SMK Damai Jaya yang mewakili Johor Bahru (A) telah berjaya mendapat tempat Kelima daripada 12 pasukan bertanding dalam Pertandingan Kawad Kaki Badan Bukan Kerajaan (NGO) Lelaki Peringkat Negeri Johor yang berlangsung pada 25 April 2019 (Khamis), bertempat di SMK Kota Masai (2).

Dengan keputusan ini, Pasukan Pengakap 40JB SMK Damai Jaya telah berjaya mengatasi Johan Kawad Kaki daerah Johor Bahru, Pengakap SMK Impian Emas dan Naib Johan Kawad Kaki Daerah, St John SMK Taman Universiti.

Tepuk, tepuk, tepuk Damai Jaya!
Tahniah dan syabas diucapkan kepada pasukan pengakap dan guru penasihat pengakap SMKDJ!

Pertandingan Drama Bahasa Inggeris 27 April 2019

Pertandingan drama Bahasa Inggeris peringakat daerah Johor Bahru telah diadakan pada 27 April 2019, Sabtu, bertempat di SMK Taman Sutera.
Pasukan SMK Damai Jaya berjaya mendapat naib johan bagi pertandingan ini.

Di samping itu, Edwinaa Joyce dari kelas 5 Azalea telah memenangi pelakon terbaik dalam Pertandingan drama Bahasa Inggeris ini.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua guru pengiring dan pelajar-pelajar yang terlibat.

Johor Camp2Build Programme (26 – 27 April 2019)

Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Johor (BTPNJ) dengan kerjasama rakan Sinergi Creative Minds telah mengadakan Johor Camp2Build Programme bagi tujuan mengembangkan potensi kepada murid-murid yang berkecenderungan tinggi terhadap Sians, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) selaras dengan proses kemenjadian murid bagi konsep Sekolah Bestari pada 26 – 27 April 2019, Jumaat dan Sabtu, 8 am – 5 pm bertempat di Bilik Kuliah Gemilang, BTPNJ.

Sukacita dimaklumkan bahawa Danish Firdaus Bin Aznan, 4 Azalea telah mendapat naib johan bagi Modul Pembelajaran Web Coding.

Bagi Modul Visual Basic, pelajar bernama Muhammad Aiman Fikri Bin Zulkarnain Selvarajan, 4 Azalea telah mendapat naib johan.

Manakala pelajar bernama Divanat A/L Ananthan, 3 Alamanda mendapat Johan dan Muhammad Amsyar Wafiy Bin Muhamad Roslie, 3 Azalea berkumpulan dengan cikgu Emeliana Binti Elias mendapat tempat Ke-3 bagi Modul Robotik.

Syabas dan tahniah kepada semua yang terlibat dalam program ini.

Pertandingan Kawad Kaki Badan Bukan Kerajaan (NGO) Lelaki Daerah Johor Bahru

Pada 7 April 2019 (Ahad), Pasukan Pengakap 40JB SMK Damai Jaya telah menyertai Pertandingan Kawad Kaki NGO (L) daerah Johor Bahru yang bertempat di SMK Impian Emas. Pasukan Pengakap 40JB telah berjaya mendapat tempat ketiga dalam pertandingan ini.

Tepuk, tepuk, tepuk Damai Jaya!
Tahniah dan syabas diucapkan kepada pasukan pengakap dan guru penasihat pengakap SMKDJ!

Pertandingan Frog Championship: Boost Your Play 2019

Berikut adalah cara untuk add Boost Site.

1. Klik pada Quick Launch, pilih Boost.

2. Contoh paparan laman Boost.

3. Pilih Subjek yang dikehendaki.

4. Pilih Tingkatan yang dikehendaki.

5. Klik pada View untuk pilih laman Boost yang dikehendaki.

6. Klik pada Add.

7. Contoh paparan laman Boost Bahasa Melayu.

Laman boost ialah laman yang dibina dengan kerjasama oleh semua guru di Malaysia mengikut subjek dan silibus terkini. Cikgu-cikgu boleh menggunakan laman Boost untuk sesi pengajaran manakala pelajar boleh menggunakannya sebagai bahan pembelajaran secara atas talian.

Berikut adalah cara untuk semak mata pelajar di leaderboad.

1. Klik pada Quick Launch, pilih Boost Your Play.

2. Paparan kedudukan semasa sekolah mengikut mata.

3. Klik pada Student Rankings untuk mengetahui kedudukan (Ranking) terkini bagi peringkat daerah, negeri dan kebangsaan.

Pertandingan Frog Championship: Boost Your Play adalah mengikut peringkat dengan melibatkan subjek yang berbeza. Untuk makluman lanjut, sila rujuk jadual berikut:

Semoga laman Frog Boost dan Frog Play memberi manfaat kepada pelajar dan secara tidak langsung dapat meningkatkan pencapaian akademik pelajar.

Untuk makluman lanjut mengenai Frog Championship, boleh rujuk di lamanhttps://www.frogchampionships.com/.

Pertandingan Kawad Kaki (Lelaki) Peringkat Daerah Johor Bahru 2019

Pada hari Khamis bersamaan 4 April 2019, Pasukan Kadet Remaja (KRS) SMK Damai Jaya telah menyertai Pertandingan Kawad Kaki (Lelaki) Peringkat Daerah Johor Bahru, di SMK Nusajaya.

Pasukan SMK Damai Jaya telah memperolehi tempat ketiga pada pertandingan tersebut. Walaupun tidak dapat mengekalkan kejuaraan untuk tahun ke-6, semangat kesukanan telah ditunjukkan oleh barisan platun SMK Damai Jaya.

Tahniah dan syabas kepada pasukan KRS SMK Damai Jaya.

Pencalonan Anugerah Hari Guru SMKDJ 2019

Sambutan Hari Guru SMK Damai Jaya akan diadakan pada 18 April 2019 (Khamis). Tema sambutan Hari Guru 2019 : Guru, Obor Hemah Menyinari Pertiwi.

Bagi pencalonan Anugerah Hari Guru SMKDJ 2019, setiap pelajar hanya layak mencalon untuk kesemua anugerah mengikut kategori SEKALI sahaja. Berikut adalah langkah-langkah untuk mencalonkan guru kegemaran anda.

1. Log masuk pada Frog VLE SMKDJ jea1054.1bestarinet.net. Klik pada pautan Anugerah Hari Guru SMKDJ 2019.

2. Pilih nama guru dalam kategori Guru Penyayang, Guru Dedikasi, Guru Sporting dan Guru Kreatif mengikut sesi pagi dan petang.

3. Selepas itu, klik pada butang Submit setiap kali anda memilih guru kesayangan anda.

Tempoh pengundian bermula pada 1 April 2019 hingga 10 April 2019.

Terima kasih atas undian anda. Selamat Hari Guru 2019 🙂

Johor International Girls In Scouting Gathering Mac 2019

Empat orang wakil Pengakap 40JB SMK Damai Jaya telah menyertai Johor International Girls In Scouting Gathering #JohorGISG pada 9 – 11 Mac 2019. Program ini bertempat di Savannah Hill Resort, Ulu Tiram, Johor. Terdapat beberapa buah negeri lain dari Malaysia yang turut serta, iaitu Pahang, Perak, Kelantan, Melaka, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan dan Johor. Selain itu, negara lain yang turut serta ialah, Singapura, Indonesia, Maldives, Thailand, Mongolia, Brunei dan Bangladesh.

Wakil Pengakap 40JB SMK Damai Jaya

Salah seorang daripada mereka telah mendapat sijil pencapaian Emas dalam aktiviti yang telah diselesaikan iaitu Nadia Mustaffa Kamal.

Nadia Mustaffa Kamal

Manakala tiga lagi pengakap mendapat sijil pencapaian Perak, iaitu Fatin Umairah Izzati Mazlan, Ain Bellyboy dan Farhanah Hamizah. Mereka telah menyelesaikan aktiviti dengan jayanya.

Fatin Umairah Izzati Mazlan, Ain Bellyboy dan Farhanah Hamizah

Tahniah diucapkan kepada semua wakil Pengakap SMK Damai Jaya.

Lagi gambar di Portal Rasmi SMKDJ.